Kamis, 22 September 2011

Recent : Perubatan Jarak Jauh

sangrajunatapa
  
salam saudara sekalian...

saya ingin pendapat saudara sekalian mengenai perubatan jarak jauh..yang mana pesakit x dapat dihubungi melalui secara berdepan..

pada dapatan dan pengalaman saudara sekalian..teknik apakah yg terbaik dan berkesan bagi menyelesaikan kes seperti ini? ( guideline menggunakan tindakkan bss 100% dan gerak untuk scan secara maya)... wassalam

----------------------------------
Edbest
  
salam, salah satu topik paling interesting.

kata kuncinya, makrifat perlulah tajam. ini kerana makrifat itu sendiri tak tertakluk di bawah ruang masa & jarak. dan makrifat ni juga berkait rapat dengan pemikiran dan kekreatifan seseorang perawat.

teknik terbaik adalah sesuatu teknik yg paling dirasakan mudah oleh seseorang pengamal perubatan. beerti, ianya tidak tertakluk pada silibus tertentu.

---------------------------------
bluegigas

assalamualaikum....
memang menarik topik ne......
tapi dimanakah permulaannya? perlu tahu nama pesakit ke? atau kena tahu rupa pesakit? atau kalau tak tahu kedua-duanya pun tak pe? still masih boleh menjalankan kaedah rawatan...

---------------------------------
WildCat
  
mengikut pengalaman hmba, agk sukar juga utk membuat perubatan jarak jauh ni... scanning tiada masalah, tetapi utk menangkap/cabut/shield/pagar agak sukar sedikit, memerlukan kekuatan makrifat yang tinggi... itu sbbnya terdapat kes2 yang berulang2....

biasanya, sekiranya hmba belum pernah bertemu dgn pesakit, hmba ikhtiarkn utk mendapat gambar terbaru pesakit (sekurang2nya bwh 1 thn), ini memudahkan mendapat makrifat yg lebih tepat... kalau gangguan rumah, gambar rumah tersebut juga dpt membantu...

cara rawatan: hmba bersetuju dgn EdBest, tiada cara yang spesifik... bergantung kpd perawat cara bagaimana yang paling serasi dgnnya...

---------------------------------
JengKing
  
teknik yg diamalkan oleh perawat di utara tanah melayu apabila diminta pertolongan..
nama penuh & gambar pesakit atau
gambar rumah diemailkan kepada perawat.
jikalau pesakit adalah anak isteri kita & perawat kenal akan kita,
kita cuma membayangkan wajah anak isteri kita. Perawat akan merawat. Over the phone pun blh settle. Insyallah.

---------------------------------
sangrajunatapa
  
benar kata saudara..mmg tiada silibus utk ini...

sya ingin berkongsi pengalaman dalam perubatan jarak jauh...untuk makluman..sya hanya ada amalan bss dan gerak shj...

ada satu kes pesakit dimana sya hanya diminta untuk membantu untuk mengubat..dan sya hanya ada nama pesakit dan gambar shj..( kes saka )

apa yg sya lakukan adalah :-

1. membayangkan pesakit melalui gambar dan menghayati jiwanya melalui nama yg diberi...
2. mengunci kekuatan atau kunci penyakit yg ada dalam tubuh pesakit menggunakan tindakan jurusan ke-2 dengan nafas yg lembut ..
3. menarik kunci penyakit menggunakan kekuatan tindakan jurusan ke-3 ( jika lebih yakin leh guna gambar pesakit dan memakrifatkan kunci penyakit dicabut dan..
4. menggunakan tindakan jurusan ke-2 untuk pendatkan kunci penyakit kedalam perut bumi atau dalam botol atau seumpama dengannya..( lebih baik pendatkan jer kat bumi)

ulangi perbuatan hingga kita dpt rasa sepenuhnya kunci penyakit telah dicabut..

5. setelah selesai kita buat pendinding pada pesakit menggunakan 2 pendat dengan nafas lembut tapi penuh penghayatan dan keyakinan dan memakrifatkan tubuh pesakit di seal...disertakan dengan niat ..

setelah selesai dalam 5 minit..sya menelefon sahabat sya yg mempunyai pancaindera ke enam yg boleh melihat secara jarak jauh dan dia telah mengatakan pesakit itu diselubungi cahaya putih kebiruan seperti mana cahaya yg saya miliki pada diri sya..dan saka itu telah tiada pada badan pesakit..Alhamdulillah....

pesakit itu beransur pulih cuma kadang2 ada gangguan lain yang datang mengganggu tetapi sekadar luaran shj..bukan dalaman..itupun cukup baik..alhamdulillah....

pendapat sya...keyakinan yang tinggi untuk membantu disertakan kerajinan berjurus dan niat mengubat kerana Allah Taala menyebabkan Allah memakbulkan doa kita dalam proses perubatan tadi...

jika saudara sekalian hendak berkongsi bolehlah luahkan pandangan...wassalam

---------------------------------
sangrajunatapa
  
walaupun pesakit jauh dari kita..tetapi cahaya no bondaries....tinggal kita shj yg yakin atau tidak...x mengapa jika kurang menjadi..cuba dan cuba hingga selesai...

kerana dari kekurangan dan kesilapan..kita akan belajar untuk lakukan lebih baik serta kurangkan kesilapan...

---------------------------------
sangrajunatapa
  
jika nak buat pagar rumah pon boleh guna teknik yang sama...alamat rumah ..gambar rumah ..

yang penting kita cuba dulu...akan datang keyakinan yang tinggi setelah cubaan pertama berjaya walaupun perlu diulang untuk 10 hingga 20 kali sesi..hehehe..

-----------------------------------
sangrajunatapa

saudara sekalian ada pandangan lain yang lebih baik ? harapan dapat dikongsi kan bersama...sebab sya masih belajar dan megkaji lagi teknik ini...hehehe

-----------------------------------
Edbest
  
tips dari aku:

1. setelah mendapat nama berbintikan nama mak + tarikh lahir (optional).
2. Duduk dalam Istimewa.
3. Makrifatkan pesakit di hadapan mata.
4. Tutup zahir & bathin pesakit dari unsur² gangguan dari luar.
5. Sekiranya ada perlawanan dari pihak luar/ke-3...uruskan dahulu sehingga tiada lagi gangguan mendatang.
6. Check kesemua point zahir (jasad) samada terdapat tapak penyakit. Jika ada, gunakan Pengeras Tangan/Tarik guna no 3. Nak dihantar ke mana lepas tu bergantung pada diri masing².
7. Check pula lapisan batin (ruh). Jika corrupted atau kurang semangatnya (kes semangat dicuri) perbaiki dengan pengisian jurusan dan cari semangat yg dicuri tu...masukkan semula...pendatkan...serta susunkan balik seperti mana sediakala. Lebih elok kalau cari dulu semangat yg hilang (sekiranya hilang), dimasukkan balik lalu terus lakukan pengisian jurusan.
8. Suruh pesakit minum air (ajarkan ayat Bismillah 5).

---------------------------------
sangrajunatapa
  
2. duduk dalam istimewa...

adakah maksud saudara teknik ini diklasifikasikan dan gunakan istimewa?..boleh saudara huraikan bagaimana yg dikatakan duduk dalam istimewa..

--------------------------------
Edbest
  
yup, gunakan Istimewa utk duduk di dalamnya.
Caranya: Bacakan ayat Istimewa, sedut nafas dan pendatkan dalam perut.

----------------------------------
sangrajunatapa

ohh begitu....sya belom lagi try teknik ni..sya akan cuba ..
untuk step 4 hingga 7 adakah saudara maksudkan kita gunakan istimewa ...dan ia hanya makrifatkan shj apa yg kita ingini seperti menutup zahir & batin pesakit dengan niat aku mohon menutup zahir & batin pesakit komdian makrifatkan pesakit itu diselubungi protection yg kita bayangkan ...?
.tq edbest..

----------------------------------
Edbest

untuk melakukan sesuatu yg di dalam Istimewa, kita masih memerlukan pada perbuatan (syariat). tidak cukup dengan hanya makrifat & niat semata. niat-makrifat-perbuatan perlu seiringan

--------------------------------
Edbest
  
WildCat
mengikut pengalaman hmba, agk sukar juga utk membuat perubatan jarak jauh ni... scanning tiada masalah, tetapi utk menangkap/cabut/shield/pagar agak sukar sedikit, memerlukan kekuatan makrifat yang tinggi... itu sbbnya terdapat kes2 yang berulang2....
 
biasanya, sekiranya hmba belum pernah bertemu dgn pesakit, hmba ikhtiarkn utk mendapat gambar terbaru pesakit (sekurang2nya bwh 1 thn), ini memudahkan mendapat makrifat yg lebih tepat... kalau gangguan rumah, gambar rumah tersebut juga dpt membantu...
 
cara rawatan: hmba bersetuju dgn EdBest, tiada cara yang spesifik... bergantung kpd perawat cara bagaimana yang paling serasi dgnnya...


yg membuatkan proses perubatan jarak jauh ini sukar adalah bergantung juga pada kekuatan pihak lawan. ini kerana pihak lawan juga ada di antaranya mempunyai makrifat yg lebih tinggi dari kita. dicampur pulak dengan petua² atau lain² cabang ilmu samada menggunakan nafas songsang maupun penggunaan jin Ifrit  gred A

---------------------------------
sangrajunatapa
  
benar pendapat saudara sekalian...ada kesukaran ...dalam kesukaran itu ada kemudahannya...ada pandangan lain yang ingin dikongsi..?

--------------------------------
Edbest
  
apa kata kita tunggu yg lain pula berikan pendapat dan teknik² yg lebih canggih.
kita ni hidung tak mancung, pipi pulak tersorong²...he he he.



 ---------------------------------
edy137

heheh... tengah syok2 jadi silent reader... nak minta pendapat yang lain... hurmm.. teknik hamba pula:

scan penyakit jarak jauh

1. minta nama penuh berbintikan ibu
2. duduk dalam keadaan tenang, selalunya hamba scan di waktu malam
3. guna GERAK (masukkan diri dalam GERAK)... keraskan perut, gunakan jurusan no5,15,25 untuk masuk selapis demi selapis scan tersebut...

itu gabungan diantara GERAK, LAM dan BSS...

itu salah satu cara, dan tak lengkap.. yang lain nanti dulu... heheh..

merawat pesakit dari jauh - sebahagian anggota

1. kalau pesakit kata hanya kaki yang sakit
2. masukkan diri dalam GERAK
3. masukkan semangat nama pesakit berbintikan ibu
4. tutup guna lam pada kawasan kaki
5. hentam guna BSS biasanya nombor 7, 4, 10
6. cabut guna BSS bersama LAM itu sekali...

kita buat pada kaki kita, makrifatkan kaki kita ialah kaki dia... insyaallah setakat ni berkesan..

yang lain.. nanti dulu... heheh..


NEXT.....

---------------------------------
E-Clas

Asssalamualaikum...
Zaman dah maju... pakai je web cam. Sng sikit...???
Hehehe..

--------------------------------
sangrajunatapa
 
saya masih menanti skill saudara edy dan lain2 otai nih...heheh..x sabar nak tahu skill otai2 nih.....bukan selalu dpt...hehehehhe


 ------------------------------
sangrajunatapa

saudara makhluk ada pandangan dan skill yg lain..boleh juga dikongsi...hehehe

------------------------------
edy137

saudara Makhluk dan Sejati tuhh lagi banyak skill.... diorang saje simpan tuhh...

------------------------------
makhluk

Salam.....perubatan JJ ni memerlukan makrifat yg ckp tinggi/kuat spt kata sedara edbest dan jurusan pula mestilah mantap....cara/methode nya adalah berbeza-beza atau boleh dipelbagaikan mengikut zauq dan wajdan kita sendiri...ianya tidak tertakluk hanya satu kaedah/methode sahaja...alhamdulillah benarlah apa yg disampaikan oleh sedara edy & edbest begitu juga sedara sangrajunatapa...utk menambahkan ramuan2nya itu tadi sukalah saya tokok tambah sikit sptmana yg disampaikan oleh bekas guru ku....tambahkan permulaan perubatan JJ itu tadi dengan mengucapkan salam...pastikan si perawat dan juga pesakit duduk mengadap kiblat...teruskanlah mengikut kesesuaian....salam

--------------------------------
edy137
 
mulakan dengan salam itu bermaksud memberi salam kepada siapa tuan??? pada pesakit? pada JIN? pada ALLAH? atau sekadar syaratnya sahaja... sekadar bertanya...

--------------------------------
makhluk
 
kita hendak menjelajahi ataupun meneroka ke alam saghir si pesakit...di dlm alam kecil kita ini ataupun alam saghir kita ini mempunyai 7 lapisan roh dan 7 lapisan jasad spt mana juga alam besar iaitu alam nyata(kabir) 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi mengikut ulamak tasawuf...ianya dijaga oleh para malaikat yang bertugas...jadi kita memberi salam pada malaikat dan juga diri yang sebenar diri si pesakit....sama juga kita nak masuk rumah org dan juga rumah kita sendiri...walaupun di rumah itu tiada org...kita kena memberi salam....sepertimana Adam masa permulaan ciptaannya dahulu(dlm tajuk asal kejadian manusia)....walahualam

-------------------------------
makhluk

untuk ketepatan yg lebih tepat kita membuat checking...betul kata saudara edy...ttg menarik semangat si pesakit masuk hanya pada bah lengan perawat...jadi utk menarik semangat ini tadi sebelum itu perlulah memberi salam.....walahualam

-------------------------------
makhluk
  
dengan ini secara tak langsung di dalam keilmuan BSS ini mendidik kita supaya selalu memberi salam...wallahualam

 -------------------------------
sangrajunatapa
  
terima kasih saudara makhluk...banyak manafaat dari saudara makhluk, edbest, edy dan forumer yg lain....dengan adanya pandangan dari kalian memberi sya gambaran jelas mengenai perjalanan perubatan jarak jauh dan perkara2 yg perlu dimantapkan lagi..wallahualam....

wassalam...

--------------------------------
Edbest
 
Utk lebih tepat, ada 7 jenis salam yg perlu disampaikan:
Salamun qaulammir rabbirrahim (Yasin:58)
Salamun 'ala nuuhin fil 'alamin (As Soffat:79)
Salamun 'ala Ibrahim (As Soffat:109)
Salamun 'ala Musa wa Harun (As Soffat:120)
Salamun 'ala Ilyaasin (As Soffat:130)
Salamun 'alaikum tibtum fad khuluhaa khoolideen (Az Zumar:73)
Salamun hiya hatta mat la'il fajr (Al Qadr:5)

---------------------------------
JengKing
  
bila kah salam salam ini perlu disampaikan

--------------------------------
Edbest

JengKing
bila kah salam salam ini perlu disampaikan

ketika berdepan dengan pesakit. tu pun setelah kita mendapat izin dari waris pesakit dan diri pesakit tu sendiri.

7 salam tu adalah selari dgn apa yg dikatakan 7 peringkat ciptaan diri sahgir.
setiap satu salam tu mewakili pada setiap peringkat ciptaan dari sudut rohaniahnya.
sebagai memudahkan kajian tuan² semua, aku bawakan terjemahan setiap salam tu ke sini, mudah²an bermanafaat.

"Salam", sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang.
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam".
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Musa dan Harun".
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ilyas".
"Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu, berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya".
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

---------------------------------
sangrajunatapa

mmg banyak menafaatnya saudara..terima kasih kerana berkongsi...hehehe..almaklumlah kalo aku...bagi salam sekali jer cam biasa...salam lain x pernah tahu..hehehehe..tq bro...

---------------------------------
JengKing
 
Tq bro. Tapi perlukah mendapat keizinan dari pesakit untuk kita memberi salam tersebut.

---------------------------------
Edbest
 
kita hanya perlu meminta izin utk merawat. bab salam, tak perlu. cuma bacaan salamnya harus didengari oleh telinga pesakit. kalau tak guana lah salam tu nak penetrate alam saghir dia kan?

---------------------------------
JengKing
 
Tq bro. baru jelas

---------------------------------
jin_junior

kalau merawat dari jauh bagaimana salam di sampaikan.takperlu bagi salam ke

atau ada kaedah tertentu komunikasi tanpa batasan?

---------------------------------
makhluk

tetap kena bagi salam....

--------------------------------
INSAN
 
kalau x bagi salam, adakah proses rawatan itu terganggu? atau kurang berkesan? adakah ia satu kewajipan?

--------------------------------
Edbest
 
INSAN
kalau x bagi salam, adakah proses rawatan itu terganggu? atau kurang berkesan? adakah ia satu kewajipan?

tak lah sampai terganggu...cuma bila ko bagi salam...ianya lebih memudahkan urusan ko utk mengubat. pada tahap ni, ko dah mula menghalusi keilmuan dan amalan yg ko ada....mencari jalan terbaik. mungkin tak wajib pada sesetengah org, dan ada juga org lain yg mewajibkannya pada diri mereka sendiri.

--------------------------------
Edbest

jin_junior
kalau merawat dari jauh bagaimana salam di sampaikan.takperlu bagi salam ke

atau ada kaedah tertentu komunikasi tanpa batasan?


kalau jauh kan boleh guna telefon? hehehe...
lain cerita kalau bleh guna telepati ;p lagi senang cerita

--------------------------------
jin_junior

JJ rasa salam mmpunyai kekuatan sendiri secara spiritual.tak perlu one to one secara direct.boleh gak kalau dsampaikan melalui org ketiga."tlg sampaikan salam aku pd sipolan atau sipolan'. lebihkurang camtu la.

kalau org yg drawat tu tgh terpekik terlolong, camna nk bagi salam kat dia,lebih2 lg melalui talipon.di lontarnya talipon tu nnt....heeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

-----------------------------------
jin_junior

JJ rasa sebaik2 perawatan adalah face 2 face.jarakjauh ni secondary method of treatment.kalau terdesak bolela.. perawatan alternatif tu sendiri ada sains dan teknologinya.akal mainkan peranan jugak.simptom perlu dianalysis sblum amalan dan ilmu dipraktikkan.

walaupun sipolan tu hebat bole sampai langit ke 7...........mcm bos aku dulu tu...heeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!

Rabu, 07 September 2011

Kajian Diri ~ Wahyu, Laduni, Firasat & Kashaf

Hati kalau sudah bersih, pandangannya akan menembusi segala hijab-hijab iaitu tabir alam maddiah (benda). Akan tersingkap hijab-hijab itu dan terbanglah ia ke alam ghaib yang maha luas setakat yang diizinkan oleh Allah Taala. Hati yang benar-benar bersih, di waktu itulah Allah SWT curahkan ke dalamnya perkara atau barang yang berharga dan terlalu bernilai iaitu keimanan, keyakinan, ketaqwaan, hikmah, wahyu, kasyaf, ilmu laduni, firasat dan lain-lain lagi. Huraian, tafsiran atau penjelasan tentang halhal ini akan diperbahaskan secara terperinci, di bawah tajuknya yang tersendiri.


WAHYU 

Ia adalah ilmu yang Allah sampaikan kepada rasul-rasul dan nabi-nabi secara terus atau direct. Atau melalui perantaraan malaikat, terus jatuh ke hati mereka, terus dapat dihafal dan tidak lupa buat selama-lamanya. Ianya berlaku tanpa usaha ikhtiar dan tanpa belajar. Inilah mauhibah atau anugerah dari Allah. Wahyu membawa syariat baru, memansuhkan syariat yang sebelumnya.


ILMU LADUNI ATAU ILHAM 

Apakah itu ilmu laduni? Ia adalah ilmu yang membawa pengertian atau makna yang baru kepada syariat, bukan membawa syariat baru. Ilmu laduni atau ilmu ilham ialah ilmu yang Allah jatuhkan ke dalam hati para wali-Nya, tanpa melalui proses usaha ikhtiar atau hasil mendengar kuliah daripada guru atau hasil berfikir. Ia terjatuh direct ke dalam hati. Yang mana bila disyarahkan atau dihuraikan, ia jadi satu ilmu atau satu huraian yang sangat ilmiah. Ertinya ia jadi satu ilmu yang sangat bermanfaat. Ilmu yang didapati itu tepat, meyakinkan, logik, memberi kepuasan serta tidak meletihkan otak. Bagaimana pun ia boleh lupa daripada ingatan. Berbeza dengan ilmu hasil belajar, membaca, berfikir atau mentelaah yang cepat menjemukan. Kadang-kadang ianya tidak tepat, tidak meyakinkan atau tidak logik dan meletihkan. Untuk mendapatkannya perlu proses masa yang lama. Ertinya hasil membaca, berfikir setelah faham baru dapat ilmu.

Kalau begitu ilmu laduni atau ilmu ilham bukan membawa syariat yang baru. Ia membawa makna atau tafsiran yang baru, yang sesuai dijadikan tindakan dan penyelesai masalah untuk zamannya atau makna yang tertentu, khusus untuk orang itu. Mengapa pula ilmu ilham atau ilmu laduni ini dikatakan sebagai penyelesai masalah sesuai dengan zamannya dan bukan untuk semua zaman? Kalau saya hendak misalkan ilmu Allah itu yakni ilmu Al Quran atau Sunnah Rasul, yang maha luas dan tidak berkesudahan itu diibaratkan sebagai khazanah lautan, setiap orang yang mencari khazanah lautan itu insya-Allah dapat sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya dan juga untuk orang lain. Apa yang diperolehi oleh setiap orang itu mungkin tidak sama di antara satu sama lain. Mungkin ada yang dapat kerang atau ada yang dapat ikan sahaja. Orang yang dapat ikan pula mungkin tidak sama jenisnya. Ada yang dapat ikan yu, ada yang dapat ikan pari, ikan kembung dan sebagainya. Ada juga yang dapat minyak, mutiara, batu karang dan lain-lain lagi.

Bagi orang yang tidak faham, dia akan mengatakan kepada orang yang dapat batu karang: “Awak ni tak dapat apa-apalah! Saya dapat ikan. Inilah khazanah lautan yang sebenar. Awak ni dapat batu karang dari hutan mana?” Tapi bagi orang yang dapat batu karang menyangka mereka yang dapat ikan itu bukan dari khazanah laut. Akhirnya berlakulah tuduh-menuduh. Sebenarnya kerang dan ikan sama-sama khazanah laut, tetapi oleh kerana masing-masing kurang ilmu, maka masing-masing menganggap apa yang mereka dapat itulah sebenarnya dari laut. Yang lain bukan dari laut. Lebih-lebih lagi orang yang dapat minyak, tentulah mereka lebih sombong lagi dan menuduh orang-orang yang dapat benda-benda lain tidak dianggap dari khazanah laut. Oleh itu bagi orang yang faham tentang laut, ia tidak jadi masalah. Semua yang disebut itu adalah khazanah lautan. Cuma keperluan saja yang tidak sama. Ikan untuk dimakan. Kalau minyak untuk enjin dan batu karang pula untuk hiasan dan begitulah seterusnya.

Jadi, orang yang dikurniakan ilmu laduni atau ilmu ilham ini adalah orang yang mendapat khazanah dari lautan ilmu Allah. Ada macam-macam ilmu dan setiap sesuatu ilmu itu mempunyai banyak pengertian dan tafsirannya. Jadi Allah memberi pengertian dan tafsiran satu-satu ayat sesuai pada seseorang itu untuk menyelesaikan masalah di zamannya atau keperluan seseorang itu. Perkara itu pula kebanyakannya bukan pengertian mengenai hukum-hakam kerana soal itu sudah tetap dan tidak berubah untuk setiap zaman kecuali perkara khilafiah. Sebaliknya ilmu laduni ini kebanyakannya mengenai penghuraian, falsafah, didikan, hal semasa, metod dan kaedah sahaja. Perkara-perkara ini boleh berubah.

Jika ilmu wahyu disampaikan kepada rasul atau nabi, ilmu laduni atau ilmu ilham pula Allah kurniakan kepada para wali dan orang-orang soleh. Ilmu wahyu adalah syariat baru yang memansuhkan syariat yang diamalkan sebelumnya manakala ilmu laduni akan membawa tafsiran atau makna baru kepada ilmu wahyu itu, sesuai untuk zamannya atau orangnya. Ilmu wahyu tidak dilupakan tetapi ilmu laduni atau ilham mudah dilupakan oleh orang yang menerimanya. Kalau yang menerima ilmu wahyu itu adalah rasul maka wajib ianya disampaikan tetapi kalau dia seorang nabi, maka tidak wajib menyampaikannya. Sedangkan ilmu laduni elok disampaikan kerana ia akan dapat menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat, sesuai untuk zamannya. Atau untuk mengetahui hikmah atau pengajaran sesuatu hukum itu.

Kalau ilmu wahyu ditolak, automatik seseorang itu akan jatuh murtad atau kafir dan di Akhirat akan terjun ke Neraka serta kekal selama-lamanya. Sebaliknya kalau menolak ilmu laduni atau ilmu ilham, tidak menjadi kafir tetapi akan menghilangkan barakah dan tertutup pintu bantuan Allah. Mungkin ada orang yang akan menolak pendapat ini tentang ilmu laduni ini dan payah untuk menerimanya terutamanya:

1. Orang yang tidak percaya adanya ilmu laduni atau ilham di dalam Islam.

2. Seseorang yang tidak ada ilmu ini dan tidak ada pengalaman mengenainya, sekalipun dia mempercayainya.

3. Seseorang yang tahu mengenai ilmu ini tetapi kerana hasad dengki, dia tidak senang dengan orang yang

mendapat ilmu ini, maka dia pun buat-buat menolaknya, sedangkan hatinya membenarkan.
Apa bukti ilmu laduni atau ilmu ilham ini wujud? Buktinya, adalah berdasarkan  hujah berikut:


PERTAMA: Hujah naqli (nas) 

1. Hujah Al Quran 

Dalam Al Quran ada dalil yang kuat sebagai bukti kewujudan ilmu ini. “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan ajar kamu.” (Al Baqarah: 282) Dalam ayat ini jelas Allah memperkatakan tentang orang-orang bertaqwa yang bersih daripada sifat-sifat mazmumah, Allah akan beri ilmu secara wahbiah, tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar atau berguru.


2. Hujah Hadis

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim) Inilah buktinya. Ertinya ilmu yang telah sedia ada itu akan bertambah bila diamalkan. Yakni ia akan dapat ilmu baru hasil dipraktikkan ilmu itu. Proses ini juga berlaku secara wahbiah.

Inilah yang dikatakan ilmu laduni atau ilmu ilham yang mana Allah pusakakan melalui tiga cara:

i. Ilmu itu Allah jatuhkan terus ke dalam hati.

ii. Adakalanya Allah tayangkan ilmu itu yang boleh dilihat seolah-olah melihat skrin TV. Sedangkan orang lain yang ada bersama-sama dengannya ketika itu tidak dapat melihatnya.

iii. Atau mungkin mendengar suara yang membisikkan ke telinganya tetapi tidak nampak rupa makhluknya. Inilah yang dikatakan hatif. Mungkin suara ini suara malaikat, jin yang soleh atau wali-wali Allah.


KEDUA: Bukti Sejarah 

Banyak kitab dahulu menceritakan bagaimana pengalaman salafussoleh, ulama-ulama besar dan pengarang-pengarang kitab sendiri yang mendapat ilmu-ilmu laduni ini. Ada kitab-kitab karangan ulama muktabar yang menunjukkan pengarangnya mendapat ilmu laduni. Di antara ulama yang memperolehi ilmu laduni atau ilmu ilham ini di samping ilmu melalui usaha ikhtiar ialah imam-imam mazhab yang empat, ulama-ulama Hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, ulama-ulama tasawuf seperti Imam Al Ghazali, Imam Nawawi, Imam Sayuti, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Junaid Al Baghdadi, Hassan Al Basri, Yazid Bustami, Ibnu Arabi dan lain-lain lagi.


1. Imam Al Ghazali 

Umurnya pendek sahaja iaitu sekitar 54 tahun. Beliau mula mengarang selepas sahaja habis bersuluk di kubah Masjid Umawi di Syam (Syria). Umurnya waktu itu sekitar 40 tahun. Ertinya dalam hidupnya dia mengarang sekitar 14 tahun. Dalam waktu yang pendek ini dia sempat mengarang 300 buah kitab yang tebal-tebal, yang bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan termasuklah kitab yang paling masyhur iaitu Ihya Ulumuddin, kitab tasawuf (dua jilid yang tebal-tebal) dan Al Mustasyfa (ilmu usul fiqh yang agak susah difahami).

Cuba anda fikirkan, bolehkah manusia biasa seperti kita ini menulis sebanyak itu. Walau bagaimana genius sekalipun otak seseorang itu, tidak mungkin dalam masa 14 tahun boleh menghasilkan 300 buah kitab-kitab tebal, kalau bukan kerana dia dibantu dengan ilmu laduni yakni ilmu tanpa berfikir, yang terus jatuh ke hati dan terus ditulis. Dalam pengalaman kita kalau ilmu hasil berfikir dan mengkaji, sepertimana profesor-profesor sekarang, dalam masa empat tahun baru dapat membuat satu tesis di dalam sebuah buku. Kalau satu buku mengambil masa empat tahun, ertinya kalau 14 tahun dapat tiga buah buku. Terlalu jauh bezanya dengan Imam Ghazali yang mencapai 300 buah buku itu.


2. Imam Sayuti 

Umurnya juga pendek, hanya 53 tahun. Beliau mula mengarang sewaktu berumur 40 tahun dan dapat menghasilkan 600 buah kitab. Dalam masa hanya 13 tahun dapat menghasilkan sebegitu banyak kitab. Ertinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab setiap dua minggu. Kitabnya itu pula tebal-tebal dan tinggi perbahasannya dalam bermacam-macam jenis ilmu. Antara kitabnya yang terkenal Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al Jamius Soghir (mengandungi matan-matan Hadis), Al Ashbah wan Nadzoir, Tafsir Jalalain, Al Iklil dan lain-lain lagi. Kalaulah beliau menulis atas dasar membaca atau berfikir semata-mata, tentulah tidak mungkin dalam masa 13 tahun da-pat menulis 600 kitab atau tidak mungkin dalam masa hanya dua minggu dapat tulis sebuah kitab. Inilah ilmu laduni. Tidak hairanlah hal ini boleh berlaku kerana dalam kitab Al Tabaqatul Kubra karangan Imam Sya’rani ada menceritakan yang Imam Sayuti dapat yakazah dengan Rasulullah sebanyak 75 kali dan dia sempat bertanya tentang ilmu dengan Rasulullah.


3. Imam Nawawi 

Beliau adalah antara ulama yang meninggal sewaktu berusia muda, iaitu 30 tahun. Beliau tidak sempat berkahwin tetapi banyak mempusakakan kitab-kitab karangannya. Di antara yang terkenal ialah Al Majmuk yakni kitab fekah. Kalau ditimbang berat kitab itu lebih kurang 3 kilogram, yakni kitab fekah yang sangat tebal. Selain itu termasuklah kitab Riadhus Solihin, Al Azkar dan lain-lain lagi. Untuk mengarang kitab Al Majmuk saja kalau ikut kaedah biasa yakni atas dasar kekuatan otak, tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa dua atau tiga tahun. Mungkin memakan masa 10 tahun. Ini bererti dia mula mengarang semasa berumur 20 tahun. Biasanya di umur ini orang masih belajar lagi. Tetapi di usia semuda itu Imam Nawawi mampu mengarang bukan saja Al Majmuk, tetapi turut mengarang kitab-kitab besar yang lain. Ini luar biasa! Biasanya orang jadi pengarang kitab di penghujung usianya. Ini membuktikan selain dari cara belajar, ada ilmu yang Allah pusakakan tanpa belajar, tanpa usaha ikhtiar dan tanpa berguru. Itulah dia ilmu laduni atau ilmu ilham.

Sesudah kita mengkaji kemampuan ulama-ulama dahulu, kita lihat pula ulama-ulama sekarang ini dan cuba kita bandingkan. Berapa banyakkah buku-buku atau kitab yang telah ditulis oleh mereka sekalipun setelah mereka ada PhD? Oleh itu, jika ulama-ulama dulu mampu menulis kitab-kitab yang banyak dan tebal-tebal dalam masa yang singkat tentulah ianya bantuan Allah yang luar biasa melalui ilmu laduni atau ilmu ilham yang bersifat wahbi di samping ilmu kasbinya. Jelaslah sekarang ini sudah tidak ada lagi ulama yang dapat ilmu laduni. Ini kerana kita semua sudah bersalut dengan cinta dunia dan berkarat dengan mazmumah. Lihatlah zaman sekarang ini, susah untuk kita dapati ulama yang mengarang buku atau kitab. Mereka tidak mampu mengarang kerana kekeringan minda, sibuk dengan dunia, di samping perlu menggunakan otak, berfikir, membaca, banyak mentelaah dan kena banyak reference yang tentunya memakan masa yang lama. Ini semua membosankan dan meletihkan, banyak ambil masa serta tidak cukup masa. Mereka tidak dapat pula ilmu melalui saluran ilham. Maka inilah rahsia kenapa ulama sekarang tidak menulis atau kurang menulis.


FIRASAT 

Firasat ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah. Sabda Rasulullah: “Takutlah olehmu firasat oran mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.” (Hadis Riwayat At Tarmizi)

Jika hati kotor, syaitanlah yang mengisinya yakni jahat sangka, keraguan dan lain-lain lagi.

Apa itu kasyaf? Kasyaf ertinya  ’singkap’ yakni tabir-tabir jadi penghalang atau yang jadi hijab pada mata batin untuk melihat alam ghaib atau rohaniah itu, Allah singkapkan. Allah buka dan perlihatkan. Tabir-tabir penghalang itu adalah sifat-sifat mazmumah. Apabila tabir-tabir mazmumah itu sudah terangkat, maka hatinya jadi celik dan terang-benderang, putih bersih. Sehingga mata mampu melihat makhluk-makhluk Allah yang pelik-pellik di alam yang bukan alam benda atau material itu seperti melihat alam jin, malakut dan alam barzakh. Juga dapat melihat sifat batin manusia yakni seseorang itu berperangai seperti kuda, maka rupa orang itu seperti kuda. Kalau berperangai anjing, orang itu berupa anjing. Allah perlihatkan hakikat orang itu.


Selasa, 09 Agustus 2011

Adab Pergaulan & Tingkahlaku menurut Al-Quran & Al-Sunnah : BAB 3 - MINTA IZIN

Salah satu yang menjadi kelaziman ke atas orang Islam apabila terjalin
pergaulan sesama mereka ialah hendaklah meminta izin antara satu sama lain
ketika berada di ambang pintu untuk memasuki ke ruang rumah yang
dilawatinya. Ini adalah satu kewajipan yang merupakan ciri akhlak yang telah
ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran sepertimana firmanNya:

‘Wahai orang orang yang beriman janganlah kamu masuk ke dalam sesehuah
rumah yang bukan rumah kamu sehinggalah kamu meminta izin dan memberi
salam ke atas ahli keluarga rurnah tersebut yang demikian itu adalah febih baik
semoga kamu dapat mengambil peringatan.’
                                                                                       (Surah Al-Nur: 27)


                                  CARA MEMINTA IZIN

Cara meminta izin yang telah ditetapkan dalam al-Quran ialah dengan
memberi salam sebanyak tiga kali kepada ahli keluarga yang menjadi penghuni
sesebuah rumah yang hendak diziarahi. Sekiranya diberi keizinan hendaklah
masuk dengan baik, seandainya tidak diberi keizinan hendaklah pulang dengan
cara yang baik tanpa ada sebarang keraguan atau rasa sedih. Ahli keluarga atau
tuan rumah itu mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu yang menyebabkan
dia menolak kedatangan anda pada waktu itu.

Mengambil langkah untuk pulang ini memang disuruh oleh Allah kepada
hamba Nya melalui firman Allah:

‘Dan iika dikata kepada kamu pulang, olehmu, maka hendaklah kamu pulang
kerana ini adalah sebijak bijak tindakan bagimu, dan Allah amat mengetahui
dengan apa yang kamu lakukan.’
                                                                                        (Surah Al-Nur: 28)



                               ADAB MENUNGGU KEIZINAN
 
Ketika menunggu oleh seseorang yang meminta izin hendaklah
menunggu dengan sabar sementara tuan rumah memberi keizinan dan
menjemput sebagai tetamunya, janganlah anda berdiri di hadapan pintu yang
terbuka luas dengan keadaan mata liar memandang mandang atau menjelingjeling
ke dalam rumah melalui pintu yang sedang terbuka, atau menilik-nilik di
celah-celah lubang pintu yang tertutup, kerana ini melambangkan keperibadian
yang tidak elok dari segi akhlak dan juga anda dianggap kurang sopan.

Cara yang lebih baik telah ditentukan oleh sunnah iaitu berdiri dengan
adab sopan serta tunggu dengan penuh kesabaran di hadapan pintu yang
terbuka atau tertutup dengan memberi salam sebanyak tiga kali serta perhatikan
apa yang ada di sekitar anda sahaja. jangan sekali kali cuba melakukan apa-apa
tindakan melainkan tunggu dan lihat sahaja perkembangan dan tindakannya.
Adab ini telah dinyatakan di dalam hadis melalui satu peristiwa yang dilalui
sendiri oleh Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Sahli bin Saad Al-Sa'iedi:
‘Bahawa seorang lelaki telah mengintai Rasulullah s.a.w. melalui satu lubang ke
dalam sebuah bilik yang mana Rasulullah sedang melilit serban di kepalanya.
Setelah ia perasan ada yang mengintai latu Rasulullah berkata, "Kalaulah aku
tahu bahawa kamu sedang mengintai nescaya aku cucuk mata kamu melalui
lubang itu sesungguhnya di syariatkan keizinan itu disebabkan pandangan
mata".

                                               (Riwayat Bukhara Muslim, Tarmizi Dan Nasaie)

Hadis ini boleh dijadikan sebagai dalil bahawa penantian juga amat perlu
kepada adab sopan yang melambangkan kesabaran dan keikhlasan diri dalam
menghadapi sesuatu penantian. Tema dalam hadis di atas menunjukkan bahawa
sikapnya yang tidak sabar membawa kepada keinginannya hendak tahu, dan ia
melambangkan tidak ada amanah dalam jiwanya serta tiada bersopan dalam
penantian dan bersikap mata keranjang membuatkan orang lain tidak senang
dengan anda.

 
                                 PERATURAN MINTA IZIN

 Apabila anda mengunjungi ke rumah sahabat lalu memberi salam sebagai
tanda atau isyarat meminta keizinan lantas tuan rumah bertanya, "Siapa?", maka
jangan menjawab, "Saya, saya, saya", bahkan hendaklah menjelaskan, "Saya
bernama pulan bin pulan". Bererti sebutkan nama secara jelas dan terang
ataupun sebutan panggilan-panggilan yang biasa dipanggil terhadap diri anda
yang boleh membantu tuan rumah yang anda ziarahi itu mengenali anda secara
jelas, seperti mana dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh jabir,
katanya:

‘Aku (Jabir) datang ke rumah Rasulullah maka aku ketuk pintu rumah Rasulullah
s.a.w. Maka kata Rasulullah, “Ini siapa?" Aku (Jabir) menjawab, “Saya". Maka
kata Rasulullah, "Saya, Saya, Saya”, seolah-olahnya Rasulullah tidak suka
dengan jawapan begitu.’
                                                                        (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Sesungguhnya pengajaran dalam hadis di atas ialah dalam melaksana
kehidupan ini tidak boleh lari dari keizinan, sama ada dengan kaum keluarga
atau orang lain, kerana Islam menyuruh umatnya meminta izin sekalipun orang
itu paling hampir dengannya dan tinggal bersama. Dengan keizinan akan
terhapus segala kesangsian atau keraguan orang lain terhadapnya, sama ada ibu
bapanya atau adik beradiknya lebih lebih lagi sahabat handai, kecuali keadaan
memaksa atau kecemasan seperti pertolongan kebakaran dan waktu kesakitan
dan sebagainya.

Dalam hal akhlak, Islam amat mementingkan saat keizinan ini dengan
tujuan bagi menjaga tatasusila hidup yang penuh keharmonian iman dan jiwa
yang taqwa lagi sihat, supaya tidak tersentuh dengan situasi yang tidak
menyihatkan serta boleh mengeruhkan keadaan. (Rujuk Imarn Abi Muhd. Abdul
Rahman Al-Mubarakfuri. 1353H. hlrn. 464). Oleh itu, jelaslah seandainya anda
masuk ke mana-mana tempat yang sewajarnya perlu meminta keizinan terlebih
dahulu, tetapi jika dilakukan sebaliknya, maka perbuatan itu adalah suatu
perbuatan yang amat jahil dan dikesali lebih-lebih lagi jika ia berlaku di
kalangan umat Islam, kerana ini bukan akhlak Islam yang diajar oleh nabi kita
Muhammad s.a.w. Jangan sekali-kali anda memasuki ke rumah orang lain tanpa
izin terlebih dahulu, patuhilah dengan penuh rasa keimanan, taqwa dan
bertanggungjawab sebagai seorang muslim.

Kamis, 04 Agustus 2011

Dari Blog Keilmuwan Budi Suci Sejati- Apa itu Budi Suci Sejati dari pandangan Legendary_BSS

BUDI SUCI SEJATI (BSS) sebenarnya bukanlah suatu ilmu tetapi suatu perkara yang dialami oleh setiap manusia dalam kehidupan seharian sejak berzaman bermula ketika penciptaan kejadian nabi allah adam berlaku. Dimana pada waktu itu para malaikat telah bertanya pada ALLAH S.W.T akan perihal keturunan manusia yang suatu masa nanti akan saling zalim-menzalimi sesama mereka oleh kerana mereka melebihi martabat satu dari makhluk yang lain iaitu, AKAL. maka allah menjawab pertanyaan malaikat tadi, "AKU yang menjadikannya, AKU yang menghidupkannya dan AKU yang mematikannya disamping AKU sertakan suatu RAHSIA milikKU kedalam dirinya untuk ia mengetahuinya"(petikan dari al-quran). perihal ini diterangkan lagi dalam hadis qudsi:

"al-insanul sirri wa anna hu sirruhu"
- kejadian manusia itu rahsiaku dan akulah rahsianya

sebetulnya nabi allah adam itu tiada rahsia kerana ia dijadikan oleh allah secara langsung. yang ada rahsia seperti yang dikatakan oleh malaikat tadi, keturunan manusia yang saling zalim-menzalimi, maka keturunan manusia yang ditempatkan rahsia tadi. kerana keturunan manusia itu lahir dari hubungan adam dan hawa. cukup 9 bulan 10 hari maka akan lahirlah bayi itu. apabila lahir sahaja genggaman tangan akan tebuka maka menangislah bayi tersebut. menangis seseorang bayi tadi adalah kerana rahsia tadi telah hilang. jika tidak hilang tidaklah dipanggil sebagai rahsia. maka inilah yang digunapakai oleh amalan budi suci sejati.

maka apakah rahsia itu?rahsia itu ialah suatu RAHSIA YANG CINTAKAN KEDAMAIAN DAN MENGHINDARKAN KEZALIMAN.

BSS ialah suatu AMALAN HAQ UNTUK MENGHINDARKAN DARI SEGALA KEZALIMAN. inilah penerangan soal apakah itu BSS.

Kamis, 07 Juli 2011

Questions & Answers - Mengenai JIN & NUR

Allah jadikan jin dan manusia untuk menyembahnye, maka allah janjikan juga balasan untuk 2-2 makhluk ni. 2-2 akan  masuk syurga atau neraka. Allah juga mengutuskan ke 2-2 makhluk ni nabi/rasul dari jenis mereka sendiri. Soalannyer....

1. Jin yang di islamkan adakah perlu mengucap 2 khalimah syahadah? bagaimana sebutannye?

2. Apa jenis senjata untuk menghalau/bunuh jin2 yg menganggu manusia ni? kenapa ayat quran berkesan untuk membunuh jin tapi tidak manusia.

harap dapat ilmu dr pendapat perawat2.


aku try jawab ikut numbering.:-

1) Jin yang diislamkan sebenarnya tidak perlu mengucap 2 kalimah syahadah pun.... tidak semestinya JIN yang mengucap dua kalimah syahadah itu confirm telah diislamkan.... manusia pun boleh menipu inikan pula JIN dan syaitan yang lebih handal tipu dayanya.... ramai perawat yang berprasangka bahawa JIN tu dah diislamkan.... walhal tak pun.... pertama sekali, mengucap 2 kalimah syahadah hanyalah di syariatkan untuk bangsa manusia dan termasuk di dalam rukun islam..... JIN juga mempunyai nabi2 dan rasul2 di kalangan mereka.... sila semak ayat Al-Quran mengenainya.... kerana itu ada diantara JIN yang boleh mengucap separuh sahaja..... kerana mereka mengakui ALLAH itu tiada yang patut disembah selainnya, tetapi tidak mengakui Rasulullah adalah Rasul mereka.... sesetengah nya laa..... Tetapi tidak salah mengislamkan JIN dengan cara menyuruh mereka membaca dua kalimah syahadah.... kerana walaupun begitu, Rasulullah tetap NUR bagi makhluk2 lain yang digelar NUR MUHAMMAD...

2) Senjata yang berkesan bukan hanya terletak pada ayat-ayat semata.... letaknya pada NUR diri..... NUR diri lah yang menyalurkan kaedah rawatan untuk memulihkan pesakit. Bagi perawat yang hanya bergantung harap dengan ayat-ayat, maka itu adalah satu kerugian, kerana bak kata salah seorang forumer, tanpa ayat tersebut, mereka tak mampu nak menghalau hatta membunuh JIN sekalipun. Banyak kaedah untuk mengekang JIN, paling biasa dengan potongan2 ayat Al-Quran, Kemudian dengan kaedah2 yang boleh dipelajari walaupun tanpa menggunakan apa2 ayat. Untuk membunuh manusia yang berjasad dan bermedium perlukan juga benda2 atau item2 yang berjasad seperti pisau, peluru, buluh runcing dan sebagainya.... kerana fitrah manusia berjasad berbanding dengan JIN yang tidak berjasad. sama laa mcm nak cucuk JIN guna pisau, mana ada lut, begitu juga nak cucuk manusia guna pedang NUR, mana lut..... setiap sesuatu pasti ada perkara yang menjadi sesuatu dalam keagungan kejadiannya..... kalau semudah itu nak bunuh manusia guna ayat Al-Quran atau nak bunuh JIN guna pisau atau pistol, perawat darul pun tak boleh cari makan maa..... bomoh siam atau dukun jawa pun gulung tikar....

Terima Kasih


sambung soalan lagi leh tak?

1. Selain dr ayat2 dr quran,apakah senjata2 lain yg tuan Edy maksudkan tuh?...mungkin perawat bukan islam/bomoh menggunakan senjata yg menjadi rahsia ini...

2. Bagi perawat islam, bagaimanakah mereka memilih senjata dari NUR ini?.. adakah setiap ayat itu akan membentuk NUR-NUR tertentu yg menjadi senjata..cthnyer...al-falaq- menjadi dinding bg jin sihir ,ayat qursi menjadi panah2 berapi yg menyerang jin2 tersebut.

3. Berkenanaan dgn jin2 pula. adakah ayat quran hanya mampu mencederakan jin yg bukan islam shj? atau ayat quran mampu mencedera/bunuh apa2 jin sekali pun.

4. Berkenaan dgn NUR, semua jin kah kalah dgr NUR?..bagaimana dgn jin islam apabila terkena NUR?
Mungkin soalan ke 3 & 4 buleh dijawab sekali.




ok2, macam gini.... memang betul soalan agak sensitif.... dan aku jawab ikut kemampuan aku dan pengolahan ayat yang 'simple' moga mudah difahami semua..... sebabnya, selagi perkara2 begini dirahsiakan, akan timbulnya syak di kemudian hari, jadi ada baiknya dihuraikan mengikut kaedah yang sesuai.... mcm biasa ikut numbering laa yekk....

1) Selain dari ayat2 al-Quran, banyak lagi kaedah yang boleh dipelajari, termasuk zikir-zikir dan sebagainya.... setiap zikir memuji keagungannya pasti mendapat manfaat besar dari diri si penzikir. Malah mengamalkan sesuatu ayat atau doa juga boleh dijadikan senjata yang ampuh bila menghadapi JIN dan syaitan. Bagi aku penggunaan ayat-ayat tidak menjadi salah kerana Rasulullah sendiri ada mengajarkan beberapa doa yang mana digunakan oleh perawat-perawat masa kini. Kadangkala, perkara yang 'simple' kita selalu abaikan, contohnya, sentiasa berzikir di bibir Surah Al-Ikhlas atau hanya ALLAH sebanyak mungkin..... kita tak mengharapkan untuk jadi perawat atau menyembuh penyakit, dilakukan dengan ikhlas bila masa terluang, secara tidak langsung mengaktifkan NUR diri si pengamal. Kadangkala, pesakit yang dah sakit bertahun-tahun jumpa berpuluh perawat tak baik, jumpa si penzikir, dengan hanya ungkapan dua kalimah syahadah dan Basmallah pun JIN dah berterabur lari. sebab apa??? sebabnya si pengamal dan jadikan contoh surah Al-Ikhlas dan zikir ALLAH sebagai zikir diri. Malah, mereka2 yang sentiasa berzikir itu terhindar dari perbuatan sihir dan gangguan JIN dan syaitan. itu salah satu contohnya. Mengenai tok bomoh atau perawat bukan islam yang menggunakan kaedah yang dikatakan RAHSIA, sebenarnya takde RAHSIA apa pon. oleh kerana ianya tidak tersingkap, maka digelar RAHSIA, itu ajerr.... Bomoh, dukun, pawang atau perawat bukan islam ada juga menggukan ayat2 Al-Quran tetapi kebanyakan nya diselangi dengan kebathilan contohnya ditunggang langgang kan ayat, atau diterbalikkan ayat Al-quran tersebut supaya menjadi senjata yang ampuh untuk mengkhianati sesama manusia dan sebagainya. Ada juga mereka yang dah pun mempunyai NUR diri, tetapi kadangkala diselangi dengan amalan2 kebathilan contohnya taksub dengan cincin yang berkhadam atau keris yang berkhadam.... maka, sesuatu perkara yang diselangi dengan kebathilan maka, tertutup syafaat dan manfaat amalan2 baiknya yang terdahulu. sila rujuk ayat2 al-Quran dan hadis...

2) Soalan yang baik,  ayat-ayat al-quran diibaratkan sebagai bijih besi atau lembaran kain. Kita yang membentuknya untuk dijadikan pakaian, seluar atau bijih besi itu kita canai hingga membentuk senjata dan perkakas yang berguna untuk diri. Begitu juga ayat Al-Quran. Bagi tukang besi mereka pakar mencipta senjata dan perkakas, bagi tukang jahit, mereka pakar mencipta baju dan seluar yang indah-indah, tetapi bagi pakar dalam bidang Al-Quran dan Tasawwuf, mereka pakar mencanai ayat-ayat Al-quran itu tadi membentuk sebuah senjata dan pakaian atau pendinding diri bagi umum. Kerana itu banyaknya doa yang indah2 disusun dan juga ada doa-doa yang digunakan untuk menangkis JIN, atau merawat dan ada pula ayat-ayat yang boleh digunakan sebagai murah rezeki dan fitnah atau bepergian. Tidak ada dalam mana2 dalil yang melarang kita jadikan ayat2 Al-quran sebagai doa, pendinding diri dan sebagainya. cuba cari, mmg takde. malah banyak dalil yang menyuruh kita kembali kepada Al-quran dan al-Hadis untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan perbalahan. Diantara Mukjizat yang teragung diturunkan kepada Nabi yang paling Agung untuk umat manusia adalah Al-quran. Itu tidak boleh disangkal lagi. Kerana agungnya mukjizat Al-quran itu tadi, maka ianya digunakan oleh tok cha, sami buddha, dan bomoh2 atau dukun untuk merawat penyakit. Jikalau bible, atau kitab hindu atau nashkah buddha sangat hebat dan dapat menandingi Al-quran, mengapa banyak kes dimana perawat bukan islam membawa al-quran kecil ke hulu ke hilir sebagai pendinding diri dan digunakan dalam rawatan, malah dalam kes pembaptisme sesetengahnya. fikir-fikirkan... kemudian mengenai surah2 dan ayat2 yang membentuk NUR2 tertentu, sebenarnya bukan begitu, NUR tetap sama pada manusia... cuma berlainan peringkat. ini terlalu dalam untuk dikupaskan di sini. cukuplah sekadar jawapannya YA jika kita sentiasa beramal dan beramal dan sentiasa berzikir tanpa mengharapkan apa2 balasan. NUR diri pasti menyerlah. Paling jelas nampak NUR diri kita ialah dari kalangan JIN dan syaitan, malaikat, baru jatuh kepada makhluk2 lain seperti tumbuhan dan haiwan dan yang terakhir sesama manusia. kadangkala, ada sesetengah manusia yang kita lihat mukanya semacam bercahaya, redup mata memandang, terasa seperti ada aura, walaupun berkulit gelap dan sebagainya.

3) ayat2 al-quran bukan hanya boleh mencederakan JIN yang bukan islam sahaja. Semua jenis JIN boleh dicederakan. tidak bermakna JIN islam adalah lebih baik dari JIN yang bukan islam. lihat sahaja bangsa manusia. Ada sesetengahnya yang mengaku islam, jahatnya mengalahkan yang bukan islam. merogol, merompak, meragut, membunuh dan sebagainya. Ada forumer yang melatah2 mengatakan bahawa memenjarakan JIN adalah menggunakan khadam. Tidak mungkin sama sekali. Banyak kaedah untuk memenjarakan JIN sama ada dengan ikatan zikir-zikir tertentu dan sesetengah ayat-ayat al-quran. Ada JIN yang boleh dibunuh, atau dipenjarakan. malah ada kisah di zaman Nabi Sulaiman sendiri, baginda menangkap JIN lalu dimasukkan kedalam botol. Sila rujuk kitab-kitab lama berkenaan Nabi Allah sulaiman. Bagi amalan yang aku belajar, adalah lebih baik JIN dibenamkan ke petala bumi ke-7 (dengan kaedah). Kerana JIN itu tadi adalah urusan malaikat (Allah s.W.t) yang akan menguruskannya. biarlah kita sebagai manusia menyerahkan takdir si JIN tadi kepada urusan ALLAH s.W.t.

4) Semua JIN akan kalah dengan NUR.... JIN yang baik2 tidak terjejas. wallahualam.

Assalamualaikum

Jumat, 01 Juli 2011

Adab Pergaulan & Tingkahlaku menurut Al-Quran & Al-Sunnah : BAB 2 - DI AMBANG PERTEMUAN

Sebaik-baik pergaulan di kalangan umat Islam ialah apabila bertemu
saudaranya, dia menunjukkan tingkahlaku dengan perwatakan yang baik, manis
muka serta menerima dengan penuh rasa gembira yang tidak terhingga. Reaksi
seperti ini amat disukai oleh Allah dan Rasul-Nya, dan besar ertinya di sisi
syariat Islam serta mendapat ganjaran pahala yang banyak. Rasulullah s.a.w.
melarang umatnya menghina atau memandang rendah dan memperkecilkan
orang lain ketika bertemu, dengan sabdanya:

‘Jangan sekali kati kamu menghinakan sesuatu yang baik dan kalaulah kamu
bertemu saudaramu hendaklah dengan muka yang manis.’
                                                                                     (Riwayat Muslim)

Pengajaran di sebalik hadis di atas ialah Rasulullah s.a.w. menyuruh
umatnya mengukir senyuman ketika bertemu dengan kawan atau sahabat dan
juga sesarna saudara dalam, Islam kerana dengan senyuman dapat mengeratkan
tali persaudaraan. Mulakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan senyuman, kerana
senyuman menceriakan suasana dan mententeramkan.


                                                   SALAM

Amalan yang merupakan kemuliaan di sisi Allah ialah dengan memberi
salam apabila bertemu di antara dua orang Islam. Perkara ini merupakan satu
saranan oleh Allah ke atas hamba-Nya melalui firman-Nya:

‘Apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang
lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok, sesungguhnya Allah ke atas
setiap sesuatu akan diperhitungkan.’
                                                                                           (Surah Al-Nism: 86)

 Melalui ayat ini Allah menyarankan agar hambanya mengamalkan
ucapan yang baik ketika bertemu dengan saudara sesame Islam bagi menjaga
kesejahteraan yang dianugerahkan oleh-Nya. Dengan demikian umat Islam
hendaklah memberi salam. Setiap kali bertemu saudaranya iaitu yang terdiri
daripada orang orang Islam sama ada kenal ataupun sebaliknya. (Rujuk Al-Razi:
544, 604H, hlm. 169. juzuk 10)

Dalil yang menegaskan kenyataan di atas melalui hadis yang
diriwayatkan oleh Abdullah bin Urnar:

‘Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang mana satu
antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu memberi
makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan salam ke atas
sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal’
                                                                         (Riwayat Bukhari Dan Muslim)


         CARA MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM SERTA
                                    GANJARANNYA

Cara salam yang disyariatkan pada awal pertemuan diucap dengan
salam:

‘Selamat sejahtera atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatannya.’

Dan dijawab oleh saudaranya dengan berkata:

‘Dan ke atas kamu selamat sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatannya.’

Memadai juga dengan kata bererti "kesejahteraan ke atas kamu" dan
setiap jawapan ini akan mendapat ganjaran pahala, mengikut kadar ucapannya,
iaitu sepuluh pahala atau kebaikan, jika ditambah "warahmatullah" akan
digandakan lagi sepuluh pahala dan sekiranya ditambah "wabarakatuh" maka
akan diberi tiga puluh pahala atau kebaikan kepadanya. Begitulahjuga
sebaliknya bagi yang menjawab. Ganjaran pahala memberi dan menjawab salam
ini telah dinyatakan dalam. hadis yang diriwayatkan oleh A'mran bin Hussaini.

Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata,
‘Assalamualaikum’. Maka Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk.
Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala kemudian datang yang lain memberi
salam dengan berkata ‘Assalamualaikum warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab
salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus 
berkata ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab
salam tadi dan terus duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala.
                                                (Riwayat Oleh Abu Daud Tarmizi: Hadis Hasan)

Sekiranya kita renung di sini, didapati amat besar ganjaran pahala yang
diberi oleh Allah kepada pemberi dan penerima salam yang telah diajar melalui
sunnah Rasulullah s.a.w. di samping mengerat siratulrahim sesama Islam.


                     SALAM KE ARAH KEUTUHAN UMMAH

Berdasarkan demikian apakah pengertian dan maksud salam?

Salam bermakna memberi keamanan. Sewaktu kalimah salam diucap
terhadap sescorang muslim dengan berkata sesungguhnya kita mengqasat dan
mendoakan dijiwanya mempunyai ketenangan, ketenteraman, gembira dan
bahagia sepanjang masa, begitu juga sebaliknya harapan dari yang menjawab
terhadap pemberi salam. Dengan demikian terlerailah segala perasaan hasad
dengki, dendam kesumat dan sebagainya, sebaliknya tersemai dan terjalinlah
perasaan persaudaraan antara satu sama lain. Kemanisan wajah yang tersenyum
manis dan keramahan yang diadunkan dengan gerak geri beradab, sopan santun
bersama kehalusan budi akan mengeratkan tali persaudaraan dengan adanya
kalimah salam yang diucapkan. Maka di kala itu, bayangan persengketaan jauh
sekali. Itulah amalan muslim ke arah keutuhan umah. (Rujuk Al-Hafiz
Zakiyuddin Abdul 'Azmi bin 'Abdul Qauni Al-Munzari 1987M bersarnaan
1407H. 426-428)
 

                               HUKUM MEMBERI SALAM

Salam merupakan asas bagi setiap muslim dan muslimah yang perlu
diketahui dan dijadikan pegangan serta amalan dalam pergaulan harian. Hukum
memberikan salarn itu adalah "sunat" dan Nabi Muhammad s.a.w. melakukan
demikian serta melazimi dan membiasakan diri dengan memberi salam.
Manakala hukum menjawab salam pula adalah "wajib" iaitu sekiranya tidak
menjawab hukumnya berdosa. (Rujuk Imam Al-Hafiz Abi Muhd. 'Abdul
Rahman b. 'Abdul Rahim. 1353H. 469)

Maka di sini berdasarkan firman Allah yang tersebut di atas iaitu:

‘Dan apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang
lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok. Sesungguhnya Allah ke atas
setiap sesuatu akan di perhitungkan.’
                                                                                      (Surah Al-Nisa': 86)

Melalui ayat ini Allah menyuruh kita mengucapkan sesuatu yang baik
dan bermakna seperti salam atau seumpamanya yang menandakan
penghormatan terhadap orang lain seperti tabik, lambaian tangan dan
sebagainya. Maka dengan itu kita hendaklah membalasnya dengan sebaik
mungkin kerana Allah Maha Mengetahui tentang segala yang dilakukan oleh
hamba-Nya sama ada melalui amalan dan niat. Inilah yang dihitungkan ke atas
hamba-Nya. Dari ayat di atas Rasulullah s.a.w. menjelaskan melalui sepotong
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berbunyi begini:

‘Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan ke
atas yang duduk, yang sedikit ke atas yang hanyak dan pada satu riwayat yang
kecil ke atas yang besar".
                                                                                       (Riwayat Al Bukhari)

Hadis ini rnemberi pengajaran bahawa salam itu merupakan satu
penghormatan dari seorang kepada orang lain dalam Islam. Ucapan salam, itu
tidak semestinya dilakukan dengan perkataan tetapi juga boleh dilakukan
dengan isyarat seperti membunyikan hon kenderaaan ketika mernandu. Dengan
perkataan lain ucapan salam ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara mengikut
keadaan waktu dan tempat. (Rujuk Syamsul Al-Haq Al-Azim. Al-Abadi 1979,
hlm. 100-101)

                                           PERINGATAN

Selain itu sebagai peringatan, apabila seorang lelaki memberi salam
kepada seorang wanita yang mana pemberi salarn itu tidak dikenali, maka
hendaklah dipastikan terlebih dahulu tujuannya. Mungkin mereka hendak
menggoda atau sengaja nakal hendak mengusik dan sebagainya. Maka dalam
keadan begini salam tersebut tidak wajib dijawab pada syarak, kerana ia akan
membuka peluang untuk lelaki tadi mendekati wanita serta menyempurnakan
niat jahat yang boleh mendatangkan padah kepada kaum wanita, berdasarkan
kaedah feqah iaitu menolak keburukan perlu diawasi terlebih dahulu daripada
mencari sebarang kebaikan.


                                           BERSALAMAN

Bersalaman atau berjabat tangan dalam kehidupan seharian lebih
menjurus kepada adat atau kebiasaan sahaja, namun kita tidak pernah
mendalami hakikat sebenar melalui syariat Islam. Maka di sini saya ingin
menjelaskarmya melalui hadis Rasulullah s.a.w., yang dilakukan oleh Rasulullah
dan sahabat sahabatnya serta jaminan ganjaran yang diberi oleh Allah terhadap
dua saudara Islam bila bersalaman antara satu sama lain ketikamana mereka
bersua dan di mana sahaja mereka berjumpa.

 
        PERANAN BERSALAMAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Peranan bersalaman boleh dikatakan sebagai satu penghormatan atau
tanda kemesraan antara individu dengan yang lain ketika mereka bertemu.
Maka eloklah kedua duanya bersalaman atau berjabat tangan kerana perbuatan
itu akan membuahkan kemesraan dan kasih sayang, perkenalan dan
persahabatan serta mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah ke atas
hamba-Nya. Berdasarkan dalil yang telah ditegaskan olch Rasulullah dengan
sabdanya:

‘Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman
oleh kedua duanya, maka gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran daun
dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua duanya
diampunkan segala dosa mercka walaupun banyak seperti buih di lautan.’
                                                                                          (Riwayat Thibrani)

Begitu juga apabila tiba masanya sescorang sahabat dari perantauan
disambut olch keluarga dan saudara mara, sahabat handai, maka tidak mengapa
sambutan itu dilakukan dengan saling bersalaman dan berpelukan sebagai tanda
kegembiraan sepertimana hadis Rasulullah s.a.w.:

‘Keadaan sahabat Rasulullah apabila mereka bertemu mereka bersalaman dengan
berjabat tangan, dan apabila mereka menyambut kepulangan yang jauh mereka
berpelukan.’
                                                                                       (Riwayat Abu Daud)

Oleh yang demikian syariat tetap mengakui bahawa bersalaman atau
berjabat tangan memainkan peranan penting ke arah pengukuhan ummah
dengan jalinan silaturahim antara satu sama lain, sepertimana yang diterangkan
dalam hadis yang lain.

‘Apabila bertemu antara dua orang muslim lalu kedua duanya bersalaman dan
memuji Allah lalu kedua duanya meminta ampun kepada Allah, Allah
mengampunkan dosa kedua duanya.’
                                                                                    (Riwayat Abu Daud)

Hadis ini memberi fahaman kepada kita bahawa persaudaraan Islam
memainkan peranan yang amat besar dalam mengukuhkan sesuatu masyarakat
dan bangsa itu sendiri ke arah menjalinkan perpaduan kaum secara sihat dan
harmoni serta dalam keredhaan Allah selalu. Hal ini sepertimana dijelaskan
melalui hadis di atas. Namun demikian perlu diingatkan bahawa bejabat tangan
itu hanya dibolehkan lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan
sabaja.

Di samping itu Islam membolehkan bersalaman antara lelaki Islam
dengan lelaki bukan Islam. Begitujuga perempuan Islam dibolehkan bersalaman
dengan perempuan bukan Islam, dengan maksud supaya tidak rasa kecil hati
atau tersisih serta bertujuan bagi mewujudkan perpaduan ke arah keamanan
hidup semata-mata.

 
            HUKUM BERSALAMAN LELAKI PEREMPUAN

Syariat Islam melarang sama sekali untuk bersalaman antara lelaki dan
perempuan yang tidak ada pertalian persaudaraan. Ringkasnya yang batal air
sembahyang dan dibolehkan berkahmin, melainkan dengan berlapik. Apa yang
dinyatakan di atas berdasarkan mazhab Syafie dan juga telah dinyatakan oleh
Sheikh 'Athiah Saqar dari Majlis Fatwa Al Azhar dengan katanya berdasarkan
kaedah mazhab Syafie:

‘Tidak halal bersalarnan antara lelaki dan perempuan melainkan dengan
berlapik.’

Ini berdasarkan ayat al Quran yang berbunyi:

‘Ataupun kamu sentuh wanita maka tiada kernudahan air untuk kamu berwuduk
maka hendaklah karnu tayammum dengan tanah yang suci.’
                                                                                         (Surah Al-Nisa': 43)

Berdasarkan ayat ini mengilcut mazhab Imam Syafie adalah batal wuduk
sekiranya bersentuh lelaki dengan perempuan, maka dengan demikian adalah
haram bersentuhan dengan sengaja sama ada secara bersalaman atau lainnya.
Sama ada dengan rasa keinginan atau tidak, bersalaman tidak boleh kecuali
dengan berlapik atau beralas.

 Manakala jumhur, iaitu (Hanafi, Maliki dan Hambali) berpendapat tidak
mengapa sekadar bersalarnan antara lelaki dan perempuan sekiranya tidak ada
keinginan nafsu antara mereka.

Walau bagaimanapun menurut fatwa Sheikh Mohd Mutwalli al-Sha'rawi
menyatakan bahawa tidak digalakkan bersalaman antara lelaki dengan
perempuan sekalipun disertakan dengan niat sekadar bersalaman sahaja. Kerana
ini adalah peraturan dari hukum syarak ditakuti akan wujud bibit-bibit
keinginan nafsu syahwat melalui antara dua tangan yang bersalaman tadi.
(Rujuk Muhd. Mutwali Al-Sya'rawi. T.T. 157).

Menurut mazhab Syafie seandainya bersalaman tanpa lapik adalah
berdosa kerana sentuhan di antara dua tangan yang bukan mahramnya (bukan
ibu bapa atau saudaranya) wajiblah beristighfar dan bertaubat memohon
keampunan dari Allah. (Rujuk Al-Imam Abi Zakaria Yahya bin Syarafi Al-
Nawawi Al-Demsyacli. 1992. hlm. 185-186).

Masalah ini jika hendak diperkatakan dianggap sesuatu yang ringan dan
remeh di kalangan orang Islam. Sebenamya ia adalah besar dan berat di sisi
Allah dan di sudut akhlak orang Islam, lebih-lebih lagi di kalangan anak-anak
muda dan remaja kerana ini membawa saharn kepada gejala gejala yang lebih
besar. Sebab itulah dari menularnya permasalahan yang lebih besar maka jalanjalan
yang mendorong ke arahnya mesti dihalang terlebih dahulu. Soal ini
ditegaskan berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ma'qal
bin Yasar telah menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda dengan
katanya:

‘Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lehih
haik baginya dari menyentub kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.’
                                                                                        (Riwayat Baihaki)

Hadis ini menunjukkan bahawa syariat Islam menegah sama sekali
menyentuh jasad wanita yang sihat dan sempurna serta normal, kecuali apabila
wanita itu didapati sakit atau memberi pertolongan cemas ataupun dengan
maksud mengubat, maka ini dibolehkan di sisi syariat sekadar yang sepatutnya
dengan ertikata memberi pertolongan serta disaksi olch orang lain iaitu bukan
herdua duaan dan tidak sekali kali melampaui batasan. (Rujuk Muhd. 'Abdul
Raof Al-Manawi. 1972. hlrn. 258)


        CARA MEMBERI SALAM ANTARA LELAKI DAN WANITA

Suka dinyatakan di sim bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa memberi salam
kepada kaum wanita dengan ucapan ‘Assalamualikum’ serta memberi isyarat
sebagai penghormatan dengan mengangkat tangan sahaja dan tidak bersalaman
dengan berjabat tangan. Soal ini telah diceritakan oleh Asma' binti Yazid melalui
sepotong hadis:

‘Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melambai di perkarangan masjid pada
suatu hari didapati sekumpulan kaum wanita sedang duduk di sisi masjid. Maka
Rasulullah s.a.w. mengangkat tangannya sebagai tanda penghornnatan dengan
mengucapkan kalimah salam.’
                                                                                        (Riwayat Tarmizi)

Demikianlah perbezaan amalan bersalaman antara lelaki dan perempuan
namun ganjarannya adalah sama di sisi Allah dengan mendoakan semoga
selamat sejahtera, asalkan salam yang diberi itu betul dan ikhlas, Allah sahaja
yang membalas.