Segala paparan di dalam siri ini telah di edit dari segi gaya bahasa, pengisian ayat, makna, istilah dan susun atur ayat yang lebih sesuai untuk pembacaan. Pengalaman membacanya sekali lagi di sini adalah berbeza dengan pengalaman membacanya di blog terdahulu.... harap maklum... Terima Kasih
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,
Seperti perkara tajuk yang tertera di atas, maka, bahawasanya, amalan Budi Suci Sejati itu adalah suatu jalan atau diibaratkan suatu perjalanan yang harus ditempuh oleh ahli-ahlinya. Maksud jelas 'ahli-ahli' di sini adalah membawa maksud sesiapa sahaja sama ada orang perseorangan atau perkumpulan orang yang sedang atau mengalami dan menyelami amalan Budi suci Sejati mengikut 'prinsip' nya tidak kira pada tahap mana dia berada, maka, dia digelarkan ahli Budi suci Sejati (BSS).
Apakah Prinsip amalan Budi Suci Sejati??? iaitu letaknya pada yang lima dimulai dengan Nafas, Jurusan, Makrifat, Keyakinan, dan Isi Pokok Badan, Maka bergelar ahli lah dia. Huraian lanjutan Prinsip dalam BSS akan menyusul di posting kemudian insyaallah. Apakah yang akan berlaku jika belum di lengkapi pada salah satunya??? maka, belum lengkaplah dia sebagai seorang ahli, dan belum bolehlah dia digelar sebagai seorang ahli Keilmuwan Budi suci Sejati.
Kenyataan seperti yang tersebut menampakkan seolah-olah mereka-mereka yang baru 10 jurusan, belum belajar isi pokok badan adalah merupakan bukan diistilahkan sebagai seorang ahli, atau pula seorang yang dah ada keyakinan pada BSS tetapi belum pun berJURUS maka dia adalah merupakan bukan diistilahkan sebagai seorang ahli, atau pula contoh yang satu lagi, dia sudah mempunyai kelima-lima yang tersebut tetapi tidak berNAFAS lagi (mati) maka dia merupakan juga bukan diistilahkan sebagai seorang ahli.
Kenyataan tersebut sangatlah tidak senang untuk difikirkan atas kerana jika seseorang itu hanya berfikir dalam kotak tempurung pemikirannya sahaja. Walau apa yang sedang difikirkan, maka itulah HAKIKAT sebenarnya dalam pengertian Amalan budi Suci Sejati itu sendiri. Bukanlah mengenai Prinsip yang 5 itu yang harus sedang kita huraikan, kerana isu itu ada posting khas nya yang akan menyusul kemudian, tetapi yang pastinya kini, kita mahu membincangkan mengenai isu perjalanan Amalan budi Suci Sejati itu malah yang sedang kita alami ini.
Perjalanan Budi Suci Sejati bermula apabila seseorang itu telah diisikan oleh seorang GURU atau mereka-mereka yang berkepandaian dalam membukakan kunci HAQ di dalam diri (telah pun dibincangkan di dalam posting yang lalu), maka, disitulah permulaan perjalanan amalan Budi suci Sejati nya bermula. Walaubagaimanapun, itu bukanlah titik permulaan yang ternoktah sebagai pemulaan keseluruhan perjalanan amalan Budi Suci Sejatinya, tetapi lebih kepada bermulanya langkah pertama perjalanan merentasi amalan Budi Suci Sejati. Jadi di manakah titik noktah bermulanya perjalanan seseorang ahli Budi Suci Sejati tersebut. Sesungguhnya, lain orang lain titik noktahnya. Untuk memudahkan pemahaman anda semua, maka, kita umpamakan perjalanan amalan budi suci Sejati itu tadi seperti perjalanan suatu pengembaraan ke suatu tempat yang kita tidak pernah sampai dan tidak pasti kemana hujungnya. Contohnya, hamba ingin ke Gurun Sahara. Apakah dengan samberononya hamba keluar rumah, capai beg dan baju mana yang patut dan kemudian dengan hanya berselipar terus keluar rumah memulakan perjalanan ke gurun sahara tersebut. tidak mungkin sama sekali. Begitu juga dengan perjalanan amalan Budi Suci Sejati itu, apakah kita semua tiba-tiba keluar rumah, capai kunci kereta atau motosikal, ke rumah guru yang tak pernah kenal, tiba-tiba minta diisikan oleh guru tersebut..... sungguh tak mungkin. Sebelum merancang bertolak ke gurun sahara, pasti kita akan merancang perjalanan kita, survey tempatnya di internet, apa kemudahan yang ada di sana, bagaimana untuk 'survival' hidup di gurun, peralatan yang perlu bawa, lihat-lihat peta lokasi, tanya rakan atau sesiapa yang pernah pergi. Barulah perjalanan kita itu nanti penuh makna dan bersedia menghadapi apa-apa rintangan yang bakal menjelma. Begitulah kekdahnya bila kita ingin memulakan perjalanan sebagai seorang ahli pengamal budi Suci sejati, tentu kita 'survey' dulu apakah amalan ini, mungkin di internet atau bertanyakan rakan-rakan, atau masuk berforum dan blog untuk mendapat sedikit sebanyak 'input' apakah amalan ini sebenarnya, kemudian, mula ikut rakan-rakan ke kelas untuk mendengar penerangan asas dari guru atau mereka-mereka yang mampu menurunkan amalan ini (juga digelar guru), dan kemungkinan melihat-lihat demo ahli-ahli berjurus dan bermain gerak, membuat tapisan, berfikir dan kemudian barulah mengorak langkah menyatakan hasrat hati untuk menjadi seorang yang diistilah memulakan perjalanan amalan Budi Suci Sejati. itulah titik noktah permulaan perjalanan amalan Budi Suci Sejati itu bermula, tetapi kerana itu ianya tidak sama diantara satu sama lain. Kerana lain orang, lain titik noktahnya, ada yang diajak rakan, ada yang 'direct' terus menelefon guru yang menurunkan BSS, dan ada juga yang mengambil masa yang agak lama untuk mengambil keputusan menjadi seorang ahli setelah berkali-kali melihat demo, berforum, membaca blog, diceritakan rakan dan sebagainya.
Jadi bermulanya langkah pertama perjalanan itu tadi ibarat keluar rumah sebelum memulakan pengembaraan yang penuh rintangan itu, adalah setelah dia telah diisikan oleh GURU atau mereka-mereka yang mampu menurunkan amalan Budi Suci Sejati tersebut. Setelah dia diisi oleh GURU tersebut, apakah dia boleh diistilahkan terus sebagai seorang ahli??? Kebanyakan jawapan yang biasa kita ketemui adalah YAA... dia bergelar seorang ahli Budi Suci Sejati. Tetapi bagi penerangan hamba, mereka-mereka itu belum boleh diistilahkan sebagai seorang ahli pengamal Budi Suci Sejati selagi dia belum lengkap kelima-lima prinsip Budi suci Sejati itu sendiri.
Sebelum itu, kita cuba huraikan mengenai ahli. pengistilahan Ahli boleh diibaratkan sebagai keahlian di dalam sesebuah perkumpulan atau pertubuhan. Ahli boleh dilucutkan keahlian, dilantik semula sebagai ahli, diistilahkan sebagai 'ahli tidur' (ahli pada nama sahaja), diistilah sebagai ahli unggul, atau sebagai ahli biasa. Tetapi jangan salah faham, ahli dalam amalan Budi suci Sejati tiada kaitannya dengan keahlian di dalam persatuan-persatuan Budi Suci Sejati anda. Ahli dalam istilah pengamal Budi suci Sejati sangatlah luas pengertiannya. Di Dalam perjalanan menempuh pengembaraan ke gurun sahara itu tadi, maka, banyak rintangan-rintangan yang perlu kita hadapi. kemungkinan ribut pasir, percubaan pertama dalam kepayahan itu sering kali ahli itu terkandas di tengah jalan atau ditengah gurun. Jika ahli itu datang berkumpulan mungkin berjumlah 10 orang, insyaallah 4 darinya sahaja yang kekal sebagai seorang ahli, dan kemungkinan salah seorang sahaja darinya yang mampu menjadi ahli yang unggul. Apakah maksud ahli yang dilucutkan keahlian??? iaitu ahli yang sudah tidak yakin lagi dengan amalan Budi Suci Sejati, mungkin dah beralih arah ke amalan lain, atau ilmu-ilmu lain langsung mengabaikan terus salah satu atau lebih dari prinsip Budi Suci Sejati yang 5 itu. biasanya terjadi kepada ahli-ahli yang berjumpa dengan amalan-amalan yang dirasakan setanding atau lebih hebat dari amalan Budi suci Sejati, atau telah mula tawar hati dengan BSS atas kerana pengambilan amalan-amalan yang bathil seperti amalan berkhadam dan sebagainya. Apakah pula maksud ahli yang dilantik semula keahlian??? iaitu dimana ahli yang telah lama meninggalkan prinsip 5 dalam BSS, dan kembali mengamalkan amalan budi Suci Sejati yang sudah pasti terkandung dalam prinsip yang 5. Apakah maksud ahli tidur atau ahli yang ada pada nama sahaja??? Ahli tidur boleh diistilah juga sebagai ahli ikut-ikutan, dimana ahli tidur lebih kepada jenis seorang ahli yang masih YAKIN dengan BSS, tetapi sangat-sangat jarang berJURUS, tiada daya upaya untuk sendiri beroleh semangat melakukan JURUSAN, mungkin hanya dengan ajakan rakan setelah 6 bulan tak berjurus baru dia berjurus dan isi pokok badan semula, tak pernah memikirkan sangat tentang apa yang terkandung dalam perbuatan jurusannya, terkandung di dalam pengertian amalan Budi Suci Sejati itu sendiri, maka mereka-mereka yang seperti itu digolongkan sebagai 'ahli tidur', yang baiknya dia masih sebagai seorang ahli, tetapi tarafnya agak rendah dari peringkat-peringkat keahlian. Jika diumpamakan pengembara di gurun sahara, mereka-mereka ini mengembara hanya untuk mencari seronok, ikut rakan-rakan menjelajah, tidak pernah memikirkan tentang input yang didapati dari penjelajahan tersebut, duduk goyang kaki tanpa perlu memikirkan soal catuan makanan, apa yang perlu dimasak dan bahan-bahannya semasa di tengah gurun, malah tiada upaya sendiri untuk menjelajah jika tiada ikutan rakan-rakan. apa pula maksud ahli biasa??? Ahli biasa diistilah sebagai ahli yang mempunyai daya upaya untuk berjurus tanpa ada ajakan dan paksaan, mengamalkan apa yang diperturunkan kepadanya tanpa ada rasa sangsi dan yakin dengan apa yang diamalkan, mempunyai daya upaya untuk cuba memahami sesuatu perkara tetapi jenis ahli ini perlukan sentiasa bimbingan dari gurunya, atau orang yang lebih tahu, dia juga mempunyai daya upaya untuk ambil tahu hal perihal amalan yang sedang dia lakukan dan biasanya had nya hanya untuk diri sendiri, keluarga sudah cukup memadai dengan amalan yang diperoleh nya. Ibarat pengembara yang ada daya upaya ikut mengembara, mampu membantu rakan-rakan rapat atau saudara mara (keluarga) yang memerlukan pertolongan seperti terjerumus ke dalam lubang pasir contohnya, tetapi dia masih perlukan bimbingan pengembara yang lebih berpengetahuan dalam selok belok di gurun dan mampu sedaya upaya menyediakan bahan masakan dan memasak untuk rakan-rakan pengembara di gurun tersebut. Tahap peringkat ini berada di tengah-tengah, dia boleh jatuh menjadi ahli yang tidur atau boleh mampu naik sebagai seorang ahli yang unggul. Apa pula yang dimaksudkan ahli yang Unggul??? Ahli yang unggul boleh diibaratkan sebagai seorang pengembara yang mempunyai daya upaya untuk bergerak sendiri, mengepalai kumpulan kembaranya, mampu mencetuskan idea-idea bernas jika tersesat, mampu mencari makanan jika makanan kehabisan, tahu tujuan dan matlamat pengembaraannya, malah mampu menghasilkan kejutan-kejutan yang menggembirakan dalam kembaranya itu. Dalam pengistilahan amalan, ahli itu tadi mempunyai daya upaya untuk beramal tanpa rasa jemu, berjurus, zikir malah cuba mengaplikasikan amalan kepada bentuk praktikal yang diluar kemampuan atau akal fikiran, mencetuskan idea-idea yan bernas lagi jitu dan mencabar, mampu berfikir di luar kepompong pemikiran, dan tahu tujuan dan matlamat apa yang sedang dia amalkan itu malah sentiasa mencari-cari dan mengkaji-kaji tentang amalan yang sedang dia pelajari. itulah peringkat tertinggi dalam peringkat sebagai seorang ahli pengamal budi suci sejati iaitu digelarkan sebagai seorang ahli Unggul.
Kerana itu, ianya tiada kena mengena dengan keahlian di dalam persatuan-persatuan budi suci Sejati anda. Apa ada kesah sekiranya anda dipulaukan, dipecat, atau digantung keahlian dalam persatuan, tetapi yang paling penting yang perlu anda tahu adalah anda masih lagi seorang ahli atau pengamal BSS jika anda masih mengamalkan BSS walaupun anda tidak lagi bernaung di bawah duduk mana-mana satu persatuan Budi Suci Sejati. Persatuan BSS hanyalah keduniaan, beramal dengan BSS adalah salah satu bekalan anda di dunia. Bukan keahlian dalam persatuan yang membuatkan anda berada di tahap Unggul dalam amalan, bukan persatuan yang mampu meletakkan taraf anda sebagai seorang pengamal atau tidak, tetapi ianya terletak pada diri anda sendiri.
Kita berbalik kepada perenggan yang sebelum ini ada hamba katakan mengapa yang masih belum cukup 5 prinsip dalam BSS itu sendiri masih belum mampu digelar ahli Budi Suci Sejati??? Adapun ianya kerana yang sebenarnya, 5 prinsip itu adalah teras di dalam amalan Budi Suci Sejati. Untuk bergelar Ahli, dia harus dan wajib untuk memperlengkapkan dirinya dengan kelima-lima prinsip tersebut, tidak kiralah sudah sampai berapa jurusan yang dia perolehi, mungkin 10, mungkin 30 atau mungkin dah sampai 50 dan penutup... Jika dia baru sampai 30, kemudian merosul, dan setelah itu dia dah menghilangkan diri tanpa lagi beramal dengan amalan Budi suci Sejati, maka, dia tidak lagi digelar sebagai seorang ahli sebenarnya. Kemungkinan dia dah pun menuntut amalan lain yang dirasakannya lebih serasi dengan dirinya. Atau seorang ahli yang dah pun sampai penutup tetapi jarang-jarang berjurus, jarang-jarang berbual mengenai amalan BSS, tetapi kadangkala berjurus juga jika diajak rakan, maka kategorinya adalah sebagai ahli tidur. Dia adalah seorang ahli. Ada perbezaan di situ. Kita masih boleh gelarnya sebagai seorang ahli. Begitu juga dengan perumpamaan-perumpaan yang lain. Isu ini akan dikupas khas nanti pada tajuk Prinsip dalam BSS kemudian hari insyaallah.
Jadi tidak kiralah anda berada di mana, yang penting, sebagai seorang ahli pengamal budi suci Sejati yang membaca blog ini, maka, ada baiknya golongkan diri anda di dalam kelompok ahli pengamal Budi suci Sejati. Tidak kiralah anda berada pada tahap yang mana. Insyaallah mereka yang berada pada tahap yang tidur mungkin akan beroleh semangat untuk naik ke peringkat ahli biasa, mereka yang ahli biasa mungkin mampu mencapai tahap ahli-ahli yang unggul, dan begitu juga ahli-ahli yang unggul mampu mempertahankan keunggulannya sehingga kepada hembusan NAFAS yang terakhir insyaallah.
Semoga berjumpa lagi pada tajuk akan datang,
Assalamualaikum
Tidak ada komentar:
Posting Komentar