Question: adakah awak jenis yg boleh tengok org?? maksud saya tengok aura sekeliling org tu?
dapat tahu tahap kebatinan atau apa2 pada seseorang??
ada pantang larang tak nk belajar?? adakah ia susah??
saya berada di kedah
Answer: untuk soalan sebegini jawapannya  ialah boleh.. atau BOLEH dengan TETAPI... kenapa hamba kata BOLEH itu  adalah kerana Budi Suci Sejati adalah satu keilmuwan atau amalan yang  cukup tinggi kedudukannya dan tarafnya.. Ianya boleh melangkaui jauh  dari apa yang kita fikirkan.. TETAPI nya pula ialah kerana ahli itu tadi  perlulah betul-betul memahami apa itu BSS sedalam-dalamnya..seperti posting  hamba yang lepas.. kalau dapat saudara bolehlah cuba bacanya dengan  perlahan-lahan.. bukan kata sudah jadi ahli terus boleh  melakukan 'perubatan', atau bukan hanya jadi ahli sudah boleh 'itu dan  ini'..
Seperti  posting hamba yang lepas.. setiap ahli mempunyai tujuan yang tersendiri  untuk mempelajari BSS ini.. jadi  bagi ahli yang ingin mendalami BSS  perlulah benar-benar faham apa itu BSS, mengkaji nya dari setiap sudut, cuba  mencari dimana sebenar-benarnya yang dikatakan rahsia itu tadi dan  pelbagai lagi yang perlu dilakukan...  Jadi baru perkataan BOLEH itu  tadi benar-benar dikatakan BOLEH..
pasal  perihal pantang larang itu telah hamba rungkaikan pada posting hamba  yang lepas.. cuba saudara cari dulu dan baca.. insyaallah akan lebih  berminat nanti..
Pasal  soalan adakah ianya susah itu.. sebenarnya juga jawapannya terletak  pada diri masing-masing.. SUSAH atau SENANG nya sesuatu ilmu itu bergantung  pada diri kita sendiri.. baik dalam bidang akademik, Sains, Teknologi,  Sukan.. Bak perumpamaan, sesetengah orang kata matematik itu susah, tapi  segelintir lagi berkata matematik itu senang.. jadi begitu juga dengan  BSS... semuanya datang dengan minat yang mendalam.. dan dengan usaha  yang bersungguh-sungguh,insyaallah.. akan Allah S.W.t permudahkan jalan  saudara..
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar