ISLAM BERSAUDARA
APA YG DIMAKSUDKAN BERSAUDARA?
Bersaudara dalam islam adalah bersaudara dalam persamaan keimanan, kepada seluruh rukun iman dan rukun islam. Kita semua beriman dengan sesungguhnya bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.
Itu bagi umat Muhammad, bagaimana pula dengan umat islam yg beriman pada nabi nabi sebelumnya dari nabi adam sehingga nabi Ismail? Tidakkah kita juga bersaudara dengan mereka? Jawabnya tentulah bersaudara juga kerana kita juga beiman pada nabi nabi sebelum nabi Muhammad.
Adakah kita tidak bersaudara dengan yg bukan umat islam? Dari segi beragama memang kita tidak bersaudara, tapi dari segi pertalian darah, kita masih bersaudara kerana kita dari keturunan yg sama iaitu Adam dan Hawa, malah ada diantara kita ibu dan anak juga berlainan agama, tapi pertalian darah tetap sama... tak caya sila semak DNA! Warna darah dsb... adakah diantara kita manusia ni darahnya tidak berwarna merah? Hijau ke? Biru ke?Tak de kan! Bila darah tu colour pun dah sama, unsur pun sama, kita tu sama le... so kene le berbaik sesama manusia, bukan yg sama agama je!
MENGAPA PULA DIANTARA KITA ADA YG MENUDUH SESAT SESAMA KITA ?
Sebagai umat islam, tidak sepatutnya kita berpecah belah dan mengkafirkan sesama islam yg lain sedangkan mereka juga islam. Walau kita berlainan mazhab, berlainan fahaman dan kaedah beramal (mengikut mazhab dan aliran), kita semua masih islam dan bersaudara selagi kita berpegang teguh pada kalimah shahadah.
Mengapa memecahbelahkan perpaduan sesama umat hanya atas perkara ranting yg remeh temeh? Atas bisikan siapa? Pastinya atas bisikan syaitan yg bisa membisikkan kejahatan dihati kita...
Mengapa sewenang wenang ada diantara kita menuduh aliran dan mazhab yg tak sealiran dengan kita sebagai sesat? Ada yg menuduh fahaman wahabi sesat, ada yg menuduh fahaman syiah sesat, ada yg menuduh aliran tarikat sesat, ada yg menuduh yg tak sama pati dengannya sebagai sesat, ada yg menuduh aliran beragama yg lain seperti tabligh, kumpulan kumpulan zikir dll sebagai sesat dan banyak lagi tuduhan tuduhan menjurus menuduh aliran yg tak selari dengan kita sebagai sesat, mengapa? Siapa kita? Iman dan taqwa bolehkah dilihat dengan matakasar? So yg tau siapa yg sebenarnya sesat dan munafik hanya Allah.. dialah pengadil yg seadil adilnya...
Oleh yg demikian, sebagai umat islam, kita harus bersatu dalam memperjuangkan agama yg suci murni ini, kita harus sama berganding bahu dan ingat mengingati sesama kita kemana arah tujuan kita yg sebenarnya.. lupakan sengketa dan perbalahan yg merugikan kerana seleuruh umat islam adalah bersaudara. Jangan sesekali mengkafirkan dan menuduh sesama umat islam sebagai sesat kerana yg menuduh akan mendapat balik apa yg dituduh! Kalau kita menuduh sesaorang sebagai sesat, maka kitalah yg sesat sebenarnya!
Bagi pihak berkuasa agama pula, amat bagus memantau seluruh perjalanan beragama umaat islam, sentiasa memantau dan terus memperbetulkan jika terdapat kesilapan, perbaiki kelemahan mereka dengan nasihat yg baik dan bertimbangrasa.. jika terdapat sesuatu kumpulan yg disyaki menyimpang dari landasan agama, cepat cepat memperbetulkan mereka dengan berhemah dan memberi tunjukajar yg berkesan, bukan terus buat tangkapan kerana nakkan popular kerana masuk akhbar atau media elektronik, kerana itu akan lebih menjurus kepada perpecahan sesama umat. Yg paling penting jangan hanya mendengar tohmahan dan tuduhan dari pihak ketiga atas kesesatan sesuatu perkumpulan, siasat sendiri dengan bersemuka dan meninjau sendiri apakah tohmahan tersebut hanya berupa fitnah atau yang sebenar benarnya kesesatan.
Banyak sangat kejadian kesesatan dalam beragama (dari segi syariatnya) hanya digempur setelah ia menjadi besar dan berakar umbi..... kalau nak memadam api, padamlah sejak ia kecil, jangan tunggu rumah dah hangus baru sibuk nak memadamnya, dah terlambat..... yg penting pastikan umat islam seluruhnya selamat dari segala anasir jahat terutama hasil bisikan syaitan....
Ada kumpulan kumpulan yg ingin mendekati dan menghampiri Allah dengan kaedah yg lain dari yg kita biasa buat seperti berkhalwat( bersuluk) dll yg melupakan dunia buat sementara demi mencari Allah, adakah golongan seperti ini sesat????? Inilah yg perlu dikaji dan dikaji dengan keimanan dan ketulusan....

ADAKAH JIN ISLAM JUGA SAUDARA KITA?
Jin jin asal kejadiannya dari lidah api, sedangkan kita manusia dari tanah , tentulah amat berbeza asal kejadian kita ini, Walaupun jin dan manusia dijadikan oleh Allah semata mata untuk beribadah kepada Allah, kejadian kita amat berbeda, kita mempunyai jasad kasar, manakala mereka berjasad halus, roh kita juga tak sama dengan roh mereka walaupun puncanya sama dari Nur Allah. Alam kita juga tak sama dengan alam mereka,
Jin jin yg islam, walau betapa warak dan tinggi keimanan mereka, mereka tetap dari golongan jin yg asal kejadiannya tak sama dengan kita. Oleh itu Jin walaupun mereka tu islam, mereka bukan saudara kita... Ada hadis lebih kurang begini” setiap orang islam itu bersaudara” , dari hadis tersebut adakah termasuk dari golongan jin islam? Adakah ‘orang bunian’ itu boleh dimasukkan sebagai orang walau mereka mempunyai perwatakan yg hampir sama dengan manusia??? Jawabnya tentulah tidak, sebab ‘Orang” yg dimaksudkan pada hadis tersebut hanya pada manusia... so jin islam bukan saudara manusia yg islam....
Janganlah beranggapan selepas ini jin islam itu bersaudara dengan kita, kelak dikalangan mereka mendekat pada kita yg mengganggapnya saudara, takut seterusnya menjadi dampingan...yg akan menjurus kepada kejahatan juga, walaupun asalnya bertopengkan kebaikan....

MENGAPA ISLAM DIGELAR PENGGANAS
Adakah benar islam menggalakkan keganasan? Siapa yg ganas sebenarnya? Sekiranya sesaorang islam yg ditindas mengganas akibat ditindas, adakah itu juga keganasan?
Seseekor binatang buas akan menjadi ganas ketika ia mencari makanan, tetapi ada juga binatang yg tak buas seperti lembu atau kambing menjadi ganas akibat diusik atau terasa diancam... bagaimana pula dengan manusia? Adakah memang ada jenis manusia yg memang buas dan sentiasa ganas? Ataukah semua manusia ini hanya menjadi buas dan ganas akibat faktor ancaman dan tekanan???? Fikir fikirkan....... (ada manusia memang buas... nafsunya!!!) hehehe
Sebagai orang islam yg telah diajar dengan kesucian agama islam, tindakan keganasan sesama manusia dan makhluk yg lain(kecuali jin) tanpa sebab adalah dilarang malah ada balasannya di akhirat nanti... jangan merosakkan keharmonian dan kesejahteraan sesama manusia tak kira apa agama mereka, kkita semua manusia masih juga bersaudara kerana asal keturunan yg sama...adam dan hawa... so mengapa harus ada keganasan, penindasan (bagi yg mampu menindas seperti pihak yg ada kuasa tak kira apa kuasanya).... contohnya kalau kita meletupkan diri hanya semata mata nak membalas dendam pada musuh seperti yg kerap berlaku diiraq dan afganistan sedangkan yg mati ialah orang orang islam itu sendiri yg tak terlibatpun... apa hukumnya???? Adakah itu juga dinamakan jihad??? Jawabnya tentulah tidak, malah dia boleh digelar pembunuh!

Tidak ada komentar:
Posting Komentar