Pengasas Komunisme, Karl Marx dan Friedrich Engels |
Ideologi ini yang telah menyebarkan keganasan ke setiap ceruk dunia sebenarnya telah mewakili satu idea yang berasal daripada zaman purba. Dialektik ialah satu kepercayaan bahawa semua pembangunan di alam ini meningkat hasil daripada konflik. Berdasarkan kepada kepercayaan ini Marx dan Engels telah mula menjalankan analisis sejarah dunia. Marx mendakwa bahawa sejarah manusia adalah satu konflik, di mana konflik ketika itu ialah di antara pekerja dan kapitalis, dan pekerja-pekerja ini akan bangkit dan membentuk revolusi Komunis.
Sifat yang paling menonjol dua orang pengasas Komunisme ini ialah, seperti mana materialis-materialis lain, mereka telah mencetuskan kebencian terhadap agama. Marx dan Engels sememangnya ateis dan melihat penyimpangan daripada agama sebagai inti pati pandangan Komunisme.
Tetapi Marx dan Engels kekurangan satu perkara penting: untuk menarik perhatian masyarakat umum mereka perlu memberikan ideologi mereka satu tarikan saintifik. Dan perikatan bahaya yang telah menyebabkan kepedihan, keganasan, pembunuhan yang melampau, menukarkan dua saudara kepada musuh, separatisme abad ke-20, telah berkembang pada noktah ini. Darwin telah membentangkan teori evolusinya di dalam bukunya The Origin of Species. Dan alangkah menariknya dakwaan asas yang dikemukakannya adalah penjelasan yang Marx dan Engels sedang cari. Darwin mendakwa bahawa hidupan telah berkembang hasil daripada "pertarungan untuk hidup" atau "konflik dialektik". Tambahan pula, dia menafikan ciptaan dan menolak kepercayaan-kepercayaan agama. Bagi Marx dan Engels pula ia adalah peluang yang tidak patut dilepaskan.
KERUNTUHAN PANDANGAN SEJARAH MARXIS Karl Marx, pengasas Komunisme, telah
mengadaptasi idea Darwin, yang telah mempengaruhinya, ke dalam proses dialektik sejarah. Menurut
Marx, masyarakat melalui beberapa fasa di dalam sejarah, dan faktor yang menentukan fasa-fasa ini
ialah perubahan purata pengeluaran dan hubungan pengeluaran. Berdasarkan pandangan ini, ekonomi menentukan perkara-perkara lain. Sejarah melalui peringkat-peringkat evolusi: Masyarakat primitif,
masyarakat hamba, masyarakat feudal, masyarakat kapitalis, dan peringkat terakhir, masyarakat
Komunis.
Tetapi sejarah sendiri telah membuktikan bahawa ramalan zaman-zaman evolusi Marx tidak berlaku.
Tidak pernah di dalam sejarah mana-mana masyarakat melalui peringkat-peringkat evolusi yang
diramalkan oleh Marx. Sebaliknya, dapat dilihat sistem-sistem yang Marx kenal pasti datang sebelum
atau selepas pada masa yang sama di dalam satu masyarakat. Ketika sebahagian negara mengalami
sistem mirip kepada sistem feudal, undang-undang kapitalis mungkin dijalankan di kawasan lain. Tidak
ada sebarang bukti menunjukkan peringkat daripada satu sistem ke satu sistem yang lain mengikut
corak evolusi yang didakwa oleh Marx dan teori evolusi.
Dari segi lain pula, tidak satu pun ramalan Marx tentang masa depan menjadi kenyataan. Teori Marx
telah dikesan tidak berguna hanya 10 tahun selepas kematiannya. Marx mendakwa satu demi satu
bangsa kapitalis paling maju akan melakukan revolusi, tetapi tidak satu pun yang berlaku. Lenin,
pengikut Marx paling hebat, cuba menjelaskan mengapa revolusi-revolusi ini tidak berlaku, dan
kemudian dia pula meramalkan bahawa revolusi-revolusi ini akan berlaku di negara-negara Dunia
Ketiga. Hingga kini dakwaan Lenin telah dibuktikan tidak benar oleh sejarah. Hari ini negara-negara
yang berada di bawah Komunisme dapat dikira dengan jari sebelah tangan sahaja. Tambahan pula,
Marxisme menggunakan kekerasan di dalam kawasan yang dikuasainya, dan ia tidak berkuasa dengan
gerakan popular, seperti yang didakwanya, tetapi melalui tekanan diktator.
Kesimpulannya, sejarah kini telah membatalkan ramalan zaman-zaman sejarah evolusi falsafah Marx.
Teori-teori seperti “sejarah dialektik” dan “sejarah evolusi” di dalam banyak jilid yang ditulis oleh ahli
ideologi seperti Marx dan Engels, hanyalah hasil daripada fantasi.
Kekaguman Marx dan Engels Terhadap Darwin
Marx menulis kembali kepada Engels pada 19 Disember 1860, menyatakan "Ini adalah sebuah buku yang mengandungi asas sejarah semula jadi untuk tatapan kita"
Di dalam sepucuk surat yang telah ditulis oleh Marx kepada Lassalle, seorang lagi sahabat sosialis beliau, pada 16 Januari 1861, menyatakan: "Buku Darwin amat penting dan ia memberikan saya satu asas di dalam sains naturalisme tentang pertembungan kelas di dalam sejarah" Ia telah mendedahkan kepentingan teori evolusi kepada Komunisme.
Marx meluahkan simpatinya kepada Darwin dengan mendedikasikan hasil kerja beliau yang paling penting, Das Kapital, kepadanya. Salinan jilid pertama buku Marx milik Darwin telah dicatat oleh Marx, ia menggambarkan dirinya sebagai seorang peminat setia kepada penyokong naturalisme English tersebut.
Engels juga telah mengakui kekaguman beliau terhadap Darwin:
Alam semula jadi adalah satu ujian bagi dialektik, dan perlu dijelaskan… bahawa mutakhir ini, alam semula jadi bekerja secara dialektik dan tidak metafizik... Pada hubungan ini, Darwin mesti diiktiraf dahulu sebelum yang lain.Engels memuji Darwin dan Marx sebagai mempunyai persamaan, "Sebaik sahaja Darwin menemui undang-undang evolusi di dalam alam organik semula jadi, Marx pula telah menemui undang-undang evolusi di dalam sejarah manusia", dia berkata.
Di dalam hasil kerjanya yang lain, beliau telah menggariskan kepentingan Darwin dalam membentuk satu teori yang menentang agama:
Dia (Darwin) telah menghuraikan konsep metafizik alam semula jadi dengan membuktikan dunia organik hari ini - tumbuhan, haiwan, dan juga manusia - adalah hasil daripada satu proses evolusi yang berlaku berjuta-juta tahun.Begitu juga Engels pernah sekali menunjukkan bagaimana beliau menerima teori Darwin dengan menulis sebuah artikel bertajuk "The Part Played by Labour in the Transition from Ape to Man".
Seorang penyelidik Amerika Conway Zirckle menjelaskan mengapa pengasas Komunisme menerima teori Darwin dengan segera:
Marx dan Engels menerima evolusi sebaik sahaja Darwin menerbitkan buku The Origin of Species. Evolusi diperlukan oleh pengasas komunisme untuk menjelaskan bagaimana manusia dapat hidup tanpa campur tangan daripada kuasa alam ghaib, dan juga boleh digunakan untuk menyokong dasar falsafah materialistik mereka. Tambahan pula, tafsiran Darwin tentang evolusi - evolusi tercetus daripada operasi pilihan semula jadi - telah memberikan mereka satu hipotesis alternatif untuk melindungi penjelasan fakta secara teleologi bahawa semua bentuk hidupan telah diadaptasikan kepada keadaan sekeliling mereka.Tom Bethell, daripada majalah Harper, menjelaskan rangkaian asas di antara Marx dan Darwin di dalam ayat berikut:
Marx mendewakan buku Darwin bukan kerana sebab-sebab ekonomi tetapi sebab yang lebih besar, iaitu seluruh bidang diskusi Darwin adalah materialistik, dan penjelasannya tidak lagi melibatkan sebarang rujukan kepada sesuatu yang ghaib, perkara-perkara bukan material di luar atau 'melampaui'nya. Di dalam keadaan ini, Darwin dan Marx adalah rakan seperjuangan sejati.Hari ini, perikatan di antara Darwinisme dan Marxisme adalah kenyataan yang diterima semua. Biografi-biografi Marx sering menyatakan kenyataan ini. Sebagai contoh, sebuah biografi Karl Marx telah menghuraikan perikatan ini seperti berikut:
"Darwinisme telah memberikan kenyataan yang keseluruhannya menyokong Marxisme dan membenarkannya. Penyebaran idea-idea evolusi Darwinis telah membentuk tanah subur kepada idea Marxis sehingga diterima oleh kelas yang memerintah... Marx, Engels dan Lenin telah mengambil sejumlah ideal Darwin dan menggunakannya untuk kepentingan saintifik mereka, dan dengan cara ini penyebaran idea-idea ini telah dipertingkatkan."Seperti yang telah kita disaksikan, Marx dan Engels begitu ghairah untuk mempercayai bahawa konsep evolusi Darwin telah membentuk sokongan saintifik untuk pandangan ateis mereka sendiri. Tetapi keghairahan ini terbukti belum tiba waktunya. Teori evolusi mendapat sambutan meluas kerana ia telah didedahkan di dalam keadaan sains abad ke-19 yang primitif dan dipenuhi dengan kesilapan-kesilapan yang melemahkan sebarang bukti saintifik. Sains, yang telah dibangunkan pada separuh kedua abad ke-20, telah mendedahkan kepalsuan teori evolusi. Ini juga bererti kehancuran pemikiran Komunis dan materialis seperti mana yang berlaku kepada Darwinisme. (Untuk keterangan lebih lanjut sila lihat buku The Evolution Deceit oleh Harun Yahya). Tetapi disebabkan para pakar sains yang bersama dengan pandangan materialis mengetahui bahawa kehancuran Darwinisme juga bererti kehancuran kepada ideologi-ideologi mereka sendiri, maka mereka telah berusaha dengan apa cara sekali pun untuk menyembunyikan kehancuran Darwinisme daripada masyarakat.
Ketaksuban Pengikut-pengikut Marx dan Engels terhadap Darwin
John N. Moore memperkatakan hubungan di antara evolusi dan ketua-ketua Soveit yang telah melaksanakan idea-idea Marx dan Engel di Rusia:
Pemikiran ketua-ketua USSR berakar umbi daripada pandangan evolusi.Leninlah yang telah merealisasikan projek Revolusi Komunis Marx. Lenin, pemimpin gerakan Bolshevik Komunis di Rusia, berhasrat untuk menjatuhkan rejim pemerintah di Rusia dengan kekerasan. Kekecohan yang berlaku selepas Perang Dunia I telah memberikan peluang yang mereka cari-cari. Dengan diketuai oleh Lenin, Komunis telah mengambil alih kuasa dengan kekerasan pada Oktober 1917. Selepas revolusi ini, Rusia telah menghadapi tiga tahun perang saudara di antara Komunis dan penyokong-penyokong pemerintah asal (tsar).
Seperti pemimpin-pemimpin Komunis yang lain, Lenin sering kali menegaskan bahawa teori Darwin adalah asas utama falsafah materialis.
Salah satu kenyataan beliau telah mendedahkan pandangan beliau terhadap Darwin:
Darwin telah memusnahkan kepercayaan bahawa haiwan dan tumbuhan tidak mempunyai sebarang pertalian, melainkan secara kebetulan, dan ia telah dijadikan Allah, dan kerana itu ia kekal.Trotsky, yang dianggap sebagai penggubal terpenting revolusi Bolshevik selepas Lenin, juga telah menegaskan kepentingan Darwinisme. Beliau mengisytiharkan kekagumannya terhadap Darwin seperti berikut:
Lenin dan Trotsky |
Berikutan kematian Lenin pada 1924, Stalin, yang dikenali sebagai seorang diktator paling kejam di dalam sejarah dunia, telah mengambil alih kepimpinan Parti Komunis. Selama 30 tahun berkuasa, Stalin telah membuktikan betapa zalimnya sistem Komunisme ini.
Langkah pertama Stalin ialah menguasai golongan petani yang mewakili 80 peratus populasi Rusia di atas nama kerajaan. Di atas nama polisi pengumpulan yang mencabul hak-hak peribadi, semua hasil pertanian penduduk kampung Rusia telah dikutip oleh pegawai-pegawai bersenjata. Hasil daripada tindakan ini ialah kebuluran yang serius. Berjuta-juta wanita, kanak-kanak, dan orang-orang tua yang tidak menemui sesuatu untuk dimakan telah mengakhiri hidup mereka di dalam derita kebuluran. Jumlah kematian di Caucasus sahaja ialah 1 juta.
Stalin telah menghantar beratus-ratus orang yang cuba menolak polisi ini ke kem-kem buruh Siberia yang teruk. Kem-kem ini, di mana tahanan-tahanan bekerja sehingga mati, telah menjadi tanah perkuburan kepada ramai orang. Di samping itu. Berpuluh ribu orang juga telah dihukum bunuh oleh polis rahsia Stalin. Berjuta-juta penduduk telah dipaksa untuk berpindah ke pelosok-pelosok Rusia yang jauh, termasuk orang-orang Turki Crimea dan Turkestan.
Stalin, salah satu nama paling berdarah di dalam sejarah, menyebabkan kematian berpuluh juta orang, kematian disebabkan kebuluran dan kemiskinan, dan berjuta-juta yang lain terbiar tanpa tempat tinggal dan pekerjaan |
Sebahagian ahli psikologi peribadinya menyatakan, pengaruh utama yang menyebabkan beliau menjadi seorang pembunuh yang kejam seperti ini ialah falsafah materialis yang diyakininya. Di dalam perkataan Stalin sendiri, asas utama kepada falsafah ini ialah teori evolusi Darwin. Dia menerangkan kepentingan beliau menerima idea-idea Darwin:
Terdapat tiga perkara yang perlu kita lakukan untuk membebaskan minda pelajar-pelajar menengah kita. Kita perlu mengajar mereka period bumi, asal usul geologi, dan ajaran Darwin.Ketika Stalin masih hidup, seorang rakan sepermainannya yang rapat sewaktu kecil telah menceritakan dengan panjang lebar bagaimana Stalin menjadi seorang ateis di dalam buku Landmark in the Life of Darwin:
Ketika di awal usianya, ketika masih menjadi seorang pelajar sekolah gereja, Stalin telah membentuk satu minda kritikal dan sentimen revolusi. Dia telah mula membaca Darwin dan menjadi seorang ateis.Di dalam buku yang sama, G. Glurdjidze, seorang lagi rakan sepermainan Stalin telah menceritakan bagaimana Stalin telah berhenti mempercayai Tuhan dan telah memberitahunya bahawa puncanya ialah buku Darwin, dan mendesaknya untuk turut membacanya.
Mao Tse Tung |
Di zaman Stalin, Soviet Union telah berubah kepada keadaan yang kucar kacir di mana berjuta-juta nyawa manusia berada di dalam bahaya, dan di mana mereka boleh diambil pergi bila-bila masa sahaja untuk dikenakan seksaan di luar imaginasi walaupun mereka tidak melakukan sebarang jenayah. Bukan hanya Komunisme, tetapi sejarah Fasisme juga penuh dengan kejadian-kejadian seperti ini.
Sebahagian pengulas sejarah telah melakukan kesilapan ketika mentafsirkan kejadian-kejadian ini apabila cuba membuktikan bahawa punca utama kepada semua kekejaman dan kezaliman ini adalah kerana mereka seperti Lenin, Stalin, Mao, Hitler, dan Mussolini tidak siuman dan kurang waras. Bagaimana ini boleh menjadi satu kebetulan, seluruh dunia boleh jatuh ke tangan orang-orang yang tidak siuman dan gila di dalam satu waktu yang sama.
Ia adalah kebenaran yang nyata dan jelas bahawa semua orang dan ideologi-ideologi ini minum daripada perigi yang sama dan bahawa mereka telah digambarkan sebagai telah dijustifikasikan dan daripada sumber yang sama. Ringkasnya, terdapat pihak lain yang bersalah di sebalik orang-orang ini. Punca ketua-ketua yang kejam dan tidak siuman ini mengheret berjuta-juta yang lain bersama mereka, dan yang membenarkan mereka melakukan perbuatan jenayah, ialah kuasa dan sokongan sains yang telah diberikan kepada mereka oleh falsafah materialis dan Darwinisme.
Mao Tse Tung: Duta Darwin dan Marx ke China
Ketika Stalin menjalankan rejim pemerintahan satu partinya, rejim Komunis lain yang melihat Darwinisme sebagai sokongan saintifiknya telah terbentuk di China. Komunis di bawah kepimpinan Mao Tse Tung telah mula berkuasa pada 1949 selepas perang saudara yang panjang. Mao telah membentuk sebuah rejim yang menindas dan kejam, seperti sekutunya Stalin, yang telah memerikannya sokongan hebat. China telah menyaksikan pembunuhan politik yang tidak terkira banyaknya. Pada tahun-tahun berikutnya, tentera muda Mao, yang dikenali sebagai "Red Guard", telah menjerumuskan negara tersebut kepada satu keadaan yang sangat teruk.
Mao secara terbuka telah mengumumkan asas falsafah kepada sistem yang dibentuknya dengan menyatakan, "Sosialisme China telah terbentuk di atas Darwin dan teori evolusi".
Dengan menjadi seorang Marxis dan seorang ateis dan penganut setia kepada konsep evolusi, Mao telah menetapkan bahawa bahan bacaan pada awal hari "Loncatan Ke Hadapan Yang Hebat" di dalam kesusasteraan ialah tulisan-tulisan Charles Darwin dan bahan-bahan lain yang menyokong paradigma evolusi.
Apabila Komunis China mula berkuasa pada 1950 mereka telah mengambil teori evolusi sebagai asas ideologi mereka. Sebenarnya intelektual China telah menerima teori evolusi ini sejak lama dahulu:
Pada abad ke-19, Barat menggelar China sebagai gergasi yang sedang tidur, terasing dan terperosok dalam tradisi purba. Beberapa orang bangsa Eropah telah menyedari kecenderungan intelektual-intelektual China menggunakan idea-idea evolusi Darwin dan melihat pada diri mereka dorongan yang kuat untuk maju dan berubah. Menurut seorang penulis China Hu Shin (Living Philosophies, 1931), apabila buku Thomas Huxler Evolution and Ethics dicetak pada 1898, ia telah disambut dan diterima oleh intelektual-intelektual China. Orang-orang kaya telah menaja edisi China yang murah supaya ia dapat disebarkan lebih meluas kepada rakyat.
Oleh itu, mereka yang berpaling kepada Komunisme dan mengetuai revolusi China ialah intelektual-intelektual ini yang telah "dipengaruhi" oleh idea-idea Darwin.Tidak sukar bagi China untuk menyertai gerakan Darwinisme dan Komunisme walaupun dengan kepercayaan-kepercayaan dan sejarah panteisme yang tebal. Di dalam sebuah artikel majalah New Scientist, ahli falsafah Kanada, Michael Ruse menyatakan, berkaitan dengan zaman awal abad ke-20 China:
Idea-idea ini segera bertapak, kerana China tidak mempunyai swadaya intelektual dan agama yang menentang evolusi seperti yang sering terjadi di Barat. Dari beberapa segi, Darwin dilihat seperti orang China... Pemikiran Taoist dan pemikiran secara Confusius yang moden sering menegaskan manusia bukan benda. Kejadian kita sama dengan haiwan bukan lagi satu kejutan... Hari ini, falsafah rasmi ialah Marxisme-Leninisme. Tetapi tanpa pendekatan sekular materialis Darwinisme, tentu tanah tersebut tidak dikerjakan supaya Mao dan para revolusioner dapat menabur benih mereka dan memungut hasilnya.Seperti yang telah dinyatakan oleh Michael Ruse, dengan firma yang ditubuhkan daripada idea-idea secara Darwin, China dengan mudah telah mengambil Komunisme. Rakyat China, yang telah ditenggelami oleh idea-idea secara Darwin, hanya berpeluk tubuh dan menyaksikan semua pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Mao Tse Tung, salah seorang pembunuh paling kejam dalam sejarah.
Di samping itu, Komunisme juga adalah punca konflik-konflik gerila, perlakuan kejam keganasan, dan perang saudara di dalam banyak negara, tidak hanya di China. Turkey adalah satu di antaranya. Pada tahun 1960an dan 1970an, kumpulan-kumpulan yang bangkit menentang kerajaan telah mengheret Turkey ke kancah keganasan dengan impian untuk melakukan satu revolusi Komunis di dalam negara. Selepas 1980, terorisme Komunis telah menyertai separatisme dan telah menjadi penyebab kepada kematian berpuluh ribu bangsa Turki, serta polis dan askar-askar ketika menjalankan tanggungjawab mereka.
Ideologi Komunis yang telah membawa pertumpahan darah kepada dunia dengan cara ini selama 150 tahun, sering bersama dengan Darwinisme. Sehingga ke hari ini, para Komunis adalah penyokong utama Darwinisme. Setiap kali seseorang melihat kepada golongan-golongan yang menyokong teori evolusi ini, di hampir setiap negara, seseorang itu akan melihat para Marxis berada di barisan hadapan. Kerana seperti yang disebutkan oleh Karl Marx, teori evolusi membentuk asas ideologi Komunis daripada aspek sains semula jadi dan memberikan para Komunis sokongan saintifiknya paling utama terhadap penolakan agama.
Asas Perikatan Di Antara Darwinisme dan Komunsme: Kebencian Terhadap Agama
Ketika dan selepas revolusi Bolshevik banyak serang ke atas agama telah berlaku. Gereja-gereja dan masjid telah diruntuhkan. Hasil-hasil seni di dalam gereja telah dirampas, seperti yang dapat dilihat di dalam gambar-gambar di atas. |
Ideologi-ideologi yang lahir daripada kebudayaan materialis ini, seperti yang telah kita kaji, telah mencetuskan dua perang dunia yang paling hebat, perang-perang saudara yang banyak dan tindakan-tindakan keganasan, pemusnahan bangsa, pemusnahan, dan kezaliman. Disebabkan oleh bencana ini berpuluh juta orang telah kehilangan tempat kediaman mereka, beratus juta telah ditindas dan terpaksa melalui layanan yang paling teruk.
Pengganas-pengganas yang telah terpengaruh dengan pandangan secara Darwin-materialis, seperti binatang yang mereka dakwa sebagai nenek moyang mereka, pergi ke pergunungan dan tinggal di gua-gua di dalam keadaan yang dahsyat. Mereka boleh membunuh orang tanpa berfikir dua kali dan membunuh bayi-bayi, orang-orang tua, dan mereka yang tidak bersalah. Dengan tidak menganggap diri mereka dan orang lain sebagai hidupan yang telah dijadikan oleh Allah berserta roh, minda, kesedaran, dan kefahaman, mereka telah melakukan perkara sama yang dilakukan oleh binatang-bintang kepada binatang yang lain. Perobohan Stalin terhadap berdozen-dozen gereja dan masjid-masjid adalah salah satu tanda kebencian Komunisme terhadap agama.
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarag:114) |
Walaupun mempunyai kelemahan saintifik, dakwaan evolusi tentang karakter sains telah digunakan untuk menjustifikasikan semua sistem dan praktis yang jengkel. Antara yang paling berjaya ialah Komunisme, dan pengikut-pengikutnya seluruh dunia telah diperdaya bahawa komunisme adalah betul kerana ia berpaksi kepada bukti-bukti sains evolusi.Dendam Komunisme dan materialisme terhadap agama dapat dilihat dalam setiap keganasannya sepanjang kenaikan Bolshevik. Gereja-gereja dan masjid-masjid telah diranapkan, dan di antara mereka yang disingkirkan daripada "masyarakat sosialis baru", ialah orang-orang agama yang mempunyai kedudukan penting. Dengan menafikan bahawa kebanyakan anggota masyarakat adalah mereka yang beragama, mereka telah ditegah daripada menjalankan tanggungjawab agama mereka. Dalam usaha untuk mengetepikan hari Ahad, di mana penganut kristian ke gereja, konsep hari cuti yang biasa telah diubah. Setiap orang akan bekerja lima hari, tetapi hari cuti adalah pada sebarang hari. Tindakan ini telah diperkenalkan oleh komunis "untuk memudahkan usaha menghapuskan agama".99 Berikutan itu, pada 1928 dan 1930 cukai-cukai yang telah dibayar oleh mereka yang beragama telah meningkat 10 kali ganda, kupon-kupon makanan mereka telah dirampas, dan mereka tidak lagi dibenarkan menggunakan perkhidmatan kesihatan, bererti mereka tidak lagi dapat menikmati sebarang hak asasi, mereka juga sering ditahan, dipindahkan daripada jawatan mereka dan diasingkan. Pada 1936, sekitar 65% masjid dan 70% gereja telah dimusnahkan.
Di antara tindakan paling ganas menentang agama telah dilakukan di Albania. Pemimpin Komunis Albania, yang dikenali sebagai seorang yang tidak beragama, Enver Hodja, telah mengumumkan pada 1967 Albania sebagai negara "tidak beragama" yang pertama. Mereka yang beragama telah dimasukkan di bawah pengawasan tanpa sebarang sebab, dan sebahagian mereka telah dibunuh ketika berada di dalam pengawasan ini. Pada 1948 dua orang paderi dan 5,000 orang agama telah ditembak. Orang-orang Islam juga telah dibunuh dengan cara yang sama. Akhbar bulanan Nendori telah mengumumkan bahawa 2,160 masjid dan gereja telah ditutup, daripadanya ialah 327 tempat ibadat Katolik.
Revolusi Komunis sangat kejam. Berpuluh juta manusia telah dibunuh beramai-ramai dan dibunuh dengan biadab. Pemimpin-pemimpin Komunis memerintahkan sesiapa yang menentang mereka mesti dibunuh. |
Penindasan dan Keganasan Yang Dibawa Ke Dunia Ini Oleh Darwinis Komunis
PENINDASAN DI RUSIA : Penindasan yang dialami di dalam revolusi Rusia dapat di lihat di dalam gambar ini. |
Natijah daripada kebuluran 1921-1922, yang disebabkan oleh rejim Komunis, merupakan yang paling menyeksakan. Gambar-gambar ini menunjukkan manusia yang mati kebuluran. |
Walaupun sebahagian Komunis mendakwa bahawa keganasan bukan perbuatan Komunis dan bahawa ia hanya dilakukan oleh individu-individu tertentu yang mengamalkan Komunisme, dan walaupun mereka cuba membersihkan Komunisme, terdapat satu kebenaran yang tidak dapat dinafikan: Pengasas Komunisme secara peribadi telah menyokong keganasan dan kekejaman dan menganggap ia sebagai inti pati ideologi mereka. Seorang saintis Politik Amerika Samuel Francis menyatakan seperti berikut berkaitan dengan subjek ini:
Marx dan Engels secara umum menegaskan bahawa revolusi sentiasa ganas dan para revolusioner perlu menggunakan keganasan untuk menentang pemerintah, dan dalam beberapa keadaan mereka menyokong keganasan.
Tindakan kerajaan Rusia merampas hasil penduduk kampung di Ukraine telah menyebabkan penduduknya mati kebuluran. |
Realitinya sebuah negara adalah tidak lebih daripada sebuah mesin untuk penindasan satu kelas ke atas yang lain. Kediktatoran adalah peraturan berasaskan kuasa dan tanpa dibatasi oleh undang-undang... Kediktatoran revolusi proleteriat (golongan pekerja makan gaji) ialah undang-undang menang dan bertahan melalui penggunaan keganasan oleh golongan proleteriat menentang golongan pertengahan burjuis, peraturan yang tidak dibatasi oleh sebarang undang-undang.
Kami sama sekali tidak menentang pembunuhan politik... Secara terus terang, hubungan langsung dengan gerakan rakyat boleh dan hendaklah berasaskan nilai tindakan ganas individu.
Untuk berkuasa pekerja kelas yang berkesedaran perlu memenangi golongan majoriti ke pihak mereka. Selagi keganasan tidak digunakan menentang mereka, tidak ada jalan lain untuk berkuasa.Bercakap di dalam sebuah mesyuarat pekerja, Lenin telah memberikan satu kenyataan pengakuan tentang peri pentingnya keganasan kepada mereka:
Sekiranya rakyat tidak bangkit segera, ia tidak akan membawa apa-apa hasil... Selagi kita gagal memperlakukan spekulator-spekulator ini dengan cara yang sepatutnya - dengan meletakkan peluru di kepala - kita tidak akan berjaya.Salah seorang pemimpin Revolusi Oktober di Rusia yang terkenal, Trotsky, menyatakan seperti berikut untuk menguatkan dakwaan Lenin:
Tetapi revolusi menuntut kelas revolusi mencapai penamatnya dengan apa cara sekali pun - jika perlu; dengan mengangkat senjata: jika diperlukan; dengan keganasan.Malah Trotsky lebih berani lagi di dalam ucapan beliau yang lain:
Satu-satunya pilihan kita kini ialah perang saudara. Perang saudara ialah pertarungan untuk makanan... Hidup perang saudara!Prinsip-prinsip ahli teori Komunis seperti Lenin dan Trotsky ini telah diamalkan di dalam revolusi Bolshevik di Rusia. Ketika zaman revolusi pada musim sejuk 1917, telah berlaku pembunuhan beramai-ramai secara meluas, perampasan, dan keganasan yang sukar dipercayai. Mereka yang menentang revolusi, atau mereka yang disyaki menentang revolusi, telah dicekup tanpa sebab, ditahan, dan ditembak: rumah-rumah telah dirampas dan dimusnahkan. Keganasan yang telah dimulakan pada zaman Lenin dan Trotsky menjadi lebih parah di zaman Stalin.
Harrison E. Salisbury dari The New York Times, menggambarkan sistem kem tahanan Soviet seperti berikut:
... seluruh benua berada di dalam keadaan menakutkan... Dibandingkan dengan mereka yang melakukan beratus ribu hukuman bunuh dan berjuta-juta yang mati dalam sistem ganas Soviet, Czar kelihatan lebih baik... Minda kita ragu dengan pemikiran jahat bersistem ini, di mana tiga atau empat juta atau lebih lelaki dan perempuan telah dipenjarakan setiap tahun untuk mendesak buruh dan orang buangan - di dalam keadaan yang terlalu pantas sehinggakan banduan-banduan tersebut tidak tahu mengapa mereka dipenjarakan...Bangsa bukan Rusia, terutamanya bangsa orang Turki Crimea dan Asia Tengah, dan Kazakhistan, terdedah kepada keganasan sistem Soviet ini. Mahkamah khas, troiki, telah dibentuk untuk membersihkan masyarakat Rusia daripada bangsa Kazakhistan. Pada Oktober 1920 sahaja, mahkamah-mahkamah troiki telah menjatuhkan hukuman mati kepada lebih 6,000 orang, dan hukuman ini telah dilaksanakan serta merta. Ahli keluarga, dan kadang kala jiran tetangga yang menentang rejim ini dan tidak ditahan, telah dijadikan sebagai tebusan dan telah dihantarkan ke kem-kem pengawasan. Martin Latsis, salah seorang ketua di kem-kem ini mengakui wujudnya kem-kem maut di dalam salah satu laporannya:
Dikumpulkan di dalam sebuah kem berhampiran Maikop, tawanan-tawanan ini yang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan orang tua hidup di dalam keadaan yang paling teruk, di dalam kesejukan dan selut bulan Oktober... Mereka mati seperti lalat. Kaum wanita akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri daripada kematian. Askar-askar yang mengawal di kem ini mengambil kesempatan di atas keadaan ini dan melayan mereka seperti pelacur.Di bawah pengaruh Darwin, revolusi-revolusi Komunis telah membunuh manusia dengan berbagai cara yang gila. Telah dikenal pasti bahawa matlamat utamanya ialah penghapusan. Mereka seolah-oleh percaya bahawa semakin banyak manusia yang mereka bunuh, semakin hebat kejayaan yang akan mereka kecapi. Rancangan mereka untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang disyaki menentang revolusi dapat dilihat di dalam salah satu keputusan mereka:
Pyatigorsk (Jawatankuasa Khas Untuk Perang Menentang Revolusi Balas), telah membuat keputusan untuk menjalankan hukuman mati ke atas 300 orang sehari. Mereka membahagikan sebuah bandar kepada beberapa wilayah dan mengambil satu kuota daripada setiap wilayah, dan meminta Parti mencabut senarai hukum bunuh... Di Kislovodsk, kerana tidak ada idea yang lebih baik, mereka telah memilih untuk membunuh mereka yang berada di hospital.Seperti yang telah diumumkan di dalam sebuah artikel akhbar Krasnyi Mech (Pedang Merah), yang menyokong Komunis, Komunis melihat segalanya adalah halal dan percaya bahawa darah perlu ditumpahkan supaya warna bendera Merah dapat berkibar:
Kepada kami, segalanya dibenarkan, kerana kami yang mula mengangkat senjata bukan untuk menindas bangsa-bangsa dan menjadikan mereka hamba tetapi untuk membebaskan manusia daripada belenggunya... Darah? Biarkan darah mengalir seperti air! Biarkan darah terus menodai bendera hitam lanun yang dikibarkan oleh masyarakat burjuis (kelas pertengahan), dan biarkan bendera kita merah darah selama-lamanya! Hanya melalui kematian dunia lama akan dapat membebaskan diri kita selama-lamanya daripada kembalinya serigala- serigala ini!Di samping seksa-seksaan ini, Stalin juga telah menyediakan "senarai penyerahan" untuk merampas hasil petani-petani secara kekerasan. Unit ini bertanggungjawab terhadap segala penindasan ini. Pada 14 Februari 1922, seorang inspektor telah menulis seperti berikut:
Penderaan berdasarkan kepada senarai penyerahan ini telah mencapai satu tahap yang tidak dapat dibayangkan lagi. Para petani yang ditahan akan dikurung di dalam gudang yang besar dan panas; mereka kemudian disebat dan diancam untuk dibunuh. Mereka yang tidak memenuhi kuota mereka akan diberkas dan dipaksa berlari dalam keadaan telanjang sepanjang jalan utama kampung dan kemudian akan dikurung di dalam bangsal. Ramai wanita telah dipukul sehingga pengsan kemudian dihumban dalam keadaan telanjang ke dalam lubang yang dikorek di dalam salji...Stalin percaya Sepanyol memberikannya peluang kepada USSR dan dengan itu mencampuri urusan negara ini akan membuahkan keuntungan. Kerana itu dia memihak dan menyokong Komunis di dalam Perang Saudara Sepanyol. Rentetan daripada itu, keganasan di USSR telah merebak ke Sepanyol. Satu contoh penindasan dan penderaan ini ialah kem pusat di mana 200 orang anti-Stalin telah ditempatkan pada awal 1938. "Apabila para penyokong Stalin memilih untuk membuka cheka", seorang mangsa menyebut:
Terdapat sebuah perkuburan yang telah dibersihkan dekat sini. Para Chekis ini mendapat idea jahat: mereka membiarkan batu nisan kubur tersebut terbuka, dalam keadaan tengkorak dan badan mayat terdedah. Di situlah mereka mengurung kes-kes yang sukar. Mereka mempunyai beberapa cara penyeksaan yang ganas. Ramai banduan digantung kaki mereka dalam keadaan terbalik sepanjang hari. Sebahagian yang lain pula telah dikurung di dalam almari kecil yang hanya mempunyai beberapa lubang udara berhampiran muka mereka untuk bernafas... salah satu cara paling teruk dikenali sebagai "the drawer"; banduan dipaksa bercangkung di dalam sebuah kotak empat segi selama beberapa hari. Sebahagian yang dimasukkan ke dalam kotak ini tidak dapat bergerak selama lapan ke sepuluh hari.Pada 1931 Paus Pius XI telah menyebut seperti berikut tentang keganasan Komunis yang telah menggugat dunia di dalam surat Quadragesimo Anno:
Komunis mengajar dan mencari dua objektif: peperangan berterusan antara kelas-kelas, dan penghapusan sepenuhnya hak milik peribadi. Mereka melakukannya secara terang-terangan, terbuka dan menggunakan apa juga cara yang boleh, walaupun secara keganasan. Untuk mencapai objektif ini, tidak perlu merasa takut untuk melakukan apa sahaja, tiada apa pun yang patut dihargai dan dihormati. Apabila telah berkuasa, ia menggalakkan kekejaman dan kezaliman. Penyembelih dan kemusnahan yang teruk telah meluas di Timur Eropah dan Asia, telah membuktikannya.Seperti yang disebutkan, matlamat prinsip Komunisme ialah satu peperangan antara kelas yang kejam dan menghapuskan harta peribadi. Dengan kata lain, matlamatnya adalah untuk melaksanakan teori evolusi, yang telah Darwin laksanakan di dalam bidang biologi sehingga kepada kehidupan sosial manusia, sehingga menjadikan manusia seperti haiwan liar di dalam alam semula jadi, dalam konflik, dalam peperangan.
Malapetaka yang dibawa oleh Darwinisme tidak hanya terhenti di Rusia. Di antara negara yang paling teruk terkesan ialah China.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar