Sabtu, 07 Mei 2011

Debat & Muzakarah : Mengenai Kalimah Syahadah


Soalan:

 
Apakah yg dinafikan dgn kalimah la ilaha dan apakah diisbatkan dgn kalimah illallah? Ini kerana kita sudah yakin bahwa Allah Taala itu Esa, melalui dalil dan bukti bahwa sekalian alam ini tidak ada. Firman Allah Taala:


Ertinya:"Katakanlah wahai Muhammad,Allah itu esa."(Surah Al-Ikhlas:ayat 1)

Firman Allah Taala lagi:
Ertinya:"Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa."(Surah Al;Baqarah:ayat 163)

 
Jadi sekarang apa yang dinafikan dgn kalimah itu?

Jawapan:


Nafi itu ada tiga martabat, iaitu:


a) Martabat nafi orang mubtadi (orang syariat).
b) Martabat nafi orang mutawasid (orang tarikat).
c) Martabat nafi orang muntaha (orang hakikat).








Soalan:
 

Apakah perbezaan antara ketiga-tiga martabat itu?

Jawapan:


a) Nafi bagi org yg bermartabat mubtadi ialah menafikan ada sifat Tuhan yg lain selain Allah Taala. Maka nafi ini ternyata batal kerana menafikan sesuatu yg tiada ada, yg mustahil wujudnya. Sesuatu yg tiada memerlukan nafi kerana sudah sedia nafi. Jadi kesimpulannya, tidak ada faedah nafi.


Sesetengah ada mengatakan bahwa yg dinafikan itu ialah Tuhan yg difardukan yakni ditakdirkan, Nafi begini terbatal sama sekali, walaupun ia menggunakan akalnya seberat zarah sekalipun lantaran memahami bahwa takdir itu ada berdiri di tempat yg maujud. Padahal bagi maujud itu tidak memerlukan nafi. Sekiranya ada pada Tuhan itu takdir, nescaya tidak memerlukan nafi kerana nafi itu sudah sedia ada.

Jadi, kesimpulannya, tiada faedahnya nafi dan tiada faedahnya mengatakan (melafazkan) kalimah musyrifah itu kerana apa yg dimaksudkan ialah isinya, bukan kulitnya. Malahan apa yg difahamkan ialah nafi bercerai dgn isbat.

Dalam perjanjian, kalimah tersebut memang mengandung nafi dan isbat. Maka ketika itu, tidak dapat tidak nafi itu memerlukan (mengandungi) isbat, dan isbat itu memerlukan nafi yg tidak bercerai dan bersekutu. Sabda Nabi (saw):


Ertinya:"Tidak bercerai antara nafi dan isbat dan sesiapa yg menceraikan antara kedua-duanya, maka orang itu kafir."

b) Nafi bagi org yg bermartabat mutawasid ialah menafikan perasaan syak dan waham (ragu-ragu) terhadap sifat keTuhanan yg ada berdiri kepada makhluk sebagaimana sangkaan org awam yg bahawa ada pada makhluk kuasa memerintah umpama raja-raja dan mereka menyangka bahwa makhluk itu boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan. Malahan ada yg memuji org membuat kebaikan kepadanya dan berasa benci terhadap yg melakukan kejahatan kpd dirinya.

Prasangka buruk inilah yg dinafikan kerana perbuatan dan kelakuan makhluk itu, tidak boleh sama sekali mendatangkan kebaikan dan kejahatan.Yang boleh melakukannya hanya perbuatan dan kelakuan Allah Taala yg ada pada hamba. Sifat keTuhanan itulah yg wajib diisbatkan kpd Allah Taala agar hilang perasaan syak wasangka.

Inilah pengertian nafi yg mengandungi isbat, dan isbat pula memerlukan nafi yg tidak bercerai dan bersekutu pd kalimah La ilaha illallah.Itulah nafi yg dipegang oleh org mutawasid.

C) Nafi bagi org yg bermartabat muntaha ialah menafikan kewujudan dirinya seperti ia mengatakan:

Ertinya:"Pada hakikatnya tidak ada yg maujud, tidak ada yg hidup, tidak ada yg tahu, tidak ada yg berkuasa, tidak ada yg berkehendak, tidak ada yg mendengar, tidak ada yg melihat, tidak ada yg berkata-kata di dalam alam ini melainkan Allah Taala".

Hanya sifat sahaja yg zahir (nampak) pd makhluk (hamba) sebagai tempat kezahiran sifat Tuhan yg ada pada hamba. Kewujudan kita ini umpama bayang-bayang yg menunjukan wujud Allah Taala.Tidak masuk akal jika ada bayang-bayang dengan sendirinya (boleh berdiri dgn sendiri) tanpa wujud empunya bayang-bayang. Tidak masuk akal kalau bayang-bayang boleh bergerak sendiri tanpa bergerak empunya bayang-bayang. Contoh-contoh tersebut sebenarnya untuk mendapatkan fahaman yg lebih jelas, Maha Suci Allah Taala daripada segala misal dan tasybih (penyerupaan) sebgaimana yg diibaratkan kpd bayang-bayang yg zahir dari tempatnya yg betul.

Sepertimana firman Allah Taala yg bermaksud: "Aku menjadikan (menzahirkan) sesuatu kerana hendak mengenalkan anda kepada-Ku yg ada pada tiap-tiap sesuatu yg Aku jadikan,"

Oleh itu fana'kan wujudmu wahai insan dalam kewujudan Allah. Fana'kan (binasakan) semua sifatmu dlm sifat Allah Taala, yg hidup dalam dirimu, yg tahu apa anda tahu, yg berkuasa dlm tulangmu, yg berkehendak menurut nafsumu, yg mendengar ditelingamu, yg melihat dimatamu dan yg berkata-kata dgn lidahmu. Ketika itu juga anda terlepas daripada syirik.

Kita terhijab (terhalang) memandang Allah Taala kerana sangkaan dan keraguan kita yg menyangka bahawa ikhtiar dan perbuatan yg kita lakukan itu, kita yg punya. Syak wasangka sebeginilah yg perlu kita nafikan iaitu kalimah laailaha. Hal ini demikian kerana kita langsung tidak mempunyai apa-apa perbuatan dan tidak memiliki apa-apa ikhtiar, hanya Allah Taalalah yg melakukannya ke atas hamba. Oleh sebab itulah Nabi (saw) bersabda:

Ertinya:"Matilah kamu sebelum kamu mati iaitu matikan ikhtiar".



 


Soalan:
 
Apakah perbezaan antara org mutawasid dgn org muntaha?


Jawapan:

 
a) Bagi org mutawasid, syirik tetap ada tetapi syirik halus iaitu lebih halus daripada syirik org mubtadi kerana ada wujud dirinya.

b) Bagi org muntaha pula, terlepas daripada syirik halus kerana ia hanya memandang daripada Allah Taala kpd Allah Taala tanpa memandang dirinya yg beramal. Apabila ia beramal ia hanya nampak dalam hatinya bahawa amalannya itu-Daripada Allah, dengan Allah dan bagi Allah."


Tidak ada komentar:

Posting Komentar