____________________________________________________________________________________
Apa itu Budi Suci Sejati.. Persoalan yang masih lagi berlegar di minda masyarakat kini. Malah pengistilahannya disalah anggap sebagai suatu ilmu salah atau ilmu yang SESAT. Dimana SESATNYA??? Mari kita kupaskan bersama, anda akan dibawa menyelusuri keilmuwan ini dari asas hinggalah kepada peringkat-peringkat yang lebih tingi. insyaallah.
BUDI SUCI SEJATI adalah merupakan suatu amalan pernafasan dimana ianya telah tercipta dan dicipta berkemungkinan dari ribuan tahun yang lampau. Dimana pengkajian-pengkajian pernafasan telah dilakukan dari masa ke semasa, zaman ke zaman, era ke era hinggalah ke zaman kini seteah ianya diperbaharui dan di setkan oleh golongan-golongan kesufian dan diamalkan di seluruh dunia terutamanya di nusantara kini. Budi Suci Sejati merupakan suatu teknik pernafasan yang mana ianya digabungi dengan teknik fizikal yang dipanggil JURUSAN, juga memerlukan penumpuan fikiran yang dipanggil MAKRIFAT. Dengan ketiga-tiga teknik ini yang boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja tidak kira tua muda, lelaki dan perempuan, maka itulah dia amalan yang digelarkan atau diberi nama BUDI SUCI SEJATI.
Pertama sekali keilmuwan Budi Suci Sejati ini bukanlah merupakan ilmu kebatinan bathil, susuk, ilmu persilatan, saka, ilmu kebal, ilmu kuat, ilmu penggerun atau ilmu hitam dan ilmu-ilmu yang seumpama dengannya. Ianya tiada kaitan dengan sebarang upacara seru-seru pendekar, atau upacara menurun dan lain-lain.
Budi Suci Sejati ialah suatu ilmu dimana ianya digolongkan di dalam keilmuwan NAFAS dimana NAFAS itu digolongkan di dalam kategori HAQ. HAQ (NAFAS) itu merupakan suatu RAHSIA dimana NAFAS itu diselitkan suatu RAHSIA HAQ itu tadi kepada setiap makhluknya yang bergelar MANUSIA. Oleh kerana semua yang bergelar makhluk itu BERNAFAS, untuk membezakan manusia selaku khalifah di muka bumi ini, maka RAHSIA diselitkan ke dalam NAFAS manusia yang digelarkan HAQ. Ilmu yang HAQ boleh didapati dengan pelbagai cara dan konsep mengikut fahaman kesufian dan aliran pembelajaran masing-masing dan salah satunya ialah dengan cara ber-BSS.
HAQ (NAFAS) adalah merupakan suatu ketetapan, yang tidak boleh diubah, diolah, ditukar hak milik dan sebagainya.
Bagi sesiapa yang sebelum ini ada mengamalkan ilmu hitam, saka, susuk, tangkal kebal atau seumpama dengannya, maka setelah menjadi orang-orang ber-BSS, iaitu seseorang yang telah menimbulkan HAQ diri oleh seorang GURU kepada muridnya sama ada GURU itu seorang sahabat, adik beradik, saudara mara yang mempunyai kepandaian di dalam kaedah 'PENGISIAN', maka akan hilanglah ilmu-ilmu tersebut yang dipelajari sebelum ini termasuk zat-zatnya di dalam amalan bathil itu. contohnya sesiapa yang ada susuk maka hilanglah susuknya, sesiapa yang ada tangkal lilit lengan maka hilanglah zat tangkal itu tapi lilitan itu tidaklah hilang dari pandangan.. maksudnya kalau tangkal kebal maka hilanglah kebalnya itu, tangkalnya tak hilang..
bagaimana itu boleh berlaku???
Setelah seseorang itu tellah menimbulkan HAQ diri, maka HAQ itu tadi telah secara 'automatik'nya menjadi aktif di dalam tubuh seseorang itu dan haq itu juga merupakan suatu cahaya yang terang di dalam tubuh manusia yang tidak dapt dilihat oleh mata kasar. Cahaya itu tadi akan menyinar dan meliputi diri dan secara tidak langsung men'disable'kan segala ilmu-ilmu yang salah sebelum itu yang kita tuntuti dan pelajari sebelum menjadi seorang pengamal BSS.
Tetapi tidaklah hilang ilmu-ilmu yang dipejari yang bukan tergolong di dalam golongan ilmu-illmu bathil, atau illmu hitam, bermaksuud ilmu2 yang bukan tergolong dlm 'ilmu salah' tidak lah hilang.. contohnya seperti jika seseorang itu mempunyai ilmu persilatan, maka tak hilanglah langkah-langkah silatnya, yang jadi tahfiz Al-Quran maka tak jadi lupalah dia pada ayat hafazannya.. maksudnya hanya pada ilmu 'salah' sahaja akan hilang zatnya..
Setelah menjadi ahli BSS, dia perlulah menjalani 5 peringkat dalam pembelajaran BSS iaitu:
- Peringkat pertama/Peringkat bayi
- Peringkat Merosul (kenduri)
- Peringkat dewasa
- Peringkat Istimewa
- Peringkat Penutup
Pada setiap peringkat, semua pengamal akan melalui proses-proses pembelajaran dari satu bab ke bab yang lain mengikut pembelajaran yang dianjurkan oleh cabang-cabang persatuan BSS yang berbeza yang bertaburan di seluruh negara. Berkemungkinan hanya berbeza sedikit dari segi huraian tetapi masih lagi pada jalan pembelajaran yang sama.
Tetapi tidaklah hilang ilmu-ilmu yang dipejari yang bukan tergolong di dalam golongan ilmu-illmu bathil, atau illmu hitam, bermaksuud ilmu2 yang bukan tergolong dlm 'ilmu salah' tidak lah hilang.. contohnya seperti jika seseorang itu mempunyai ilmu persilatan, maka tak hilanglah langkah-langkah silatnya, yang jadi tahfiz Al-Quran maka tak jadi lupalah dia pada ayat hafazannya.. maksudnya hanya pada ilmu 'salah' sahaja akan hilang zatnya..
Setelah menjadi ahli BSS, dia perlulah menjalani 5 peringkat dalam pembelajaran BSS iaitu:
- Peringkat pertama/Peringkat bayi
- Peringkat Merosul (kenduri)
- Peringkat dewasa
- Peringkat Istimewa
- Peringkat Penutup
Pada setiap peringkat, semua pengamal akan melalui proses-proses pembelajaran dari satu bab ke bab yang lain mengikut pembelajaran yang dianjurkan oleh cabang-cabang persatuan BSS yang berbeza yang bertaburan di seluruh negara. Berkemungkinan hanya berbeza sedikit dari segi huraian tetapi masih lagi pada jalan pembelajaran yang sama.
Pada peringkat permulaan atau digelar peringkat bayi, setiap pengamal akan diberikan PENERANGAN terlebih dahulu, yang mana penerangan kebiasaannya dilakukan oleh para GURU, tenaga pengajar, atau sahabat handai, saudara mara yang telah memahami perjalanan BSS dengan sesungguhnya. Selepas itu kemudian pengamal baru itu akan diajarkan selok belok perihal JURUSAN, bagaimana tekniknya, langkahnya, kaedahnya sehinggalah dia telah benar-benar faham perjalanan BSS yang sedang dia alami sehinggalah melangkaui sehingga 30 Jurusan.
Selepas itu, pada peringkat merosul (kenduri), sekali lagi ahli itu akan diberikan penerangan perihal apa itu merosul pula dan akan ada satu majlis jamuan meraikan para pengamal yang telah sampai ke peringkat DEWASA dan juga akan diajarkan mengikut turutan dan tertibnya semasa jamuan meraikan itu berlangsung. Kemudian, pada peringkat ini juga pengamal perlu mandi sebagai suatu lambang simbolik dan juga diajar mengikut turutan dan ketertibannya. Kemudian pengamal akan diajarkan JURUSAN yang bersambung dari JURUSAN 1-30 iaitu bernombor 31-50 yang mana jumlah keseluruhannya menjadi 50 JURUSAN kesemuanya.
Peringkat ISTIMEWA pula secara ringkasnya dimana peringkat dimana pengamal itu tadi diajarkan teknik-teknik menggunakan JURUSAN yang berkesinambungan dari NAFAS itu tadi sebagai persenjataan diri bagi menghadapi segala bahaya sama ada yang nyata dan tidak nyata. Pada peringkat ini seharusnya pengamal telah berjaya menguasai keilmuwan ini dari segi kemantapan lahiriah dan rohaniah.
dan yang terakhir sekali pada peringkat penutup, pengamal akan diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk membawa atau mengamalkan amalan BSS ini sesuai dengan kehendak dan tidak menggunakan keilmuwan ini pada jalan salah dan bathil. Pengamal juga akan dibekalkan dengan kaedah penutup dan setelah itu maka selesailah kesemua pembelajaran BSS dari peringkat pertama hingga ke peringkat kelima yang terkandungnya 50 Jurusan dan 1 Istimewa. Dan bagi pengamal, mereka bebas untuk mengamalkan keimuwan ini sebagai bekalan diri untuk hari mendatang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar