|  Pengasas Komunisme, Karl Marx dan Friedrich                Engels | 
Satu ideologi yang telah membawa penderitaan          yang maha hebat kepada manusia pada abad yang penuh dengan keganasan dan          kekejaman yang baru sahaja kita tinggalkan, dan merupakan ideologi paling          tersebar luas di dunia, ialah tidak lain, Komunisme. Komunisme, yang mencapai          kemuncaknya dengan dua orang ahli falsafah Jerman Karl Marx dan Friedrich          Engels di dalam abad ke-19, telah menumpahkan begitu banyak darah di dunia          ini mengatasi Nazi dan imperialis. Ia telah menyebabkan kematian kepada          mereka yang tidak berdosa dan menyebarkan keganasan, ketakutan, dan kekecewaan          kepada manusia. Sehingga kini apabila orang memperkatakan tentang negara-negara          Tabir Besi dan Rusia, imej yang muncul ialah komuniti-komuniti yang dikuasai          oleh kegelapan, kabus, dan kekecewaan, jalan-jalan kosong, kesusahan,          dan ketakutan. Walau seyakin mana Komunisme dianggap telah musnah pada          1991, tetapi saki-baki yang ditinggalkannya masih wujud. Walau "seliberal"          mana pun sebahagian daripada Komunis dan Marxis yang "tidak pernah menyesal",          tetapi falsafah materialis, keburukan Komunisme dan Marxisme dan yang          telah memesongkan manusia daripada agama dam moral, masih terus mempengaruhi          manusia.
Ideologi ini yang telah menyebarkan keganasan ke setiap ceruk dunia sebenarnya          telah mewakili satu idea yang berasal daripada zaman purba. Dialektik          ialah satu kepercayaan bahawa semua pembangunan di alam ini meningkat          hasil daripada konflik. Berdasarkan kepada kepercayaan ini Marx dan Engels          telah mula menjalankan analisis sejarah dunia. Marx mendakwa bahawa sejarah          manusia adalah satu konflik, di mana konflik ketika itu ialah di antara          pekerja dan kapitalis, dan pekerja-pekerja ini akan bangkit dan membentuk          revolusi Komunis.
Sifat yang paling menonjol dua orang pengasas Komunisme ini ialah, seperti          mana materialis-materialis lain, mereka telah mencetuskan kebencian terhadap          agama. Marx dan Engels sememangnya ateis dan melihat penyimpangan daripada          agama sebagai inti pati pandangan Komunisme.
Tetapi Marx dan Engels kekurangan satu perkara penting: untuk menarik          perhatian masyarakat umum mereka perlu memberikan ideologi mereka satu          tarikan saintifik. Dan perikatan bahaya yang telah menyebabkan kepedihan,          keganasan, pembunuhan yang melampau, menukarkan dua saudara kepada musuh,          separatisme abad ke-20, telah berkembang pada noktah ini. Darwin telah          membentangkan teori evolusinya di dalam bukunya The Origin of Species.          Dan alangkah menariknya dakwaan asas yang dikemukakannya adalah penjelasan          yang Marx dan Engels sedang cari. Darwin mendakwa bahawa hidupan telah          berkembang hasil daripada "pertarungan untuk hidup" atau "konflik dialektik".          Tambahan pula, dia menafikan ciptaan dan menolak kepercayaan-kepercayaan          agama. Bagi Marx dan Engels pula ia adalah peluang yang tidak patut dilepaskan.
KERUNTUHAN PANDANGAN SEJARAH              MARXIS  Karl Marx, pengasas Komunisme,                telah
mengadaptasi idea Darwin, yang telah mempengaruhinya, ke dalam                proses dialektik sejarah. Menurut
Marx, masyarakat melalui beberapa                fasa di dalam sejarah, dan faktor yang menentukan fasa-fasa ini
ialah perubahan purata pengeluaran dan hubungan pengeluaran. Berdasarkan                pandangan ini, ekonomi menentukan perkara-perkara lain. Sejarah                melalui peringkat-peringkat evolusi: Masyarakat primitif,
masyarakat                hamba, masyarakat feudal, masyarakat kapitalis, dan peringkat terakhir,                masyarakat
Komunis.
Tetapi sejarah sendiri telah membuktikan bahawa ramalan zaman-zaman                evolusi Marx tidak berlaku.
Tidak pernah di dalam sejarah mana-mana                masyarakat melalui peringkat-peringkat evolusi yang
diramalkan oleh                Marx. Sebaliknya, dapat dilihat sistem-sistem yang Marx kenal pasti                datang sebelum
atau selepas pada masa yang sama di dalam satu masyarakat.                Ketika sebahagian negara mengalami
sistem mirip kepada sistem feudal,                undang-undang kapitalis mungkin dijalankan di kawasan lain. Tidak
ada sebarang bukti menunjukkan peringkat daripada satu sistem ke                satu sistem yang lain mengikut
corak evolusi yang didakwa oleh Marx                dan teori evolusi.
Dari segi lain pula, tidak satu pun ramalan Marx tentang masa depan                menjadi kenyataan. Teori Marx
telah dikesan tidak berguna hanya                10 tahun selepas kematiannya. Marx mendakwa satu demi satu
bangsa                kapitalis paling maju akan melakukan revolusi, tetapi tidak satu                pun yang berlaku. Lenin,
pengikut Marx paling hebat, cuba menjelaskan                mengapa revolusi-revolusi ini tidak berlaku, dan
kemudian dia pula                meramalkan bahawa revolusi-revolusi ini akan berlaku di negara-negara                Dunia
Ketiga. Hingga kini dakwaan Lenin telah dibuktikan tidak benar                oleh sejarah. Hari ini negara-negara
yang berada di bawah Komunisme                dapat dikira dengan jari sebelah tangan sahaja. Tambahan pula,
Marxisme                menggunakan kekerasan di dalam kawasan yang dikuasainya, dan ia                tidak berkuasa dengan
gerakan popular, seperti yang didakwanya,                tetapi melalui tekanan diktator. 
Kesimpulannya, sejarah kini telah membatalkan ramalan zaman-zaman                sejarah evolusi falsafah Marx.
Teori-teori seperti “sejarah                dialektik” dan “sejarah evolusi” di dalam banyak                jilid yang ditulis oleh ahli
ideologi seperti Marx dan Engels, hanyalah                hasil daripada fantasi.
          
Kekaguman Marx dan Engels Terhadap Darwin
Darwinsme amat penting kepada Komunisme sehingga hanya          beberapa bulan selepas buku Darwin diterbitkan, Engels telah menulis kepada          Marx, "
(tulisan) Darwin, yang baru saya bacanya,          adalah sebuah karya cemerlang"
Marx menulis kembali kepada Engels pada 19 Disember          1860, menyatakan 
 "Ini adalah sebuah buku yang mengandungi          asas sejarah semula jadi untuk tatapan kita"Di dalam sepucuk surat yang telah ditulis oleh Marx          kepada Lassalle, seorang lagi sahabat sosialis beliau, pada 16 Januari          1861, menyatakan:
 "Buku Darwin amat penting dan          ia memberikan saya satu asas di dalam sains naturalisme tentang pertembungan          kelas di dalam sejarah"  Ia telah mendedahkan          kepentingan teori evolusi kepada Komunisme.
Marx meluahkan simpatinya kepada Darwin dengan mendedikasikan          hasil kerja beliau yang paling penting, 
Das Kapital, kepadanya.          Salinan jilid pertama buku Marx milik Darwin telah dicatat oleh Marx,          ia menggambarkan dirinya sebagai seorang peminat setia kepada penyokong          naturalisme English tersebut.
Engels juga telah mengakui kekaguman beliau terhadap Darwin:
Alam semula jadi adalah satu ujian bagi dialektik,            dan perlu dijelaskan… bahawa mutakhir ini, alam semula jadi bekerja            secara dialektik dan tidak metafizik... Pada hubungan ini, Darwin            mesti diiktiraf dahulu sebelum yang lain.
Engels memuji Darwin dan Marx sebagai mempunyai persamaan,          "Sebaik sahaja Darwin menemui undang-undang evolusi di dalam alam organik          semula jadi, Marx pula telah menemui undang-undang evolusi di dalam sejarah          manusia", dia berkata.
Di dalam hasil kerjanya yang lain, beliau telah menggariskan kepentingan          Darwin dalam membentuk satu teori yang menentang agama:
Dia (Darwin) telah menghuraikan konsep metafizik            alam semula jadi dengan membuktikan dunia organik hari ini - tumbuhan,            haiwan, dan juga manusia - adalah hasil daripada satu proses evolusi            yang berlaku berjuta-juta tahun. 
Begitu juga Engels pernah sekali menunjukkan bagaimana beliau menerima          teori Darwin dengan menulis sebuah artikel bertajuk 
"The Part Played          by Labour in the Transition from Ape to Man".
Seorang penyelidik Amerika Conway Zirckle menjelaskan mengapa pengasas          Komunisme menerima teori Darwin dengan segera:
Marx dan Engels menerima evolusi            sebaik sahaja Darwin menerbitkan buku The Origin of Species.            Evolusi diperlukan oleh pengasas komunisme untuk menjelaskan bagaimana            manusia dapat hidup tanpa campur tangan daripada kuasa alam ghaib, dan            juga boleh digunakan untuk menyokong dasar falsafah materialistik mereka.            Tambahan pula, tafsiran Darwin tentang evolusi - evolusi tercetus daripada            operasi pilihan semula jadi - telah memberikan            mereka satu hipotesis alternatif untuk melindungi penjelasan fakta secara            teleologi bahawa semua bentuk hidupan telah diadaptasikan kepada keadaan            sekeliling mereka.
Tom Bethell, daripada majalah 
Harper, menjelaskan rangkaian          asas di antara Marx dan Darwin di dalam ayat berikut:
Marx mendewakan buku Darwin bukan kerana sebab-sebab            ekonomi tetapi sebab yang lebih besar, iaitu seluruh bidang diskusi            Darwin adalah materialistik, dan penjelasannya tidak lagi melibatkan            sebarang rujukan kepada sesuatu yang ghaib, perkara-perkara bukan material            di luar atau 'melampaui'nya. Di dalam keadaan ini, Darwin            dan Marx adalah rakan seperjuangan sejati.
Hari ini, perikatan di antara Darwinisme dan Marxisme adalah kenyataan          yang diterima semua. Biografi-biografi Marx sering menyatakan kenyataan          ini. Sebagai contoh, sebuah biografi Karl Marx telah menghuraikan perikatan          ini seperti berikut:
"Darwinisme telah memberikan kenyataan yang keseluruhannya            menyokong Marxisme dan membenarkannya. Penyebaran idea-idea evolusi            Darwinis telah membentuk tanah subur kepada idea Marxis sehingga diterima            oleh kelas yang memerintah... Marx, Engels dan Lenin telah mengambil            sejumlah ideal Darwin dan menggunakannya untuk kepentingan saintifik            mereka, dan dengan cara ini penyebaran idea-idea ini telah dipertingkatkan."
Seperti yang telah kita disaksikan, Marx dan Engels begitu ghairah untuk          mempercayai bahawa konsep evolusi Darwin telah membentuk sokongan saintifik          untuk pandangan ateis mereka sendiri. Tetapi keghairahan ini terbukti          belum tiba waktunya. Teori evolusi mendapat sambutan meluas kerana ia          telah didedahkan di dalam keadaan sains abad ke-19 yang primitif dan dipenuhi          dengan kesilapan-kesilapan yang melemahkan sebarang bukti saintifik. Sains,          yang telah dibangunkan pada separuh kedua abad ke-20, telah mendedahkan          kepalsuan teori evolusi. Ini juga bererti kehancuran pemikiran Komunis          dan materialis seperti mana yang berlaku kepada Darwinisme. (Untuk keterangan          lebih lanjut sila lihat buku The 
Evolution Deceit oleh Harun          Yahya). Tetapi disebabkan para pakar sains yang bersama dengan pandangan          materialis mengetahui bahawa kehancuran Darwinisme juga bererti kehancuran          kepada ideologi-ideologi mereka sendiri, maka mereka telah berusaha dengan          apa cara sekali pun untuk menyembunyikan kehancuran Darwinisme daripada          masyarakat.
       Ketaksuban Pengikut-pengikut Marx dan Engels terhadap          Darwin

Pengikut-pengikut          Marx dan Engel, yang telah menyebabkan kematian berjuta-juta manusia dan          menjadi punca kepada mereka yang lain hidup di dalam kesengsaraan, ketakutan          dan keganasan, telah menerima teori evolusi ini dengan amat gembira dan          ghairah.
John N. Moore memperkatakan hubungan di antara evolusi dan ketua-ketua          Soveit yang telah melaksanakan idea-idea Marx dan Engel di Rusia:
Pemikiran ketua-ketua USSR berakar umbi daripada            pandangan evolusi. 
Leninlah yang telah merealisasikan projek Revolusi Komunis Marx. Lenin,          pemimpin gerakan Bolshevik Komunis di Rusia, berhasrat untuk menjatuhkan          rejim pemerintah di Rusia dengan kekerasan. Kekecohan yang berlaku selepas          Perang Dunia I telah memberikan peluang yang mereka cari-cari. Dengan          diketuai oleh Lenin, Komunis telah mengambil alih kuasa dengan kekerasan          pada Oktober 1917. Selepas revolusi ini, Rusia telah menghadapi tiga tahun          perang saudara di antara Komunis dan penyokong-penyokong pemerintah asal          (tsar).
Seperti pemimpin-pemimpin Komunis yang lain, Lenin sering kali menegaskan          bahawa teori Darwin adalah asas utama falsafah materialis.
Salah satu kenyataan beliau telah mendedahkan pandangan beliau terhadap          Darwin:
Darwin telah memusnahkan kepercayaan bahawa haiwan            dan tumbuhan tidak mempunyai sebarang pertalian, melainkan secara kebetulan,            dan ia telah dijadikan Allah, dan kerana itu ia kekal.
Trotsky, yang dianggap sebagai penggubal terpenting revolusi Bolshevik          selepas Lenin, juga telah menegaskan kepentingan Darwinisme. Beliau mengisytiharkan          kekagumannya terhadap Darwin seperti berikut:
              |  Lenin dan Trotsky | 
Penemuan Darwin adalah kejayaan terhebat kepada dialektik            dalam semua bidang organik.
Berikutan kematian Lenin pada 1924, Stalin, yang dikenali sebagai seorang          diktator paling kejam di dalam sejarah dunia, telah mengambil alih kepimpinan          Parti Komunis. Selama 30 tahun berkuasa, Stalin telah membuktikan betapa          zalimnya sistem Komunisme ini.
Langkah pertama Stalin ialah menguasai golongan petani yang mewakili          80 peratus populasi Rusia di atas nama kerajaan. Di atas nama polisi pengumpulan          yang mencabul hak-hak peribadi, semua hasil pertanian penduduk kampung          Rusia telah dikutip oleh pegawai-pegawai bersenjata. Hasil daripada tindakan          ini ialah kebuluran yang serius. Berjuta-juta wanita, kanak-kanak, dan          orang-orang tua yang tidak menemui sesuatu untuk dimakan telah mengakhiri          hidup mereka di dalam derita kebuluran. Jumlah kematian di Caucasus sahaja          ialah 1 juta.
Stalin telah menghantar beratus-ratus orang yang cuba menolak          polisi ini ke kem-kem buruh Siberia yang teruk. Kem-kem ini, di mana tahanan-tahanan          bekerja sehingga mati, telah menjadi tanah perkuburan kepada ramai orang.          Di samping itu. Berpuluh ribu orang juga telah dihukum bunuh oleh polis          rahsia Stalin. Berjuta-juta penduduk telah dipaksa untuk berpindah ke          pelosok-pelosok Rusia yang jauh, termasuk orang-orang Turki Crimea dan          Turkestan.
            |  Stalin, salah satu nama paling berdarah di                dalam sejarah, menyebabkan kematian berpuluh juta orang, kematian                disebabkan kebuluran dan kemiskinan, dan berjuta-juta yang lain                terbiar tanpa tempat tinggal dan pekerjaan | 
Melalui polisi-polisi kejam ini Stalin telah membunuh kira-kira 20 juta          orang. Ahli sejarah mendedahkan bahawa kekejaman ini telah memberikannya          kepuasan yang hebat. Ia memberikannya kepuasan untuk duduk di mejanya          di Kremlin dan menganalisis senarai-senarai mereka yang telah mati di          kem-kem tahanan atau siapa yang telah dihukum bunuh.
Sebahagian ahli psikologi peribadinya menyatakan, pengaruh utama yang          menyebabkan beliau menjadi seorang pembunuh yang kejam seperti ini ialah          falsafah materialis yang diyakininya. Di dalam perkataan Stalin sendiri,          asas utama kepada falsafah ini ialah teori evolusi Darwin. Dia menerangkan          kepentingan beliau menerima idea-idea Darwin: 
Terdapat tiga perkara yang perlu kita lakukan untuk            membebaskan minda pelajar-pelajar menengah kita. Kita perlu mengajar            mereka period bumi, asal usul geologi, dan ajaran            Darwin.
Ketika Stalin masih hidup, seorang rakan sepermainannya yang rapat sewaktu          kecil telah menceritakan dengan panjang lebar bagaimana Stalin menjadi          seorang ateis di dalam buku Landmark in the
 Life of Darwin:
Ketika di awal usianya, ketika masih menjadi seorang            pelajar sekolah gereja, Stalin telah membentuk satu minda kritikal dan            sentimen revolusi. Dia telah mula membaca Darwin dan menjadi seorang            ateis.
Di dalam buku yang sama, G. Glurdjidze, seorang lagi          rakan sepermainan Stalin telah menceritakan bagaimana Stalin telah berhenti          mempercayai Tuhan dan telah memberitahunya bahawa puncanya ialah 
buku          Darwin, dan mendesaknya untuk turut membacanya.
            |  Mao Tse Tung | 
Salah satu petunjuk penting tentang keyakinan membabi buta Stalin terhadap          teori evolusi ialah penolakan sistem pendidikan Soviet terhadap undang-undang          genetik Mendel ketika beliau berkuasa. Undang-undang ini, yang telah diterima          oleh seluruh dunia sains semenjak permulaan abad ke-20, telah menolak          dakwaan Lamarck bahawa "sifat-sifat perolehan boleh diwariskan kepada          generasi berikutnya". Pakar sains Rusia Lysenko yang melihat ini sebagai          kejutan hebat kepada teori evolusi dan dalam masa yang sama adalah ancaman          yang besar, telah memberitahu Stalin ideal beliau. Stalin telah tertarik          dengan idea-idea Lysenko ini dan menjadikan beliau ketua pegawai persekutuan-persekutuan          sains. Oleh itu, sains genetik, yang telah memberikan satu kejutan hebat          kepada teori evousi, telah ditolak di semua persekutuan sains dan sekolah          Soviet Union sehinggalah Stalin meninggal dunia.
Di zaman Stalin, Soviet Union telah berubah kepada keadaan yang kucar          kacir di mana berjuta-juta nyawa manusia berada di dalam bahaya, dan di          mana mereka boleh diambil pergi bila-bila masa sahaja untuk dikenakan          seksaan di luar imaginasi walaupun mereka tidak melakukan sebarang jenayah.          Bukan hanya Komunisme, tetapi sejarah Fasisme juga penuh dengan kejadian-kejadian          seperti ini.
Sebahagian pengulas sejarah telah melakukan kesilapan ketika mentafsirkan          kejadian-kejadian ini apabila cuba membuktikan bahawa punca utama kepada          semua kekejaman dan kezaliman ini adalah kerana mereka seperti Lenin,          Stalin, Mao, Hitler, dan Mussolini tidak siuman dan kurang waras. Bagaimana          ini boleh menjadi satu kebetulan, seluruh dunia boleh jatuh ke tangan          orang-orang yang tidak siuman dan gila di dalam satu waktu yang sama.
Ia adalah kebenaran yang nyata dan jelas bahawa semua orang dan ideologi-ideologi          ini minum daripada perigi yang sama dan bahawa mereka telah digambarkan          sebagai telah dijustifikasikan dan daripada sumber yang sama. Ringkasnya,          terdapat pihak lain yang bersalah di sebalik orang-orang ini. Punca ketua-ketua          yang kejam dan tidak siuman ini mengheret berjuta-juta yang lain bersama          mereka, dan yang membenarkan mereka melakukan perbuatan jenayah, ialah          kuasa dan sokongan sains yang telah diberikan kepada mereka oleh falsafah          materialis dan Darwinisme.
Mao Tse Tung: Duta Darwin dan Marx ke China
Ketika Stalin menjalankan rejim pemerintahan satu partinya, rejim Komunis          lain yang melihat Darwinisme sebagai sokongan saintifiknya telah terbentuk          di China. Komunis di bawah kepimpinan Mao Tse Tung telah mula berkuasa          pada 1949 selepas perang saudara yang panjang. Mao telah membentuk sebuah          rejim yang menindas dan kejam, seperti sekutunya Stalin, yang telah memerikannya          sokongan hebat. China telah menyaksikan pembunuhan politik yang tidak          terkira banyaknya. Pada tahun-tahun berikutnya, tentera muda Mao, yang          dikenali sebagai "Red Guard", telah menjerumuskan negara tersebut kepada          satu keadaan yang sangat teruk.
Mao secara terbuka telah mengumumkan asas falsafah kepada          sistem yang dibentuknya dengan menyatakan, 
"Sosialisme          China telah terbentuk di atas Darwin dan teori evolusi".
Dengan menjadi seorang Marxis dan seorang ateis dan          penganut setia kepada konsep evolusi, Mao telah menetapkan bahawa bahan          bacaan pada awal hari "Loncatan Ke Hadapan Yang Hebat" di dalam kesusasteraan          ialah tulisan-tulisan Charles Darwin dan bahan-bahan lain yang menyokong          paradigma evolusi.
Apabila Komunis China mula berkuasa pada 1950 mereka telah mengambil          teori evolusi sebagai asas ideologi mereka. Sebenarnya intelektual China          telah menerima teori evolusi ini sejak lama dahulu:
Pada abad ke-19, Barat menggelar China sebagai gergasi            yang sedang tidur, terasing dan terperosok dalam tradisi purba. Beberapa            orang bangsa Eropah telah menyedari kecenderungan            intelektual-intelektual China menggunakan idea-idea evolusi Darwin dan            melihat pada diri mereka dorongan yang kuat untuk maju dan berubah.            Menurut seorang penulis China Hu Shin (Living Philosophies, 1931), apabila            buku Thomas Huxler Evolution and Ethics dicetak pada 1898,            ia telah disambut dan diterima oleh intelektual-intelektual China. Orang-orang            kaya telah menaja edisi China yang murah supaya ia dapat disebarkan            lebih meluas kepada rakyat.
Oleh itu, mereka yang berpaling kepada Komunisme dan mengetuai revolusi            China ialah intelektual-intelektual ini yang telah "dipengaruhi" oleh            idea-idea Darwin.
Tidak sukar bagi China untuk menyertai gerakan Darwinisme dan Komunisme          walaupun dengan kepercayaan-kepercayaan dan sejarah panteisme yang tebal.          Di dalam sebuah artikel majalah New Scientist, ahli falsafah Kanada, Michael          Ruse menyatakan, berkaitan dengan zaman awal abad ke-20 China:
Idea-idea ini segera bertapak,            kerana China tidak mempunyai swadaya intelektual dan agama yang menentang            evolusi seperti yang sering terjadi di Barat. Dari beberapa segi, Darwin            dilihat seperti orang China... Pemikiran Taoist dan pemikiran            secara Confusius yang moden sering menegaskan manusia bukan benda. Kejadian            kita sama dengan haiwan bukan lagi satu kejutan... Hari ini, falsafah            rasmi ialah Marxisme-Leninisme. Tetapi tanpa pendekatan            sekular materialis Darwinisme, tentu tanah tersebut tidak dikerjakan            supaya Mao dan para revolusioner dapat menabur benih mereka dan memungut            hasilnya.
Seperti yang telah dinyatakan oleh Michael Ruse, dengan firma yang ditubuhkan          daripada idea-idea secara Darwin, China dengan mudah telah mengambil Komunisme.          Rakyat China, yang telah ditenggelami oleh idea-idea secara Darwin, hanya          berpeluk tubuh dan menyaksikan semua pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan          oleh Mao Tse Tung, salah seorang pembunuh paling kejam dalam sejarah.
Di samping itu, Komunisme juga adalah punca konflik-konflik gerila, perlakuan          kejam keganasan, dan perang saudara di dalam banyak negara, tidak hanya          di China. Turkey adalah satu di antaranya. Pada tahun 1960an dan 1970an,          kumpulan-kumpulan yang bangkit menentang kerajaan telah mengheret Turkey          ke kancah keganasan dengan impian untuk melakukan satu revolusi Komunis          di dalam negara. Selepas 1980, terorisme Komunis telah menyertai separatisme          dan telah menjadi penyebab kepada kematian berpuluh ribu bangsa Turki,          serta polis dan askar-askar ketika menjalankan tanggungjawab mereka.
Ideologi Komunis yang telah membawa pertumpahan darah kepada dunia dengan          cara ini selama 150 tahun, sering bersama dengan Darwinisme. Sehingga          ke hari ini, para Komunis adalah penyokong utama Darwinisme. Setiap kali          seseorang melihat kepada golongan-golongan yang menyokong teori evolusi          ini, di hampir setiap negara, seseorang itu akan melihat para Marxis berada          di barisan hadapan. Kerana seperti yang disebutkan oleh Karl Marx, teori          evolusi membentuk asas ideologi Komunis daripada aspek sains semula jadi          dan memberikan para Komunis sokongan saintifiknya paling utama terhadap          penolakan agama.
Asas Perikatan Di Antara Darwinisme dan Komunsme: Kebencian          Terhadap Agama
            |   Ketika dan selepas revolusi Bolshevik banyak                serang ke atas agama telah berlaku. Gereja-gereja dan masjid telah                diruntuhkan. Hasil-hasil seni di dalam gereja telah dirampas, seperti                yang dapat dilihat di dalam gambar-gambar di atas. | 
Seperti yang telah dijelaskan terdahulu, sebab utama kepada pergantungan          materialis dan Komunis kepada Darwinisme ialah sokongan mantap yang diberikan          oleh Darwinsme kepada ateisme. Falsafah materialis telah lama wujud, tetapi          sehingga abad ke-19 kebanyakan ahli falsafah telah menolak buku-buku teori          ini. Punca utamanya ialah sehingga ke waktu itu kebanyakan ahli-ahli sains          mempercayai Tuhan dan mempercayai realiti penciptaan. Tetapi pada abad          ke-19 falsafah materialis dan teori Darwin telah mula meresap masuk ke          ilmu sains semula jadi. Darwinisme adalah asas utama kepada kebudayaan          materialis yang telah melekapkan tandanya pada abad ke-19 dan yang paling          ketara kesannya pada abad ke-20.
Ideologi-ideologi yang lahir daripada kebudayaan materialis ini, seperti          yang telah kita kaji, telah mencetuskan dua perang dunia yang paling hebat,          perang-perang saudara yang banyak dan tindakan-tindakan keganasan, pemusnahan          bangsa, pemusnahan, dan kezaliman. Disebabkan oleh bencana ini berpuluh          juta orang telah kehilangan tempat kediaman mereka, beratus juta telah          ditindas dan terpaksa melalui layanan yang paling teruk.
Pengganas-pengganas yang telah terpengaruh dengan pandangan secara Darwin-materialis,          seperti binatang yang mereka dakwa sebagai nenek moyang mereka, pergi          ke pergunungan dan tinggal di gua-gua di dalam keadaan yang dahsyat. Mereka          boleh membunuh orang tanpa berfikir dua kali dan membunuh bayi-bayi, orang-orang          tua, dan mereka yang tidak bersalah. Dengan tidak menganggap diri mereka          dan orang lain sebagai hidupan yang telah dijadikan oleh Allah berserta          roh, minda, kesedaran, dan kefahaman, mereka telah melakukan perkara sama          yang dilakukan oleh binatang-bintang kepada binatang yang lain. Perobohan          Stalin terhadap berdozen-dozen gereja dan masjid-masjid adalah salah satu          tanda kebencian Komunisme terhadap agama.
            |   Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang                yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah                untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha                pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian,                tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan                rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka                lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan                di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat                besar. (Al-Baqarag:114) | 
Di dalam bukunya 
The Long War Against God, Henry Morris menggambarkan          hubungan ini dengan cara berikut:
Walaupun mempunyai kelemahan saintifik, dakwaan evolusi            tentang karakter sains telah digunakan untuk menjustifikasikan semua            sistem dan praktis yang jengkel. Antara yang paling berjaya ialah Komunisme,            dan pengikut-pengikutnya seluruh dunia telah diperdaya bahawa komunisme            adalah betul kerana ia berpaksi kepada bukti-bukti sains evolusi.
Dendam Komunisme dan materialisme terhadap agama dapat          dilihat dalam setiap keganasannya sepanjang kenaikan Bolshevik. Gereja-gereja          dan masjid-masjid telah diranapkan, dan di antara mereka yang disingkirkan          daripada "masyarakat sosialis baru", ialah orang-orang agama yang mempunyai          kedudukan penting. Dengan menafikan bahawa kebanyakan anggota masyarakat          adalah mereka yang beragama, mereka telah ditegah daripada menjalankan          tanggungjawab agama mereka. Dalam usaha untuk mengetepikan hari Ahad,          di mana penganut kristian ke gereja, konsep hari cuti yang biasa telah          diubah. Setiap orang akan bekerja lima hari, tetapi hari cuti adalah pada          sebarang hari. Tindakan ini telah diperkenalkan oleh komunis "untuk memudahkan          usaha menghapuskan agama".
99 Berikutan itu, pada          1928 dan 1930 cukai-cukai yang telah dibayar oleh mereka yang beragama          telah meningkat 10 kali ganda, kupon-kupon makanan mereka telah dirampas,          dan mereka tidak lagi dibenarkan menggunakan perkhidmatan kesihatan, bererti          mereka tidak lagi dapat menikmati sebarang hak asasi, mereka juga sering          ditahan, dipindahkan daripada jawatan mereka dan diasingkan. Pada 1936,          sekitar 65% masjid dan 70% gereja telah dimusnahkan.
Di antara tindakan paling ganas menentang agama telah dilakukan di Albania.          Pemimpin Komunis Albania, yang dikenali sebagai seorang yang tidak beragama,          Enver Hodja, telah mengumumkan pada 1967 Albania sebagai negara "tidak          beragama" yang pertama. Mereka yang beragama telah dimasukkan di bawah          pengawasan tanpa sebarang sebab, dan sebahagian mereka telah dibunuh ketika          berada di dalam pengawasan ini. Pada 1948 dua orang paderi dan 5,000 orang          agama telah ditembak. Orang-orang Islam juga telah dibunuh dengan cara          yang sama. Akhbar bulanan 
Nendori telah mengumumkan bahawa 2,160          masjid dan gereja telah ditutup, daripadanya ialah 327 tempat ibadat Katolik.
            |   Revolusi Komunis sangat kejam. Berpuluh juta                manusia telah dibunuh beramai-ramai dan dibunuh dengan biadab. Pemimpin-pemimpin                Komunis memerintahkan sesiapa yang menentang mereka mesti dibunuh. | 
Tidak syak lagi, tujuan praktikal ini ialah matlamat Komunisme untuk          membentuk masyarakat-masyarakat yang menolak kewujudan Tuhan, tidak mempunyai          sebarang kaitan dengan agama, dan yang hanya mempercayai dan menghargai          perkara-perkara kebendaan. Sebenarnya, ia adalah salah satu matlamat utama          Komunisme, kerana pemimpin-pemimpin Komunis sedar bahawa mereka hanya          dapat memerintah orang-orang yang telah menjadi mesin, dan tidak sensitif,          tidak berperasaan dan yang lebih penting, masyarakat yang tidak bertakwa          kepada Allah, dan dapat mendorong mereka melakukan seberapa banyak pembunuhan          dan penindasan yang mereka kehendaki. Dakwaan Darwinisme, yang telah memberikan          sokongan kepada ateisme dan yang mewajarkan sebarang jenis penindasan,          keganasan, konflik, pembunuhan, dan perkara yang haram di dalam agama,          telah menggalakkan semua ideologi yang menumpahkan darah dan menganggap          nyawa manusia sebagai tidak berharga pada abad ke-20. Kerana itulah abad          lepas telah dipenuhi dengan peperangan, pembunuhan beramai-ramai, pemberontakan,          tindakan-tindakan ganas, perkelahian, dan dendam yang tidak berkesudahan.
               Penindasan dan Keganasan Yang Dibawa Ke Dunia Ini Oleh          Darwinis Komunis
            |  PENINDASAN DI RUSIA : Penindasan yang dialami di dalam revolusi Rusia dapat di lihat di                dalam gambar ini.
 
 | 
            |  Natijah daripada kebuluran 1921-1922, yang disebabkan oleh rejim                Komunis, merupakan yang paling menyeksakan. Gambar-gambar ini menunjukkan                manusia yang mati kebuluran. | 
Anarki dan keganasan adalah dua senjata penting Marxisme dan Komunisme.          Kecenderungan Marxisme terhadap keganasan dapat dilihat di dalam eksperimen          Komuniti Paris ketika Marx masih hidup. Secara dasarnya, keganasan mula          menjadi perkara penting kepada ideologi Komunisme disebabkan Lenin, ketika          beliau cuba mempraktikkan teori-teori Marx. Komunisme menumpahkan darah          berjuta-juta manusia di seluruh dunia, dan menyebabkan mereka mengalami          kesengsaraan, ketakutan dan keganasan dengan membentuk organisasi-organisasi          teroris. Seperti yang dapat dilihat di dalam halaman berikutnya, hari          ini semua pemimpin-pemimpin Komunis diingati kerana penindasan dan pembunuhan          yang telah mereka lakukan. Tetapi sebaliknya, sebahagian golongan masih          mengetepikan pembunuhan-pembunuhan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan          ini, dan masih menerima orang-orang gila ini sebagai guru mereka.
Walaupun sebahagian Komunis mendakwa bahawa keganasan bukan perbuatan          Komunis dan bahawa ia hanya dilakukan oleh individu-individu tertentu          yang mengamalkan Komunisme, dan walaupun mereka cuba membersihkan Komunisme,          terdapat satu kebenaran yang tidak dapat dinafikan: 
Pengasas          Komunisme secara peribadi telah menyokong keganasan dan kekejaman dan          menganggap ia sebagai inti pati ideologi mereka. Seorang saintis          Politik Amerika Samuel Francis menyatakan seperti berikut berkaitan dengan          subjek ini: 
Marx dan Engels secara umum menegaskan bahawa revolusi            sentiasa ganas dan para revolusioner perlu menggunakan keganasan untuk            menentang pemerintah, dan dalam beberapa keadaan mereka menyokong keganasan.
            |  Tindakan kerajaan Rusia merampas hasil penduduk                kampung di Ukraine telah menyebabkan penduduknya mati kebuluran. | 
Karl Marx menyatakan "pemberontakan adalah satu seni tidak berbeza dengan          peperangan" dan telah mengambil kata-kata Danton, sebuah nama yang tersohor          di dalam "politik revolusi", sebagai satu prinsip, "de I'audace, de I'audace,          encore de I'audace" (Serang, serang dan serang lagi).          Terdapat kenyataan jelas dikeluarkan oleh Lenin tentang kepentingan menggunakan          keganasan secara sistematik. Ini adalah sebahagian daripadanya:
Realitinya sebuah negara adalah tidak lebih daripada            sebuah mesin untuk penindasan satu kelas ke atas yang lain. Kediktatoran            adalah peraturan berasaskan kuasa dan tanpa dibatasi oleh undang-undang...            Kediktatoran revolusi proleteriat (golongan pekerja makan gaji) ialah            undang-undang menang dan bertahan melalui penggunaan keganasan oleh            golongan proleteriat menentang golongan pertengahan burjuis, peraturan            yang tidak dibatasi oleh sebarang undang-undang. 
Kami sama sekali tidak menentang            pembunuhan politik... Secara terus terang, hubungan langsung            dengan gerakan rakyat boleh dan hendaklah berasaskan nilai tindakan            ganas individu. 
Untuk berkuasa pekerja kelas yang berkesedaran perlu            memenangi golongan majoriti ke pihak mereka. Selagi keganasan tidak            digunakan menentang mereka, tidak ada jalan lain untuk berkuasa.
Bercakap di dalam sebuah mesyuarat pekerja, Lenin telah memberikan satu          kenyataan pengakuan tentang peri pentingnya keganasan kepada mereka:
Sekiranya rakyat tidak bangkit segera, ia tidak            akan membawa apa-apa hasil... Selagi kita gagal memperlakukan spekulator-spekulator            ini dengan cara yang sepatutnya - dengan meletakkan peluru di kepala            - kita tidak akan berjaya.
Salah seorang pemimpin Revolusi Oktober di Rusia yang terkenal, Trotsky,          menyatakan seperti berikut untuk menguatkan dakwaan Lenin:
Tetapi revolusi menuntut kelas revolusi mencapai            penamatnya dengan apa cara sekali pun - jika perlu; dengan mengangkat            senjata: jika diperlukan; dengan keganasan.
Malah Trotsky lebih berani lagi di dalam ucapan beliau yang lain:
Satu-satunya pilihan kita kini ialah perang saudara.            Perang saudara ialah pertarungan untuk makanan... Hidup perang saudara!
Prinsip-prinsip ahli teori Komunis seperti Lenin dan Trotsky ini telah          diamalkan di dalam revolusi Bolshevik di Rusia. Ketika zaman revolusi          pada musim sejuk 1917, telah berlaku pembunuhan beramai-ramai secara meluas,          perampasan, dan keganasan yang sukar dipercayai. Mereka yang menentang          revolusi, atau mereka yang disyaki menentang revolusi, telah dicekup tanpa          sebab, ditahan, dan ditembak: rumah-rumah telah dirampas dan dimusnahkan.          Keganasan yang telah dimulakan pada zaman Lenin dan Trotsky menjadi lebih          parah di zaman Stalin.
Harrison E. Salisbury dari The New York Times, menggambarkan sistem kem          tahanan Soviet seperti berikut:
... seluruh benua berada di dalam keadaan menakutkan...            Dibandingkan dengan mereka yang melakukan beratus ribu hukuman bunuh            dan berjuta-juta yang mati dalam sistem ganas Soviet, Czar kelihatan            lebih baik... Minda kita ragu dengan pemikiran jahat bersistem ini,            di mana tiga atau empat juta atau lebih lelaki dan perempuan telah dipenjarakan            setiap tahun untuk mendesak buruh dan orang buangan - di dalam keadaan            yang terlalu pantas sehinggakan banduan-banduan tersebut tidak tahu            mengapa mereka dipenjarakan...
Bangsa bukan Rusia, terutamanya bangsa orang Turki Crimea dan Asia Tengah,          dan Kazakhistan, terdedah kepada keganasan sistem Soviet ini. Mahkamah          khas, troiki, telah dibentuk untuk membersihkan masyarakat Rusia daripada          bangsa Kazakhistan. Pada Oktober 1920 sahaja, mahkamah-mahkamah troiki          telah menjatuhkan hukuman mati kepada lebih 6,000 orang, dan hukuman ini          telah dilaksanakan serta merta. Ahli keluarga, dan kadang kala jiran tetangga          yang menentang rejim ini dan tidak ditahan, telah dijadikan sebagai tebusan          dan telah dihantarkan ke kem-kem pengawasan. Martin Latsis, salah seorang          ketua di kem-kem ini mengakui wujudnya kem-kem maut di dalam salah satu          laporannya:
Dikumpulkan di dalam sebuah kem berhampiran Maikop,            tawanan-tawanan ini yang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan orang            tua hidup di dalam keadaan yang paling teruk, di dalam kesejukan dan            selut bulan Oktober... Mereka mati seperti lalat. Kaum wanita akan melakukan            apa sahaja untuk menyelamatkan diri daripada kematian. Askar-askar yang            mengawal di kem ini mengambil kesempatan di atas keadaan ini dan melayan            mereka seperti pelacur.
Di bawah pengaruh Darwin, revolusi-revolusi Komunis telah membunuh manusia          dengan berbagai cara yang gila. Telah dikenal pasti bahawa matlamat utamanya          ialah penghapusan. Mereka seolah-oleh percaya bahawa semakin banyak manusia          yang mereka bunuh, semakin hebat kejayaan yang akan mereka kecapi. Rancangan          mereka untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang disyaki menentang revolusi          dapat dilihat di dalam salah satu keputusan mereka:
Pyatigorsk (Jawatankuasa Khas Untuk Perang Menentang            Revolusi Balas), telah membuat keputusan untuk            menjalankan hukuman mati ke atas 300 orang sehari. Mereka membahagikan            sebuah bandar kepada beberapa wilayah dan mengambil satu kuota daripada            setiap wilayah, dan meminta Parti mencabut senarai hukum bunuh... Di            Kislovodsk, kerana tidak ada idea yang lebih baik, mereka telah memilih            untuk membunuh mereka yang berada di hospital.
Seperti yang telah diumumkan di dalam sebuah artikel akhbar 
Krasnyi          Mech (Pedang Merah), yang menyokong Komunis, Komunis melihat segalanya          adalah halal dan percaya bahawa darah perlu ditumpahkan supaya warna bendera          Merah dapat berkibar:
Kepada kami, segalanya dibenarkan, kerana kami yang            mula mengangkat senjata bukan untuk menindas bangsa-bangsa dan menjadikan            mereka hamba tetapi untuk membebaskan manusia daripada belenggunya...            Darah? Biarkan darah mengalir seperti air! Biarkan darah terus menodai            bendera hitam lanun yang dikibarkan oleh masyarakat burjuis (kelas pertengahan),            dan biarkan bendera kita merah darah selama-lamanya! Hanya melalui            kematian dunia lama akan dapat membebaskan diri kita selama-lamanya            daripada kembalinya serigala- serigala ini!
Di samping seksa-seksaan ini, Stalin juga telah menyediakan "senarai          penyerahan" untuk merampas hasil petani-petani secara kekerasan. Unit          ini bertanggungjawab terhadap segala penindasan ini. Pada 14 Februari          1922, seorang inspektor telah menulis seperti berikut:
Penderaan berdasarkan kepada senarai penyerahan            ini telah mencapai satu tahap yang tidak dapat dibayangkan lagi. Para            petani yang ditahan akan dikurung di dalam gudang yang besar dan panas;            mereka kemudian disebat dan diancam untuk dibunuh. Mereka yang tidak            memenuhi kuota mereka akan diberkas dan dipaksa berlari dalam keadaan            telanjang sepanjang jalan utama kampung dan kemudian akan dikurung di            dalam bangsal. Ramai wanita telah dipukul sehingga pengsan kemudian            dihumban dalam keadaan telanjang ke dalam lubang yang dikorek di dalam            salji...
Stalin percaya Sepanyol memberikannya peluang kepada USSR dan dengan          itu mencampuri urusan negara ini akan membuahkan keuntungan. Kerana itu          dia memihak dan menyokong Komunis di dalam Perang Saudara Sepanyol. Rentetan          daripada itu, keganasan di USSR telah merebak ke Sepanyol. Satu contoh          penindasan dan penderaan ini ialah kem pusat di mana 200 orang anti-Stalin          telah ditempatkan pada awal 1938. "Apabila para penyokong Stalin memilih          untuk membuka cheka", seorang mangsa menyebut:
Terdapat sebuah perkuburan yang telah dibersihkan            dekat sini. Para Chekis ini mendapat idea jahat: mereka membiarkan batu            nisan kubur tersebut terbuka, dalam keadaan tengkorak dan badan mayat            terdedah. Di situlah mereka mengurung kes-kes yang sukar. Mereka mempunyai            beberapa cara penyeksaan yang ganas. Ramai banduan digantung kaki mereka            dalam keadaan terbalik sepanjang hari. Sebahagian yang lain pula telah            dikurung di dalam almari kecil yang hanya mempunyai beberapa lubang            udara berhampiran muka mereka untuk bernafas... salah satu cara paling            teruk dikenali sebagai "the drawer"; banduan dipaksa bercangkung di            dalam sebuah kotak empat segi selama beberapa hari. Sebahagian yang            dimasukkan ke dalam kotak ini tidak dapat bergerak selama lapan ke sepuluh            hari.
Pada 1931 Paus Pius XI telah menyebut seperti berikut tentang keganasan          Komunis yang telah menggugat dunia di dalam surat 
Quadragesimo Anno:
Komunis mengajar dan mencari dua objektif: peperangan            berterusan antara kelas-kelas, dan penghapusan sepenuhnya hak milik            peribadi. Mereka melakukannya secara terang-terangan, terbuka            dan menggunakan apa juga cara yang boleh, walaupun secara keganasan.            Untuk mencapai objektif ini, tidak perlu merasa takut untuk melakukan            apa sahaja, tiada apa pun yang patut dihargai dan dihormati. Apabila            telah berkuasa, ia menggalakkan kekejaman dan kezaliman. Penyembelih            dan kemusnahan yang teruk telah meluas di Timur Eropah dan Asia, telah            membuktikannya.
Seperti yang disebutkan, matlamat prinsip Komunisme ialah satu peperangan          antara kelas yang kejam dan menghapuskan harta peribadi. Dengan kata lain,          matlamatnya adalah untuk melaksanakan teori evolusi, yang telah Darwin          laksanakan di dalam bidang biologi sehingga kepada kehidupan sosial manusia,          sehingga menjadikan manusia seperti haiwan liar di dalam alam semula jadi,          dalam konflik, dalam peperangan.
Malapetaka yang dibawa oleh Darwinisme tidak hanya terhenti di Rusia.          Di antara negara yang paling teruk terkesan ialah China.