Memang betul..hari ini memang saya ingin menulis tentang Ilmu ghaib. Agak lama saya tidak menulis tentang satu subjek yang menjadi kegemaran saya selain daripada subjek sains minda dan subjek pembangunan diri manusia. Ilmu ghaib yang sangat saya minati iaitu bidang bio-energi atau terapi energi atau sewaktu dengannya iaitu ilmu metafizik.
Sebenarnya, artikel tentang terapi energi ini memang subjek kegemaran saya dan kerap saya sentuh di sini. Kalau anda pernah membaca artikel awal di blog ini , anda pasti tahu subjek ini kerap saya tulis walau dalam nada yang ringan sahaja. Maka, sempena satu sesi Retreat & Recharge yang akan saya hadiri di Langkawi hujung minggu ini di bawah kendalian IQBC yang diketuai oleh Master Hazil, saya tergerak untuk menulis secara santai tentang apakah yang menariknya memahami bidang bio-energi ini. Tambah semangat sekarang ini kerana saya dalam proses menulis satu buku ILMU GHAIB yang lengkap bersama dengan Master Hazil yang PASTI akan membuka seribu satu pintu maklumat tentang bidang bio energy ini.
Sebenarnya, ramai yang tidak sedar bahawa buku The Secret adalah buku yang membicarakan tentang ilmu energi. Membaca buku Michael Losier “The Law of Attraction” juga adalah tentang ilmu metafizik iaitu ilmu energi. Tambah mengujakan bila saya sebut, subjek feng shhui seperti buku aliran Lillian Too juga sebenarnya sains energi. Berapa ramai yang tahu, ratusan perguruan tenaga dalam yang “tumbuh bak cendawan selepas hujan” pada awal tahun 90an juga adalah penuh dengan elemen ilmu energi? Kerana itu pukulan jarak jauh hanya berkesan jika musuh juga beremosi. (ini kena ikut kelas KAMK baru boleh dijelaskan secara mendalam).
Ramai juga yang tidak tahu yang terapi “mandi bunga” juga adalah dari aliran terapi energi. Kerana itu jika kita faham tentang ilmu energi itu baru ada penjelasan kenapa ritual@terapi tersebut memerlukan tujuh jenis bunga. Tidaklah nanti kita hanya menerima tanpa mengetahui sains di sebalik ritual atau terapi tersebut.
Bagi peminat batu-batu cincin Kristal atau peminat batu-batu hikmat yang banyak dijual sehingga berharga beribu-ribu ringgit mungkin kerana telah “diisi” oleh “paranormal” atau tokoh-tokoh energi untuk tujuan yang pelbagai seperti tarik rezeki, pengasih, dan sebagainya juga perlu mengetahui bahawa memakai cincin tersebut adalah satu kaedah terapi energi atau bio energi.
Bagi peminat-peminat cincin teras kayu juga sebenarnya terdapat unsur-unsur penerangan ilmu energi disebalik “ke-magis-an” yang dikatakan dimiliki oleh sesuatu teras kayu atau azimat tersebut. Malahan ramai orang tidak tahu kenapa ada sesetengah tempat yang agak “keramat”; yang dikatakan agak sesuai untuk tujuan-tujuan meditasi dan kenapa tenpat-tempat yang tertentu seperti laut, air terjun , gua dan lain-lain sangat mujarab untuk tujuan mendapat ilmu ghaib.
Sebenarnya terlalu banyak tradisi dan budaya mahupun ritual yang kita amalkan atau kita terima pakai semenjak dahulu hingga kini tidak difahami secara saintifik (walaupun ia kelihatan sangat metafizik) tetapi sebenarnya boleh dikupas dan diterangkan secara ilmiah apabila kita memahami ilmu energi.
Kadang kala saya kecewa apabila masyarakat mudah membuat penilaian pada ilmu energi atau terapi energi yang MEREKA tidak FAHAMI atau KENALI. Di sebaliknya mereka sendiri mengamalkan pelbagai budaya dan amalan yang dibawa oleh datuk nenek kita yang masih bersifat tahyul dan khurafat malahan boleh merosakkan akidah jika tidak difahami dan hanya menerima dan mempercayainya bulat-bulat.
Cuba kita singkap akhbar-akhbar tabloid tertentu yang banyak mempromosikan ritual yang mistikal dan mereka sendiri tidak faham apakah penjelasan yang mereka boleh terangkan pada setiap ritual yang mereka lakukan.
Di dalam bidang ilmu bio-energi atau terapi energi, terdapat pelbagai kaedah dan aliran yang kita boleh pelajari dan gunakan dalam kehidupan setiap hari. Yang penting kita kena tahu dan mendalami secara asas pekara yang kita ingin pelajari. Terdapat pelbagai perguruan dan sekolah yang menawarkan ilmu ini. Ada yang ditawarkan secara instant dan ada yang berbentuk kelas yang lengkap.
Sebagai seorang pengamal terapi energy; baik dari aliran chakra mahupun meridianseperti Reiki, Perguruan Tenaga Dalam, RES56, EFT sehingga kepada moden terapi energy seperti radionics dan terapi frekuansi- saya suka menasihatkan mereka yang berminat untuk mendalami ilmu energi ini untuk mendapatkan guru yang ikhlas dan benar-benar ingin memakmurkan ilmu itu sendiri. Pada saya ilmu energi ini bukan mahu menjadikan kita sebagai seorang tukang ubat, paranormal, orang biasa menjadi luar biasa cepat dan sebagainya sahaja. Ia lebih luas dari itu. Tetapi hanya mereka yang benar-benar yang terlibat sahaja yang akan memahaminya.
Ia juga bukan sekadar attunement, pengijazahan, transfer, penbangkitan, abhiseka, shaktipat , channeling dan pelbagai lagi bahasa metafiziknya yang tidak difahami oleh peminat yang ingin belajar. Di barat memang mereka menjual semua pekara yang saya sebutkan itu. Kerana mereka sangat bebas dari segi pegangan dan kepercayaan. Kita di sini ada tanggungjawap pada akidah dan iman yang dianut oleh pengamal yang ingin belajar. Jika kita tidak menerangkan ilmu energi ini secara ilmu, maklumat dan ilmiah, dikuatiri ia mendatangkan kerosakan pada pegangan diri pengamal yang baru itu.Malahan mereka yang kurang faham ini akan sukar untuk menjawap soalan dari masyarakat luar yang suka “melabel” tanpa memahami sesuatu ilmu.
Saya tahu ramai orang mahu jadi “luar biasa” hebat akan tertarik apabila membaca ilmu yang ditawarkan. Maka, jika anda berminat sudah tentu anda perlu mendalami dahulu dan bertanya pada mereka yang faham sebelum membuat keputusan. Pada saya, Ilmu bio energy ini sedang berkembang dengan lebih positif. Jika dahulu ia banyak di gunakan untuk masalah penyembuhan fizikal dan masalah kerohanian yang tertentu, hari ini terapi energi telah mula bercambah dalam bidang psikologi. Masalah kehidupan seperti kerap gagal, masalah kemiskinan, masalah dalam hubungan dan sebagainya sudah boleh diatasi dengan mengunakan terapi energi. Jika dahulu, bila dikatakan ilmu ghaib sahaja sudah terbayangkan mahu jadi kebal, ilmu kebatinan, pukulan jarak jauh, makan kaca dan sebagainya.
Hari ini saya gembira memberitahu, ilmu ghaib juga boleh kita gunakan ntuk mencapai impian kita, mencapai kejayaan dalam bisnes kita, menarik kekayaan datang dalam kehidupan kita, menjadikan kita gembira dan makmur selalu. Workshop KAMK satu contoh bagaimana bidang psikologi , motivasi dan terapi energy di gabungkan dan menghasilkan satu FENOMENA baru dalam industri pembangunan diri manusia. Ilmu ghaib bukan sekadar para mistik dan diajar di tempat-tempat yang tertutup tetapi ilmu ghaib kini melangkaui skop yang lebih luas dan lebih kedepan..inshaAllah.
Sekurang-kurangnya kita telah mula membuat satu anjakan pradigma atau menukar mindset kita di dalam bidang ilmu energy ini.
Hamba Allah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar