Perikatan Berdarah Di Antara Darwin dan          Hitler
Nazisme telah muncul di dalam          kekecohan Jerman yang telah dikalahkan di dalam Perang Dunia Pertama.          Ketua parti tersebut adalah seorang yang pemarah dan agresif, Adolf Hitler.          Rasisme telah membentuk pandangan dunia Hitler. Hitler percaya bahawa          bangsa Aryan, yang menjadi elemen utama rakyat Jerman, adalah lebih tinggi          daripada bangsa-bangsa lain dan ia perlu memerintah mereka. Dia mengimpikan          bangsa Aryan akan membentuk sebuah empayar dunia yang akan kekal selama          seribu tahun.
Sokongan saintifik yang ditemui oleh Hitler untuk teori-teori          rasialis ini ialah teori evolusi Darwin.
Perancang idea utama Hitler, seorang          ahli sejarah Jerman yang rasialis Heinrich von Treitschke, telah benar-benar          tepengaruh dengan teori evolusi Darwin dan mengasaskan pandangan rasisnya          berdasarkan Darwinisme. Beliau pernah berkata "Bangsa-bangsa          hanya dapat dibangunkan oleh pertandingan ganas seperti (idea) 'yang kuatlah,          yang terus hidup' Darwin", dan menegaskan bahawa ini bererti ia          adalah peperangan yang berterusan dan tidak dapat dielakkan. Pendapat          beliau ialah, "Penaklukan dengan pedang adalah satu          cara untuk membawa ketamadunan kepada kekejaman dan pengetahuan kepada          kejahilan". Beliau berpendapat: "Bangsa-bangsa kuning tidak mempunyai          kebolehan memahami seni dan kebebasan politik. Telah          menjadi takdir kepada orang kulit hitam untuk berkhidmat kepada orang          kulit putih dan menjadi sasaran kebencian orang kulit putih untuk selama-lamanya…"
| Hitler dan bukunya Mein Kampf di mana dia menyusun ideologinya | 
Ketika Hitler membangunkan teori-teorinya,          dia telah membentuk inspirasi, daripada Darwin seperti juga Treitschke          dan secara umumnya idea Darwin berkaitan perjuangan untuk hidup. Judul          bukunya yang terkenal Mein Kampf ("Perjuanganku") telah diinspirasikan          oleh idea perjuangan untuk hidup ini. Seperti Darwin, Hitler telah meletakkan          bangsa-bangsa bukan Eropah pada status monyet, dan menyatakan, "Ambil          semua bangsa Nordik Jerman dan tidak ada apa yang tinggal melainkan beruk-beruk".
Di dalam rapat parti Nuremberg          1933, Hitler mendakwa bahawa "satu bangsa tertinggi menakluki satu bangsa          rendah… adalah kebenaran yang kita perhatikan di dalam alam semulajadi          dan ia dikira sebagai kebenaran yang paling masuk akal. Kerana ia telah          diasaskan berdasarkan sains".
Hitler yang mempercayai ketinggian bangsa Aryan, percaya          bahawa ketinggian bangsa ini telah diberikan secara semulajadi. Di dalam          Mein Kampf beliau menulis seperti berikut:
Orang-orang Yahudi telah membentuk          satu bangsa sub-manusia yang bertentangan, yang telah ditakdirkan oleh          warisan biologi mereka menjurus kepada kejahatan, seperti          bangsa Nordik yang telah dijadikan untuk menjadi bangsawan… Sejarah          akan sampai ke kemuncaknya di dalam satu empayar kegemilangan yang baru,          berdasarkan tatatingkat bangsa baru yang ditentukan sendiri oleh alam          semula jadi.
Hitler, yang beranggapan bahawa manusia adalah haiwan yang          telah berkembang, percaya bahawa selain daripada membiarkan kuasa semula          jadi dan peluang, atau dengan kata lain kebetulan, untuk mengawal evolusi          adalah perlu juga baginya untuk mengawalnya sendiri bagi membangunkan          bangsa manusia. Dan ini adalah matlamat utama gerakan Nazi. Untuk merealisasikan          matlamat ini, langkah pertama ialah dengan memisahkan, dan mengasingkan,          bangsa-bangsa mundur ini daripada bangsa Aryan, yang mereka percaya adalah          bangsa yang maju.
Pada peringkat ini, Nazi telah mula melaksanakan Darwinisme,          dan sebagai contoh "teori eugenik" yang berasal daripada Darwinisme.
 Teori Eugenik Adalah Berasaskan Kepada          Idea-idea Darwin
| Francis Galton (kiri) dan Leonard Darwin (kanan) | 
Teori eugenik, yang telah berkembang pada separuh pertama          abad ke-20, bererti menyingkirkan mereka yang sakit dan cacat dan "meningkatkan"          bangsa manusia dengan menambah jumlah individu-individu yang sihat. Menurut          teori eugenik ini, dengan cara yang sama juga haiwan yang lebih baik dapat          dihasilkan dengan mengahwinkan haiwan-haiwan yang sihat antara satu sama          lain, jadi bangsa manusia juga dapat ditingkatkan dengan cara yang sama.
Seperti yang telah dijangka, mereka yang mengemukakan program          ini ialah para penyokong Darwin. Di kemuncak gelombang eugenik ini di          England, telah muncul sepupu Charles Darwin, Francis Galton dan anaknya          Leonard Darwin.
Jelaslah di sini bahawa idea eugenik adalah hasil asal Darwinisme.          Tambahan pula, kebenaran ini telah diberikan kepentingan istimewa di dalam          penerbitan-penerbitan yang menyokong eugenik, "Eugenik ialah penguasaan          manusia terhadap evolusinya sendiri", demikian ia disebutkan.
| Ernst Haeckel | 
Kenneth Ludmerer, seorang ahli sejarah perubatan di Universiti          Washington, mencatatkan bahawa idea eugenik berusia setua idea republik          Plato tetapi dia juga menambah Darwisme merupakan penyebab kepada kebangkitan          minat kepada idea ini pada abad ke-20: 
… pemikiran eugenik moden berkembang hanya pada abad ke-19. Peningkatan minat terhadap eugenik ketika abad tersebut mempunyai beberapa punca. Yang paling utama ialah teori evolusi, bagi idea Francis Galton tentang eugenik - dan beliaulah yang telah mencipta istilah "eugenik" - ia adalah satu logik yang terhasil daripada doktrin sains yang telah dikemukakan oleh sepupu beliau, Charles Darwin.
Di Jerman orang pertama yang terpengaruh dan mula mengembangkan          eugenik ialah seorang pakar biologi evolusi yang terkenal Ernst Haeckel.          Haeckel adalah kawan baik dan penyokong Darwin. Untuk menyokong teori          evolusi ini beliau telah mengemukakan dakwaan "pengulangan semula", yang          mendakwa bahawa embrio daripada hidupan yang berbeza mempunyai persamaan          antara satu sama lain. Ia kemudian telah terbukti bahawa Haeckel telah          memalsukan data apabila beliau mengemukakan dakwaan ini.
Ketika Haeckel sedang mereka-reka pemalsuan saintifiknya,          dalam masa yang sama juga ia mengemukakan propaganda eugenik. Beliau mencadangkan          bahawa kanak-kanak yang dilahirkan cacat mesti dibunuh dan dengan itu          ia akan dapat mempercepatkan masyarakat evolusi. Malah dia jugah telah          mendakwa bahawa pesakit kusta dan pesakit kanser dan pesakit mental perlu          dibunuh, atau sebaliknya mereka ini akan menjadi bebanan di dalam masyarakat          ini dan akan melambatkan evolusi. 
Seorang penyelidik Amerika Geoge Stein telah merumuskan          kesetian membabi buta Haeckel kepada teori evolusi di dalam sebuah artikelnya          di dalam majalah American Scientist seperti berikut: 
… (Haeckel) mendakwa bahawa Darwin betul… manusia telah berkembang daripada dunia haiwan. Dan langkah bahaya yang telah diambil di dalam pendedahan Haeckel terhadap Darwinisme yang pertama di Jerman, menyebabkan kewujudan sosial dan politik manusia telah dikawal oleh undang- undang evolusi, pilihan semula jadi, dan biologi, seperti yang ditunjukkan oleh Darwin. Untuk mendakwa sebaliknya adalah khurafat yang ketinggalan zaman.
Haeckel meninggal dunia pada 1919. Tetapi idea belia telah          diwarisi oleh Nazi. Sebaik sahaja Hitler mendapat kuasa, satu program          eugenik rasmi telah dimulakan. Hitler merumuskan polisi baru ini seperti          berikut:
Pemenang pingat emas Olimpik Berlin 1936 Jesse Owens, yang tidak diberikan ucapan tahniah oleh Hitler kerana dia berkulit hitamDi dalam negara yang popular, pendidikan minda dan tubuh memainkan peranan yang penting, tetapi pilihan manusia juga tidak kurang pentingnya… Kerajaan mempunyai tanggungjawab mengetepikan untuk tujuan pembiakan sesiapa yang sakit atau gen-gennya tidak sempurna. …dan perlu menjalankan tanggungjawab ini dengan kasar tanpa menghiraukan sesiapa sahaja. …Menghentikan pembiakan mereka yang bertubuh lemah atau cacat fizikal di dalam jangka masa 600 tahun akan datang… untuk memajukan kesihatan manusia yang sukar dijangkakan hari ini. Sekiranya peningkatan bangsa yang sihat dapat direalisasikan dan dirancang, hasilnya ialah satu bangsa yang… telah kehilangan kelemahan fizikal dan kerohanian yang kita miliki kini.
Untuk memenuhi tuntutan polisi Hitler ini, mereka yang berpenyakit          mental, kurang upaya, dilahirkan buta, dan mereka yang mempunyai penyakit          genetik di dalam masyarakat Jerman telah dikumpulkan di dalam "pusat-pusat          pemandulan" khas. Mereka ini telah dianggap sebagai parasit-parasit yang          merbahaya kepada ketulinan dan perjalanan evolusi bangsa Jerman. Tidak          berapa lama kemudian, mereka yang telah dipisahkan daripada masyarakat          ini telah mula dibunuh dengan arahan sulit daripada          Hitler.
| Hitler telah mengumpulkan gadis-gadis Jerman berambut perang dan bermata biru di kem-kem dan memastikan mereka bersama dengan pegawai-pegawai SS. Dengan cara ini dia berharap untuk membina satu bangsa superior. | 
Pembunuhan-pembunuhan ini dianggap munasabah dan mereka          yang dianggap secara genetiknya mundur telah dianggap sebagai "tidak menguntungkan"          dan menjadi halangan kepada pembangunan bangsa tersebut. Kumpulan-kumpulan,          termasuk beberapa bangsa dan individu-individu tertentu, yang dilihat          sebagai bangsa-bangsa yang mundur telah mula dimasukkan. Kemudian orang-orang          tua yang sakit, mereka yang berpenyakit kuning, mereka yang mengalami          gangguan mental, mereka yang bisu dan tuli, dan malah mereka yang mempunyai          penyakit merbahaya juga telah dimasukkan. Selepas kejayaan seorang atlit          kulit hitam Jesse Owens merangkul empat pingat emas di Olimpik Berlin          1936, Hitler, walau pun telah mengucapkan tahniah kepada semua atlit,          tetapi telah menolak untuk mengucapkan tahniah kepada Jesse Owen dan telah          meninggalkan stadium. Malah sebahagian penyokong evolusi telah berpandangan          bahawa wanita dari segi evolusinya adalah lebih rendah daripada lelaki.          Dr. Robert Wartenberg, seorang pensyarah neorologi, telah cuba membuktikan          kemunduran wanita ini dengan mendakwa bahawa mereka tidak mungkin selamat          melainkan sekiranya mereka "dilindungi oleh lelaki". Beliau merumuskan          bahawa sebab mengapa wanita-wanita yang lemah ini tidak dihapuskan adalah          disebabkan oleh perlindungan ini, ia telah mengebabkan tahap evolusi menjadi          pelahan dan kerana itulah pilihan semulajadi kurang beroperasi ke atas          wanita daripada lelaki. Berasaskan kepada pandangan ini, wanita di Nazi          Jerman telah diharamkan secara terbuka daripada menyertai sebarang profesional.
| PENYELEWENGAN BANGS AUTAMA: Pegawai-pegawai Nazi, yang dilatih berdasarkan kepada idea-idea evolusi, mencari bangsa utama dengan mengukur tengkorak, hidung dan dahi. | 
Berikutan perkembangan Darwinisme dan teori eugenik di Jerman,          "para pakar sains perkauman" secara terbuka telah menganjurkan pembunuhan          ke atas ahli-ahli dan segmen-segmen di dalam masyarakat yang tidak lagi          dikehendaki. Salah seorang pakar sains berkenaan, Adolf Jost, telah mewartakan          untuk pertama kalinya pembunuhan perubatan (medical killing) di dalam          sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1895, Das          Recht auf den Tod (The Right to Death). Jost menyatakan. "untuk          kepentingan kesihatan masyarakat yang hidup, kerajaan perlu memikul tanggungjawab          terhadap kematian individu-individu". Adolf Jost adalah penasihat          kepada Adolf Hitler, yang hanya menonjolkan dirinya di arena politik sekitar          30 tahun kemudian. Hitler menyatakan bahawa "Kerajaan perlu melihat bahawa          hanya mereka yang sihat sahaja boleh memiliki anak". "Ia mesti mengishtiharkan          pembiakan tidak dibenarkan kepada mereka yang sakit atau mereka yang mewarisi          penyakit dan kemudian boleh memindahkannya".
Di bawah satu undang-undang pada 1933, 350,000 mereka yang          sakit jiwa, 30,000 gipsi, dan beratus-ratus kanak-kanak kulit hitam telah          dimandulkan dengan berbagai cara seperti pengembirian, x-ray, suntikan,          dan kejutan elektrik di kawasan kemaluan. Seorang pegawai Nazi menyatakan,          "Sosialisme Nasional hanya berkaitan dengan biologi".
Sebagaimana Hitler cuba mempercepatkan peningkatan bangsa          Jerman dengan polisi pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan ke atas mereka          yang tidak berdosa, beliau juga mengamalkan satu lagi syarat eunik. Lelaki          dan wanita berambut perang dan bermata biru, yang diterima sebagai mewakili          bangsa Jerman, telah digalakkan untuk menjalinkan hubungan dan mempunyai          anak. Pada tahun 1935 ladang-ladang pembiakan khas telah ditubuhkan untuk          tujuan ini. Ladang-ladang ini, di mana gadis-gadis muda yang memenuhi          kriteria rasialis telah ditempatkan, sering dikunjungi oleh unit-unit          SS. Anak-anak luar nikah yang dilahirkan di sini akan dibesarkan sebagai          askar kepada empayar 1,000-tahun Jerman yang diramalkan.
Penyelewengan Ras Aryan Nazi
| Seperti Hitler, Heinrich Himmler, Ketua Gestapo, dan pegawai-pegawai Nazi yang lain berpegang kepada pandangan-pandangan Darwin, dan melaksanakan idea-idea yang rasialis dan kejam ini. | 
Nazi sekali lagi telah menggunakan konsep Darwinisme untuk          membuktikan ketinggian bangsa Aryan. Darwin menganggap bahawa apabila          manusia mula berkembang tengkorak kepala mereka juga turut membesar. Nazi          amat mempercayai idea ini dan telah menjalankan pengukuran tengkorak untuk          membuktikan bahawa bangsa Jerman adalah maju. Di setiap sudut perbandingan          Jerman Nazi telah menunjukkan bahawa tengkorak Jerman adalah lebih besar          daripada tengkorak bangsa-bangsa lain. Gigi, mata, rambut, dan sifat-sifat          lain telah diukur berdasarkan ukuran evolusi. Individu-individu yang didapati          tidak memenuhi ukuran bangsa Jerman akan dihapuskan di atas nama prinsip-prinsip          eugenik. 
Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya),          berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan          tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia;) sedang Allah          tidak suka kepada bencana kerosakan.(Surah Al-Baqarah:205)
Semua kegilaan ini telah dilakukan demi untuk melaksanakan          prinsip-prinsip secara Darwin ke atas masyarakat. Seorang ahli sejarah          Amerika, Michael Grodin, pengarang buku The Nazi Doctor and the Nuremberg          Code, telah mendedahkan realiti ini seperti berikut:
George Stein menjelaskan subjek ini:
Seorang pakar sains penyokong Darwin Sir Arthur Keith memberikan          ulasan tentang Darwin seperti berikut:
Pengarang buku Darwin: Before          and After, Robert Clarke, merumuskan, Adolf Hitler: "… telah terpengaruh          dengan ajaran Darwin - mungkin semenjak dia masih kecil lagi. Hitler memutuskan…          bahawa bangsa yang lebih tinggi akan menakluki yang rendah".56          falsafah politik Nazi Jerman telah dibentuk di bawah pengaruhi idea-idea          Hitler ini.
Pengarang buku Race and Reich, Joseph Tenenbaum          mencatatkan bahawa falsafah politik Jerman telah dibina di atas kepercayaan          bahawa keperluan untuk pembangunan evolusi ialah: 
… perjuangan, pilihan, dan "yang kuatlah, yang terus hidup" semua pemikiran dan pemerhatian yang dicapai… oleh Darwin… tetapi ia telah bertunas di dalam falsafah sosial Jerman pada abad ke-19. … Dengan itu, ia membangunkan doktrin hak warisan Jerman untuk memerintah dunia berdasarkan kepada kekuatan superior… (daripada) hubungan "pemukul dan bongkah besi" di antara Reich (Jerman di bawah pemerintahan Nazi) dan bangsa-bangsa yang lemah.
Bukan Adolf Hitler seorang sahaja          di kalangan ketua-ketua Nazi di dalam "peperangan ideology evolusi". Heinrich          Himmler, ketua Gestapo, menyatakan bahawa undang-undang semulajadi perlu          menjalankan peranannya di dalam 'yang kuatlah, yang terus hidup'. Sebenarnya          semua ketua-ketua Nazi mempercayai evolusi dan rasisme Jerman, seperti          juga para pakar sains Jerman dan industrialis sepanjang zaman kegelapan          tersebut.
Kebencian Hitler Terhadap Agama
Sebab lain mengapa Hitler begitu berminat kepada teori evolusi          ialah kerana dia melihat teori evolusi sebagai satu senjata menentang          kepercayaan agama. Hitler amat bencikan agama. Moral-moral murni seperti          belas kasihan, rahmat, dan kemanusiaan, yang dianjurkan oleh agama, menjadi          halangan terbesar pembentukan jenis bangsa Aryan yang ganas dan perkasa          seperti yang ingini oleh Nazi. Oleh itu, apabila mereka berkuasa dalam          tahun 1933 mereka telah cuba untuk menukarkan masyarakat Jerman kepada          kepercayaan budaya pagan lama. Swastika (lambing salib berkait), satu          simbol daripada kebudayaan lama pagan, adalah simbol kepada pengembalian          ini. Perayaan yang disambut di setiap penjuru Jerman adalah pengembalian          semula mereka kepada upacara pagan purba. Idea evolusi, yang telah diwarisi          daripada kebudayaan pagan, bertepatan dengan ideologi Nazisme untuk tujuan          ini. Hitler pernah mendedahkan sikapnya terhadap kristian apabila beliau          menyatakan bahawa agama adalah satu:
…penipuan yang terancang yang mesti dimusnahkan. Kerajaan mesti kekal sebagai ketua. Ketika saya masih muda, saya merasakan adalah perlu untuk memusnahkan agama… dengan dinamit. Saya kemudian menyedari perlunya menggunakan kebijaksanaan… Peringkat terakhir mesti… di kerusi St. Peter, seorang pegawai agama yang nyanyuk; berhadapan dengannya beberapa wanita tua yang jahat… Yang muda dan sihat berada di pihak kita… Orang-orang kita telah berjaya hidup dengan baik tanpa agama ini. Saya mempunyai enam divisyen SS yang tidak mempedulikan isu-isu agama.
| Simbol swastika yang digunakan oleh Hitler adalah lambang kepunyaan kebudayaan paganlama. | 
Danial Gasman telah mendedahkan sebab-sebab kebencian Hitler          terhadap agama di dalam buku beliau The Scientific Origins of National          Socialism:
Sebenarnya sebab utama mengapa berlakunya malapetaka yang          tidak terkira banyaknya kepada dunia pada abad ke-20 adalah kerana sikap          orang-orang seperti Hitler dan Nazi yang tidak mempunyai agama. Mereka          yang telah menafikan kewujudan Allah dan percaya bahawa manusia telah          berkembang untuk menjadi haiwan yang maju, merasakan diri mereka tidak          akan dihisab, tanpa tanggungjawab untuk menjawab sesiapa pun. Kerana mereka          tidak mempunyai ketaqwaan kepada Allah dan Hari Kiamat, mereka menyakini          bahawa kehancuran dan keganasan yang mereka lakukan tidak akan berakhir,          dan kerana sebab itulah tanpa belas kasihan mereka telah membunuh berjuta-juta          manusia. Kesengsaraan dan kepedihan yang akan dialami di dalam sebuah          masyarakat yang tidak mempunyai agama dapat dilihat dengan jelas di dalam          contoh Hitler ini. Dan bukan hanya Hitler: seperti yang akan kita lihat          sebentar lagi, Stalin, Mao, Pol Pot, Franco, Mussolini dan lain-lainnya          yang telah menenggelamkan abad ke-20 ke dalam darah, juga dikenali sebagai          mereka yang menolak agama. Sudah pasti pengajaran tersebut datangnya daripada          mimpi ngeri yang terhasil daripada kekurangan agama.
| 
 | ||||||
| Hitler                adalah penyebab kepada pembunuhan berjuta-juta manusia, dan berjuta-juta                yang lain ditinggalkan sendirian tanpa kediaman. Ideologi kejam                beliau ini berdasarkan kepada tesis Darwin tentang bangsa-bangsa                superior dan inferior. Dan dia tidak merasa ragu-ragu untuk membunuh                mereka yang dianggap sebagai bangsa inferior. | 
Sedangkan mereka yang bertaqwa kepada Allah dan hidup berdasarkan          moral-moral al-Quran sering menganjurkan pendamaian, ketenangan, keselamatan,          kemewahan, dan kesedaran kepada sebuah masyarakat. Mereka yang beriman          dengan agama Allah tidak akan sekali-kali mengganggu kedamaian di mana-mana          tempat di seluruh dunia, sebaliknya mereka sering menganjurkan kasih sayang,          belas kasihan, persahabatan, keimanan, dan kerjasama.
 Malapetaka Yang Dibawa oleh Mussolini Penyokong          Darwin dan Pemimpin Fasis
Mussolini adalah penyokong Darwin          sejati, yang percaya bahawa keganasan adalah satu kuasa lonjakan di dalam          sejarah dan peperangan pula membawa kepada revolusi. Bagi beliau, "keengganan          England untuk menyertai peperangan hanya menyebabkan kemunduran Empayar          British".
Di kepala majalah The People of Italy (II Popolo d'Italia)          , yang telah diasaskan dengan biaya bantuan daripada kerajaan Perancis,          beliau memasukkan ayat berikut, "Siapa yang mempunya besi juga akan memiliki          roti" dengan kata lain beliau menyatakan kepada masyarakat bahawa untuk          mengisi perut-perut mereka mereka memerlukan kuasa untuk mencetuskan peperangan.
Mussolini telah memilih kapak sebagai simbol Fasisme dan          Parti Rasisme. Kerana kapak adalah simbol peperangan, keganasan, kematian,          dan pembunuhan.
Gelagat, keagresifan dan kecenderungan          Mussolini terhadap keganasan seperti Fasis-fasis yang lain juga, telah          diceritakan di dalam buku Denis Mack Smith. Di dalam buku beliau, Smith          mencatatkan bahawa salah satu pegangan Mussolini yang tidak berubah ialah          keagresifan dan kesungguhan beliau untuk menggunakan keganasan.
Seperti penyokong Darwin-Fasis lain, polisi gemar berperang          Mussolini, keagresifan dan penindasannya telah menyebabkan banyak manusia          dibunuh secara beramai-ramai, ditinggalkan tanpa kediaman dan keluarga,          dan negara ditinggalkan di dalam keadaan musnah. Keganasan dan penindasan          telah dilakukan, oleh anggota-anggota Blackshirt, tidak hanya di negaranya,          tetapi di negara lain juga. Di dalam tahun 1935 beliau telah menakluki          Ethiopia, dan pada 1941 telah menghapuskan 15,000 orang. Dia tidak teragak-agak          untuk membela dan menjustifikasikan penaklukannya ke atas Ethiopia dengan          pandangan-pandang rasialis Darwinisme. Menurut Mussolini rakyat Ethiopia          adalah mundur kerana mereka adalah bangsa berkulit hitam, dan dijajah          oleh satu bangsa yang maju seperti orang-orang Itali merupakan satu penghormatan          kepada mereka.
| Skuad pembunuh Mussolini, Blackshirt | 
Pada masa yang sama beliau meneruskan penindasan terhadap          orang-orang Islam yang telah bermula semenjak penaklukan Itali ke atas          Libya pada 3 Oktober 1911, dan telah meningkatkan serangan ke atas orang-orang          Islam. Penaklukan tersebut hanya berakhir dengan kematian Mussolini di          dalam satu perjanjian yang ditandatangani pada 10 Februari 1947. Dalam          jangka masa tersebut 1.5 juta orang Islam telah mati syahid dan beratus-ratus          ribu yang lain telah tercedera.
Mussolini, yang telah mencemar namanya di dalam lipatan          sejarah kerana keganasan dan penindasannya, telah menggambarkan Fasisme          yang disokongnya dan mengamalkannya, di dalam sebuah ucapan:
Fasisme bukan hanya kebebasan tetapi          kekejaman, bukan lagi pengawal bangsa tetapi penjaga kepentingan peribadi.
Seperti yang dapat kita lihat di dalam contoh Hitler dan          Mussolini, Fasisme, di mana yang kuat dan ganas adalah betul dan mulia          dan di mana satu-satunya jalan untuk berjaya dan membangun ialah dengan          kuasa kekejaman, agresif, ganas, dan peperangan, adalah pelaksanaan dakwaan-dakwaan          Darwin bahawa "Yang kuat hidup, yang lemah mati", dan telah menyebabkan          penderitaan berjuta-juta manusia. 
 Franco Yang Rasialis dan Tekanan Yang Dilakukannya          Ke atas Sepanyol
Sepanjang Perang Saudara Sepanyol sekitar 250 orang telah          dibunuh setiap hari di Madrid, 150 orang di Barcelona, dan 80 orang di          Seville. Sebahagian daripada hukum bunuh ini dijalankan dengan cara memasukkan          paku ke dalam kepala. Pembunuhan beramai-ramai yang tidak berperikemanusian          ini telah dilakukan di mana-mana sahaja. Di kawasan perkampung gunung          kecil di Utara Madrid, sebagai contoh, 31 orang kampung telah ditahan          kerana mereka tidak mengundi Franco, mereka semua telah dibawa keluar          daripada kampung mereka dengan menggunakan lori dan telah dibunuh di tepi          jalan. Para penyokong rasialis telah memasuki sebuah bandar yang mempunyai          penduduk seramai 11,000 orang berhampiran Seville dan telah membunuh lebih          daripada 300 orang. Natijah daripada peristiwa-peristiwa ganas ini, hampir          800,000 orang telah dibunuh di dalam perang saudara ini, lebih 200,000          orang telah dihukum bunuh dengan arahan daripada Franco. Berjuta-juta          orang telah tercedera dan menjadi cacat.
 Franco Memberikan Hitler Seluruh Penduduk          Kampung Untuk Menguji Senjatanya
Kejadian ini hanyalah salah satu hasil daripada falsafah          songsang ini yang menganggap manusia sebagai haiwan makmal. Falsafah ini,          yang membiarkan beratus-ratus manusia mati hanya untuk menguji kekuatan          senjata mereka dan telah mencacatkan, mencederakan, dan menyiksa beratus-ratus          yang lain, masih hidup hari ini di bawah berbagai kepalsuan. Perkara ini          akan berterusan selagi mana falsafah secara Darwin dan beberapa penindasan          yang melihat manusia sebagai satu spesis binatang dan melihat peperangan          sebagai satu cara untuk maju yang paling efektif, masih dikekalkan.
| Tidak ada belas kasihan walaupun kepada kanak-kanak di dalam Perang Saudara Sepanyol, yang berpunca daripada Franco. Mereka dibawa daripada rumah-rumah mereka tanpa sebab dan kemudiannya ditembak. Mereka yang tidak berdosa telah dibunuh, dicacatkan dan kehilangan keluargan dan orang-orang yang disayangi. Ini adalah kesan daripada kekejaman Fasis di dalam kehidupan seharian. | 
 Peranan Awal Darwinisme Di Dalam Perang          Dunia Pertama dan Kedua
Kita telah melihat bagaimana idea-idea Darwin ini memberikan pengaruh yang hebat kepada ideologi imperialisme pada akhir abad ke-19; tetapi adalah penting untuk menyedari bagaimana doktrin perjuangan untuk hidup dan 'yang kuatlah, yang terus hidup' telah diterima oleh majoriti pemimpin-pemimpin Eropah pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia Pertama. Contohnya, chief of staff Empayar Austro-Hungarian, Franz Baron Conrad von Hoetzendorff, telah menulis di dalam memoirnya selepas perang:
Agama dermawan, pendidikan moral dan ajaran-ajaran pemurah, boleh melemahkan perjuangan manusia untuk hidup di dalam bentuknya yang paling kejam, tetapi mereka tidak akan berjaya untuk membuangnya sebagai satu motif dorongan dunia… Ia selaras dengan prinsip bahawa tragedi perang dunia ini berlaku disebabkan oleh motif dorongan di dalam kehidupan kerajaan dan rakyat, seperti petir yang perlu mangdiscas dirinya sendiri.
Untuk menentang latar belakang ideologi seperti ini, desakan Corad kepada satu peperangan pencegahan untuk melindungi Empayar Austro-Hugarian telah menjadi komprehensif.
Halaman Kiri: Situasi di London yang telah dibom oleh kapal terbang Jerman ketika Perang Dunia Kedua.Kita telah menyaksikan bagaimana pandangan-pandangan ini tidak terhad kepada bentuk ketenteraan sahaja, dan Max Weber sebagai contoh amat bimbangkan persaingan antarabangsa untuk terus hidup. Sekali lagi, Kurt Riezler, pembantu peribadi dan sahabat kepada canselor Jerman Theobald von Bethmann- Hollweg, telah menulis pada 1914: "Permusuhan yang kekal telah diwarisi di dalam hubungan di antara manusia; dan permusuhan yang kita saksikan sekarang ini di mana-mana sahaja… bukan disebabkan oleh kesilapan semula jadi manusia tetapi adalah disebabkan oleh intipati dunia dan sumbernya sendiri".
Friedrich von Bernhardi, seorang          jeneral Perang Dunia Pertama dan seorang pakar sosial secara Darwin Jerman,          adalah salah seorang daripada pemimpin-pemimpin ini. "Peperangan" menurut          Bernhardi "adalah satu keperluan biologi"; ia "adalah perlu sepertimana          perlunya persaingan elemen-elemen alam semulajadi" ia "memberikan satu          pilihan secara biologi, memandangkan pilihan-pilihannya bergantung kepada          perkara-perkara yang paling semulajadi".
| Peperangan pada abad ke-20 telah meyebabkan kemusnahan hebat kepada manusia. | 
Seperti yang dapat kita lihat, Perang Dunia Pertama terjadi          disebabkan oleh pemikir-pemikir Eropah, jeneral-jeneral, dan pemimpin-pemimpin          yang melihat peperangan, pertumpahan darah, penyiksaan, dan penderitaan          sebagai satu bentuk "pembangunan" dan satu undang-undang semula jadi yang          tetap. Inspirasi ideologi yang membawa seluruh generasi ini kepada keruntuhan          dengan idea-idea yang sama sekali salah tidak lain ialah konsep Darwin          tentang "perjuangan untuk hidup" dan "bangsa pilihan". Dua tahun selepas          Bernardi berkata demikian, Perang Dunia Kedua, yang membawa pembangunan          ideologi (!) bermula, menyebabkan kematian 8 juta orang, memusnahkan beratus-ratus          bandar, dan berjuta-juta tercedera, cacat, tiada tempat tinggal dan menganggur.          Punca perang Nazi, yang telah bermula 21 tahun kemudian dan telah menyebabkan          kematian kira-kira 50 juta orang, juga berlandaskan kepada Darwinisme.
Hitler sering mengaitkan polisi-polisi perang dan pemusnahan          bangsa beliau kepada Darwinisme. Beliau melihat peperangan bukan sekadar          unutk menghapuskan bangsa-bangsa yang lemah, tetapi juga sebagai suatu          kuasa untuk membuang anggota-anggota yang lemah di dalam bangsa utama.          Nazi Jerman menerima peperangan sebahagiannya kerana sebab ini, kerana          di dalam pemikiran songsang mereka peperangan adalah satu langkah penting          untuk peningkatan satu bangsa.
Seorang evolusionis A. E. Wiggam menerangkan tentang "kepercayaan          bahawa peperangan membangunkan manusia", di mana Hitler mengasaskan polisi          beliau, di dalam sebuah buku yang diterbitkan pada 1922:
… pada satu masa manusia lebih berotak daripada saudara mereka, beruk. Tetapi, dengan menendang, memukul, berkelahi… menewaskan musuh-musuhnya dan kenyataan bahawa sesiapa yang tidak mempunyai kebijaksanaan dan kekuatan yang memadai untuk melakukannya akan dihapuskan, otak manusia telah menjadi kejam dan ia menurun dari segi kebijaksanaan dan ketangkasan, walaupun tidak pada saiznya…
Hitler mendapat sokongan daripada para penyokong evolusi          seperti Wiggam dan melihat peperangan sebagai satu kemestian kepada sesiapa          yang ingin selamat. Dia mengeluarkan kenyataan seperti ini secara terbuka          di dalam Mein Kampf:
Seluruh alam semulajadi adalah satu pertembungan di antara kekuatan dan kelemahan - satu kemenangan abadi yang kuat ke atas yang lemah. Jika perkara ini tidak berlaku makan akan berlaku kerosakan kepada alam semulajadi. Sesiapa yang tidak mahu berjuang di dalam dunia di mana perjuangan adalah undang-undang kehidupan, tidak layak hidup. Untuk berfikir sebaliknya adalah sesuatu yang "menganggu" alam semulajadi. Kedukaan, kesengsaraan dan penyakit adalah natijahnya.
Dengan dakwaan Darwin bahawa yang kuat akan kekal selepas          pertempuran untuk terus hidup ini dan bahawa spesis-spesis yang membangun          dengan cara ini akan diadaptasikan kepada masyarakat manusia, peperangan          telah dilihat sebagai sutu keperluan untuk pembangunan manusia. Sebagai          contoh, Hitler menganggap kehebatan Jerman ialah penghapusan anggota-anggota          yang lemah melalui peperangan sepanjang kurun. Walau pun Jerman memang          telah biasa dengan peperangan tetapi justifikasi "saintifik" baru ini          merupakan satu kuasa untuk mempertahankan polisi-polisi ganas mereka.
Lebih daripada itu, Hitler mendakwa,          "tamadun manusia seperti yang kita kenali hari ini          tidak akan wujud jika tidak kerana peperangan yang berterusan ini".
Haeckel meramalkan, di dalam subjek          peperangan, bahawa uslub ganas Spartans, salah sebuah bandar yang membentuk          Greece Purba, perlu diamalkan. Beliau menulis bahawa "dengan membunuh          semuanya kecuali 'kanak-kanak yang paling sihat dan kuat' Spartans terus          berada di dalam keadaan yang kuat dan gagah".
Peperangan telah digambarkan sebagai          "satu aturan penting" kepada populasi seluruh Eropah, dan tidak hanya          di Jerman. Menurut Friedrich Von Berhardi seorang pakar sosial secara          Darwin Jerman "jika tidak kerana peperangan, kita mungkin akan mendapati          bahawa bangsa-bangsa yang mundur dan tidak maju akan mengatasi mereka          yang sihat dan muda dengan kekayaan dan bilangan mereka. Kepentingan peperangan          bergantung di sini, ia menyebabkan satu proses pemilihan, dan peperangan-peperangan          ini telah menjadi satu keperluan biologi".
| Diktator-diktator secara Darwin dan dan despot-despot, yang percaya bahawa peperangan akan mambawa peningkatan kepada manusia, telah menukar abad ke-20 ini kepada sebuah tasik darah. Mereka melakukan penindasan di setiap pelusuk dunia. | 
Seperti yang telah kita saksikan setakat ini, Hitler dan          ahli-ahli teori Nazi yang menyokongnya melihat peperangan sebagai satu          keperluan dengan inspirasi yang mereka bina daripada Darwinisme. Dan dengan          menlaksanakan keperluan ini mereka telah mengundang kesengsaraan kepada          rakyat mereka sendiri, dan orang lain di seluruh dunia. Pada peringkat          ini adalah wajar untuk meletakkan Darwin sebagai orang yang bertanggungjawab          di atas penderitaan yang dialami di dalam Perang Dunia Kedua:
Buktinya amat jelas bahawa idea-idea Darwinian telah memberikan kesan yang hebat kepada pemikiran dan amalan Jerman… Sebenarnya, idea-idea Darwinian mempunyai pengaruh yang besar berlakunya Perang Dunia Kedua, kehilangan 40 juta nyawa, dan pembaziran kira-kira 6 trilion dolar. Dengan meyakini bahawa evolusi adalah betul, Hitler menganggap dirinya sebagai seorang penyelamat kepada manusia sejagat… Dengan membela satu bangsa superior, dunia akan melihatnya sebagai orang yang telah mengangkat tahap evolusi manusia.
Memang terdapat banyak peperangan yang terjadi di dunia          ini sebelum Darwin mengemukakan teorinya. Tetapi kesan daripada teori          beliau, peperangan pertama kalinya telah diberikan justifikasi salah oleh          sains. Max Nordau telah memberikan tumpuan terhadap peranan negatif Darwin          pada subjek peperangan di dalam sebuah artikel bertajuk The Philosophy          and Morals of Wars, yang telah menggegarkan Amerika:
Autoriti utama kepada semua penganjur peperangan ini ialah Darwin. Memandangkan teori evolusi telah disebarluaskan, mereka dapat melindungi sifat kekejaman mereka dengan nama Darwin dan mendakwa naluri untuk membunuh yang ada di dalam hati mereka sebagai perkataan terakhir sains.
PERANG KOREA:
Perang Korea, yang telah meletus di antara 1950 dan 1953, telah membawa kerosakan teruk kepada mereka yang tidak berdosa, golongan tua dan kanak-kanak. Manusia menjadi begitu kejam sehingga sanggup menggugurkan bom-bom kepada manusia yang tidak bersalah tanpa ada rasa belas kasihan.JAKARTA: 
Ketika rusuhan May di Jakarta, rumah mayat di Bandar tersebut telah padat dengan mayat. Di dalam pertempuran yang berlaku Bandar-bandar telah dimusnahkan dan kereta-kereta telah dibakar.
Bukanlah satu kebetulan abad ke-20 menyaksikan peperangan paling kejam di dunia, yang dating selepas abad ke-19, yang telah dibentuk oleh idea ahli teori materialis seperti Darwin, Marx, dan Freud. Darwinisme telah menyediakan landasan saintifik dan teori yang mungkin berakhir di dalam peperangan, dan pemerintah-pemerintah zalim yang melihat peperangan sebagai satu kemestian untuk peningkatan manusia telah membunuh sejumlah 60 juta orang di dalam kedua-dua perang dunia.
|  | |
| Peperangan                Di Seluruh Negara                 PERANG VIETNAM: Perang Vietnam, di mana sejuta orang telah terbunuh atau dicederakan di kedua-dua pihak, telah meninggalkan ramai mangsa kesengsaraan yang masih hidup. Tambahan pula mereka berperang beribu-ribu batu daripada rumah mereka. | 
| BOSNIA                DAN KOSOVO: Pengalaman di Bosnia dan Kosovo tidak harus dilupakan. Ketiadaan simpati kepada mereka yang tidak berdosa yang dibunuh adalah disebabkan mereka Muslim atau daripada kebudayaan atau bangsa berbeza. Kegagalan untuk memberikan bantuan atau simpati, dan tekanan terhadap mereka yang tidak berdosa di Eropah Tengah selama beberapa tahun telah mendedahkan keruntuhan moral dan belas kasihan pada abad ke-21 ini. | 
| UTARA IRELAND: Masyarakat yang pincang hidup di dalam ketakutan dan kemiskinan, dan jalan-jalan telah musnah di dalam serangan-serangan yang berlaku di antara Great Britain dan pejuang-pejuang dari organisasi IRA. |  | LIBERIA: Sering berlaku keganasan di dalam sengketa dalaman. | 
Neo-Nazis
| Fasisme masih hidup hari ini. Serangan dan pencabulan keamanan oleh kumpulan-kumpulan Neo-Nazi terutamanya di Jerman, sering terjadi. Neo-Nazis yang memuja Darwin di dalam laman-laman web mereka, adalah musuh kepada bangsa Turki. | 
Walaupun pemimpin-pemimpin Fasis seperti Hitler dan Mussolini,          dan organisasi-organisasi Nazi yang berkaitan dengan mereka (SA, SS, Gestapo)          atau "Blackshirts" Mussolini yang terdapat hari ini, kelihatan seperti          sesuatu yang silam, tetapi organisasi-organisasi Neo-Nazi yang mengikut          idea-idea mereka masih aktif. Di dalam beberapa tahu kebelakangan ini,          pergerakan rasis dan Fasis telah telah bangkit kembali di kebanyakan negara-negara          Eropah. Pada awal pergerakan-pergerakan ini muncul Neo-Nazis di Jerman.
Neo-Nazis dianggotai oleh samseng-samseng, penagih dadah,          dan mereka yang dahagakan darah, dan memiliki semua ciri-ciri mentaliti          Fasis. Sebuah artikel berita tentang Neo-Nazis menunjukkan betapa dahaganya          mereka kepada darah dan keganasan:
Fasisme masih hidup hari ini. Serangan dan kekacauan oleh          kumpulan-kumpulan Neo-Nazis, yang menyangjung Darwin di dalam halaman-halaman          web, adalah musuh kepada orang-orang Turki.
Neo-Nazis telah dipengaruhi oleh fahaman Darwinis sepertimana          ketua-ketua mereka "yang hebat", Hitler dan pemimpin-pemimpin Nazi yang          lain. Di dalam halaman-halaman internet yang mereka sediakan untuk propaganda          Nazi yang rasialis, dengan mudah kita akan dapat menemui kata-kata Darwin          dan pujian untuknya, kerana Darwin memberikan sokongan kepada semua pergerakan          dan idea-idea Neo-Nazis. Tambahan pula, mereka telah mengangkat teori          Darwin ini sebagai satu teori yang mesti diterima, tanpa perlunya sebarang          bukti.
Serangan dan pembunuhan yang dilakukan oleh Neo-Nazis adalah          sangat kejam. Neo-Nazis merasa bangga membakar manusia hingga mati, menakut-nakutkan          mereka, dan mendera kanak-kanak kecil, dan bangsa Turki adalah salah satu          sasaran utama mereka. Neo-Nazis telah melahirkan kemarahan dan dendam          mereka kepada bangsa Turki di dalam setiap sudut halaman internet mereka,          dan menzahirkan kemarahan ini dengan tindakan. Kenyataan tentang bangsa          Turki telah muncul di dalam salah satu halaman Neo-Nazis:
Sebagai contoh, sekiranya ia berkuasa hari ini, saya ingin melihat sebahagian bangsa Turki di dalam bilik gas.75
Sekali lagi individu yang menjadi asas dendam Neo-Nazis          terhadap bangsa Turki ialah Charles Darwin. Neo-Nazis beranggapan mereka          telah mendapat penjelasan saintifik terhadap kebencian mereka terhadap          bangsa Turki dengan mengambil dakwaan-dakwaan Darwin yang salah dan bodoh          berkaitan dengan mereka. Di halaman akhir bab ini kamu akan dapat menyaksikan          lebih banyak laman-laman internet Neo-Nazi yang memuja Darwin dan memperlihatkan          apa yang hendak mereka perkatakan tentang bangsa Turki.
Keganasan Neo-Nazi terhadap banga Turki dan orang lain semakin          meningkat. Sebuah akhbar harian Turki Sabah bertarikh 12 Ogos          2000 telah memberikan satu senarai serangan-serangan Neo-Nazi ketika musim          panas tahun 2000:
Neo-Nazis melakukan serangan yang ditujukan kepada orang-orang Turki di Bandar Möln pada1992.- Dua bom api telah dilontarkan ke sebuah masjid Turki di bandar kecil Eppingen di negeri Baden-Württemberg.- Sebutir bom api telah dilontarkan ke Masjid Hijau di bahagian Utersen, Pinneberg.- Sebuah bangunan yang didiami oleh orang-orang Turki telah dibakar.- Di Bochold, sebuah kafe Turki dan sebuah bangunan didiami orang-orang Lubnan telah dibakar. Empat belas orang telah tercedera, seorang berada di dalam keadaan serius.- Di Utara Jerman, di bandar Chemnitz, seorang bayi kepada sebuah keluarga Iraq telah dicampakkan ke tanah. Muka bayi berkenaan telah tercedera apabila ia terkena konkrit.76
Telah berlaku banyak kemalangan-kemalangan ganas kebelakangan ini. Dengan mengambil dendam Darwin terhadap bangsa Turki sebagai panduan, Neo-Nazi telah mengatur serangan terhadap bangsa Turki di Möln pada November 1992. Seterusnya, dalam tahun 1993, lima orang berbangsa Turki telah dibakar oleh Neo-Nazi di Solingen.77 Media telah menyifatkan kejadian ini sebagai "Serangan rasialis paling ganas di dalam sejarah Jerman semenjak era Nazi". Serangan-serangan seperti ini dapat disaksikan pada tahun-tahun berikutnya. Rumah-rumah orang Turki telah dibakar, mereka juga telah dibelasah dan dicederakan. Sepertimana serangan Jerman ke atas Holland. Di dalam satu serangan yang ditujukan kepada bangsa Turki, seorang wanita dan lima orang anaknya telah dibunuh. Mereka yang mengambil bahagian di dalam upacara perkabungan dijalankan telah menerima surat-surat ugutan yang mempunyai lambang swastika (lambang Neo-Nazi).
Kejadian-kejadian ini hanyalah sebahagian daripada serangan-serangan          rasialis terhadap bangsa Turki. Serangan-serangan dan pembunuhan yang          dilakukan oleh kumpulan-kumpulan Fasis ini, pewaris-pewaris Darwin dan          Fasis seperti Hitler, masih berterusan. Undang-undang rasmi masih tidak          memadai untuk menyekat serangan kumpulan-kumpulan ini yang tidak berperikemanusian.          Cara yang pasti dapat menghentikan mereka ialah dengan mencetuskan peperangan          ideologi yang serius seiring dengan undang-undang rasmi. Kezaliman yang          dilakukan oleh mereka yang menganggap rasisme sebagai satu undang-undang          semula jadi tidak akan berakhir selagi idea-idea Darwinis tidak ditewaskan          oleh sains.
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar