Allah jadikan jin dan manusia untuk menyembahnye, maka allah janjikan  juga balasan untuk 2-2 makhluk ni. 2-2 akan  masuk syurga atau neraka.  Allah juga mengutuskan ke 2-2 makhluk ni nabi/rasul dari jenis mereka  sendiri. Soalannyer....
 
 1. Jin yang di islamkan adakah perlu mengucap 2 khalimah syahadah? bagaimana sebutannye?
 
 2. Apa jenis senjata untuk menghalau/bunuh jin2 yg menganggu manusia ni?  kenapa ayat quran berkesan untuk membunuh jin tapi tidak manusia.
 
 harap dapat ilmu dr pendapat perawat2.
aku try jawab ikut numbering.:-
 
 1) Jin yang diislamkan sebenarnya tidak perlu mengucap 2 kalimah  syahadah pun.... tidak semestinya JIN yang mengucap dua kalimah syahadah  itu confirm telah diislamkan.... manusia pun boleh menipu inikan pula  JIN dan syaitan yang lebih handal tipu dayanya.... ramai perawat yang  berprasangka bahawa JIN tu dah diislamkan.... walhal tak pun.... pertama  sekali, mengucap 2 kalimah syahadah hanyalah di syariatkan untuk bangsa  manusia dan termasuk di dalam rukun islam..... JIN juga mempunyai nabi2  dan rasul2 di kalangan mereka.... sila semak ayat Al-Quran  mengenainya.... kerana itu ada diantara JIN yang boleh mengucap separuh  sahaja..... kerana mereka mengakui ALLAH itu tiada yang patut disembah  selainnya, tetapi tidak mengakui Rasulullah adalah Rasul mereka....  sesetengah nya laa..... Tetapi tidak salah mengislamkan JIN dengan cara  menyuruh mereka membaca dua kalimah syahadah.... kerana walaupun begitu,  Rasulullah tetap NUR bagi makhluk2 lain yang digelar NUR MUHAMMAD...
 
 2) Senjata yang berkesan bukan hanya terletak pada ayat-ayat semata....  letaknya pada NUR diri..... NUR diri lah yang menyalurkan kaedah rawatan  untuk memulihkan pesakit. Bagi perawat yang hanya bergantung harap  dengan ayat-ayat, maka itu adalah satu kerugian, kerana bak kata salah  seorang forumer, tanpa ayat tersebut, mereka tak mampu nak menghalau  hatta membunuh JIN sekalipun. Banyak kaedah untuk mengekang JIN, paling  biasa dengan potongan2 ayat Al-Quran, Kemudian dengan kaedah2 yang boleh  dipelajari walaupun tanpa menggunakan apa2 ayat. Untuk membunuh manusia  yang berjasad dan bermedium perlukan juga benda2 atau item2 yang  berjasad seperti pisau, peluru, buluh runcing dan sebagainya.... kerana  fitrah manusia berjasad berbanding dengan JIN yang tidak berjasad. sama  laa mcm nak cucuk JIN guna pisau, mana ada lut, begitu juga nak cucuk  manusia guna pedang NUR, mana lut..... setiap sesuatu pasti ada perkara  yang menjadi sesuatu dalam keagungan kejadiannya..... kalau semudah itu  nak bunuh manusia guna ayat Al-Quran atau nak bunuh JIN guna pisau atau  pistol, perawat darul pun tak boleh cari makan maa..... bomoh siam atau  dukun jawa pun gulung tikar.... 
 
 Terima Kasih
sambung soalan lagi leh tak?
 
 1. Selain dr ayat2 dr quran,apakah senjata2 lain yg tuan Edy maksudkan  tuh?...mungkin perawat bukan islam/bomoh menggunakan senjata yg menjadi  rahsia ini...
 
 2. Bagi perawat islam, bagaimanakah mereka memilih senjata dari NUR  ini?.. adakah setiap ayat itu akan membentuk NUR-NUR tertentu yg menjadi  senjata..cthnyer...al-falaq- menjadi dinding bg jin sihir ,ayat qursi  menjadi panah2 berapi yg menyerang jin2 tersebut.
 
 3. Berkenanaan dgn jin2 pula. adakah ayat quran hanya mampu mencederakan  jin yg bukan islam shj? atau ayat quran mampu mencedera/bunuh apa2 jin  sekali pun.
 
 4. Berkenaan dgn NUR, semua jin kah kalah dgr NUR?..bagaimana dgn jin islam apabila terkena NUR?
 Mungkin soalan ke 3 & 4 buleh dijawab sekali.
ok2, macam gini.... memang betul soalan agak sensitif.... dan aku jawab  ikut kemampuan aku dan pengolahan ayat yang 'simple' moga mudah difahami  semua..... sebabnya, selagi perkara2 begini dirahsiakan, akan timbulnya  syak di kemudian hari, jadi ada baiknya dihuraikan mengikut kaedah yang  sesuai.... mcm biasa ikut numbering laa yekk....
 
 1) Selain dari ayat2 al-Quran, banyak lagi kaedah yang boleh dipelajari,  termasuk zikir-zikir dan sebagainya.... setiap zikir memuji  keagungannya pasti mendapat manfaat besar dari diri si penzikir. Malah  mengamalkan sesuatu ayat atau doa juga boleh dijadikan senjata yang  ampuh bila menghadapi JIN dan syaitan. Bagi aku penggunaan ayat-ayat  tidak menjadi salah kerana Rasulullah sendiri ada mengajarkan beberapa  doa yang mana digunakan oleh perawat-perawat masa kini. Kadangkala,  perkara yang 'simple' kita selalu abaikan, contohnya, sentiasa berzikir  di bibir Surah Al-Ikhlas atau hanya ALLAH sebanyak mungkin..... kita tak  mengharapkan untuk jadi perawat atau menyembuh penyakit, dilakukan  dengan ikhlas bila masa terluang, secara tidak langsung mengaktifkan NUR  diri si pengamal. Kadangkala, pesakit yang dah sakit bertahun-tahun  jumpa berpuluh perawat tak baik, jumpa si penzikir, dengan hanya  ungkapan dua kalimah syahadah dan Basmallah pun JIN dah berterabur lari.  sebab apa??? sebabnya si pengamal dan jadikan contoh surah Al-Ikhlas  dan zikir ALLAH sebagai zikir diri. Malah, mereka2 yang sentiasa  berzikir itu terhindar dari perbuatan sihir dan gangguan JIN dan  syaitan. itu salah satu contohnya. Mengenai tok bomoh atau perawat bukan  islam yang menggunakan kaedah yang dikatakan RAHSIA, sebenarnya takde  RAHSIA apa pon. oleh kerana ianya tidak tersingkap, maka digelar RAHSIA,  itu ajerr.... Bomoh, dukun, pawang atau perawat bukan islam ada juga  menggukan ayat2 Al-Quran tetapi kebanyakan nya diselangi dengan  kebathilan contohnya ditunggang langgang kan ayat, atau diterbalikkan  ayat Al-quran tersebut supaya menjadi senjata yang ampuh untuk  mengkhianati sesama manusia dan sebagainya. Ada juga mereka yang dah pun  mempunyai NUR diri, tetapi kadangkala diselangi dengan amalan2  kebathilan contohnya taksub dengan cincin yang berkhadam atau keris yang  berkhadam.... maka, sesuatu perkara yang diselangi dengan kebathilan  maka, tertutup syafaat dan manfaat amalan2 baiknya yang terdahulu. sila  rujuk ayat2 al-Quran dan hadis... 
 
 2) Soalan yang baik,  ayat-ayat al-quran diibaratkan sebagai bijih besi  atau lembaran kain. Kita yang membentuknya untuk dijadikan pakaian,  seluar atau bijih besi itu kita canai hingga membentuk senjata dan  perkakas yang berguna untuk diri. Begitu juga ayat Al-Quran. Bagi tukang  besi mereka pakar mencipta senjata dan perkakas, bagi tukang jahit,  mereka pakar mencipta baju dan seluar yang indah-indah, tetapi bagi  pakar dalam bidang Al-Quran dan Tasawwuf, mereka pakar mencanai  ayat-ayat Al-quran itu tadi membentuk sebuah senjata dan pakaian atau  pendinding diri bagi umum. Kerana itu banyaknya doa yang indah2 disusun  dan juga ada doa-doa yang digunakan untuk menangkis JIN, atau merawat  dan ada pula ayat-ayat yang boleh digunakan sebagai murah rezeki dan  fitnah atau bepergian. Tidak ada dalam mana2 dalil yang melarang kita  jadikan ayat2 Al-quran sebagai doa, pendinding diri dan sebagainya. cuba  cari, mmg takde. malah banyak dalil yang menyuruh kita kembali kepada  Al-quran dan al-Hadis untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan  perbalahan. Diantara Mukjizat yang teragung diturunkan kepada Nabi yang  paling Agung untuk umat manusia adalah Al-quran. Itu tidak boleh  disangkal lagi. Kerana agungnya mukjizat Al-quran itu tadi, maka ianya  digunakan oleh tok cha, sami buddha, dan bomoh2 atau dukun untuk merawat  penyakit. Jikalau bible, atau kitab hindu atau nashkah buddha sangat  hebat dan dapat menandingi Al-quran, mengapa banyak kes dimana perawat  bukan islam membawa al-quran kecil ke hulu ke hilir sebagai pendinding  diri dan digunakan dalam rawatan, malah dalam kes pembaptisme  sesetengahnya. fikir-fikirkan... kemudian mengenai surah2 dan ayat2 yang  membentuk NUR2 tertentu, sebenarnya bukan begitu, NUR tetap sama pada  manusia... cuma berlainan peringkat. ini terlalu dalam untuk dikupaskan  di sini. cukuplah sekadar jawapannya YA jika kita sentiasa beramal dan  beramal dan sentiasa berzikir tanpa mengharapkan apa2 balasan. NUR diri  pasti menyerlah. Paling jelas nampak NUR diri kita ialah dari kalangan  JIN dan syaitan, malaikat, baru jatuh kepada makhluk2 lain seperti  tumbuhan dan haiwan dan yang terakhir sesama manusia. kadangkala, ada  sesetengah manusia yang kita lihat mukanya semacam bercahaya, redup mata  memandang, terasa seperti ada aura, walaupun berkulit gelap dan  sebagainya. 
 
 3) ayat2 al-quran bukan hanya boleh mencederakan JIN yang bukan islam  sahaja. Semua jenis JIN boleh dicederakan. tidak bermakna JIN islam  adalah lebih baik dari JIN yang bukan islam. lihat sahaja bangsa  manusia. Ada sesetengahnya yang mengaku islam, jahatnya mengalahkan yang  bukan islam. merogol, merompak, meragut, membunuh dan sebagainya. Ada  forumer yang melatah2 mengatakan bahawa memenjarakan JIN adalah  menggunakan khadam. Tidak mungkin sama sekali. Banyak kaedah untuk  memenjarakan JIN sama ada dengan ikatan zikir-zikir tertentu dan  sesetengah ayat-ayat al-quran. Ada JIN yang boleh dibunuh, atau  dipenjarakan. malah ada kisah di zaman Nabi Sulaiman sendiri, baginda  menangkap JIN lalu dimasukkan kedalam botol. Sila rujuk kitab-kitab lama  berkenaan Nabi Allah sulaiman. Bagi amalan yang aku belajar, adalah  lebih baik JIN dibenamkan ke petala bumi ke-7 (dengan kaedah). Kerana  JIN itu tadi adalah urusan malaikat (Allah s.W.t) yang akan  menguruskannya. biarlah kita sebagai manusia menyerahkan takdir si JIN  tadi kepada urusan ALLAH s.W.t.
 
 4) Semua JIN akan kalah dengan NUR.... JIN yang baik2 tidak terjejas. wallahualam.
 
 Assalamualaikum
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar