ILMU ITU MUTLAK MILIK TUHAN YANG HAKIKI JUA SEPENUHNYA DIMANA MANUSIA DIBERIKAN ILMUNYA SEPERTI SETITIS AIR DARI SEBUAH LAUTAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA (PERUMPAMAAN). MAKA SEHARUSNYA MANUSIA ITU TIDAKLAH RIAK, TAKBUR, SUM’AAH TERHADAP ILMU YANG DIDAPATINYA SERTA SEDAR AKAN KEADAAN DIRI JIKA MEMBANDINGKANNYA DENGAN TUHAN YANG MAHA BESAR.
MELALUI KEILMUAN SAINS METAFIZIK ATAU DIKENALI DENGAN BIDANG KEROHANIAN BAGI PARA SUFI DARI SETIAP AGAMA TELAH BERSETUJU MENYATAKAN BAHAWA ILMU ITU TERBAHAGI PADA 3 TAHAP:
1. ILMU AQLI (LOGIK AKAL)
2. ILMU AHWAL (PENGALAMAN/DZUK)
3. ILMU SIRR (RAHSIA KETUHANAN)
BIDANG KEROHANIAN ISLAM SEPERTI CABANG PELAJARAN TASAWWUF TINGGI & TAUHID MAKRIFATULLAH JUGA MEMPUNYAI PERSAMAAN BAGI TAHAP ILMU & KANDUNGAN PENJELASAN SETIAPNYA WALAUPUN DENGAN NAMA YANG BERLAINAN IAITU:
1. ILMU QALAM
2. ILMU GHAIB
3. ILMU SYAHADAH
PERSAMAAN TAHAP JELAS DAPAT DIKATAKAN DISINI:
1. ILMU AQLI & ILMU QALAM
- MERUPAKAN ILMU YANG BOLEH DITERIMA OLEH UMUMNYA MELALUI BUKTI NYATA YANG DAPAT DIRUNGKAI DENGAN MUDAH & JELAS.
- DENGAN ILMU QALAM, MAKA MANUSIA DAPAT MENGUASAI TEKNOLOGI SAINS HINGGA MAMPU KE BULAN KINI.
- ILMU AKAL MEMBUATKAN MANUSIA DAPAT MENGGALI KEBESARAN ILMU TUHAN MELALUI QALAM SEBAGAI SUMBER RUJUKAN & PANDUAN YANG TERBAIK.
- KEBESARAN ILMU QALAM YANG DICAPAI ILMU AKAL MEMBUATKAN MANUSIA ITU MENSYUKURI NIKMAT YANG DIBERI OLEH TUHAN YANG MAHA PEMURAH.
2. ILMU AHWAL & ILMU GHAIB
- MERUPAKAN ILMU YANG DIPEROLEHI MELALUI PENGALAMAN ATAU DZUK. ADALAH AMAT SUKAR UNTUK DIRUNGKAIKAN OLEH SESEORANG YANG MEMILIKI ILMU TAHAP KEDUA INI KERANA IA DILUAR KEMAMPUAN LOGIK AKAL, TIADA BUKTI NYATA KERANA BERSIFAT GHAIB DARI MATA ZAHIR & HANYA DIRI SENDIRI MAMPU MENGERTI SEPENUHNYA AKAN PERIHAL ILMU YANG DIALAMI. MEREKA YANG BERADA DITAHAP SAMA SAHAJA MAMPU MEMAHAMI & MENERIMA ILMU AHWAL/ILMU GHAIB INI.
- ILMU AHWAL YANG DIDAPATI BIASANYA APABILA SESEORANG ITU MENGALAMI SUATU PERKARA & DAPAT MEMAHAMI SITUASI ITU MELALUI KESEDARAN PERKARA YANG DIALAMI TADI SEBAGAI SUATU JAWAPAN. BEGITU JUGA DENGAN DZUK, IAITU APABILA SESEORANG ITU TERLALU TAKSUB PADA SESUATU HINGGA MENDAPAT SESUATU ILMIAH YANG TIDAK PERNAH DIKETAHUI SEBELUM INI MELALUI PERASAAN.
- ILMU GHAIB MERUPAKAN PERKARA BATHIN YANG TIDAK DAPAT DINYATAKAN MELALUI ZAHIR DIRI. IA MERUPAKAN PENGETAHUAN DI LUAR ALAM INSAN YANG BERSIFAT KEJASADAN/ZAHIR. MAKA HANYA PERASAAN, KESEDARAN SEPERTI MENDAPAT ILHAM ATAU MEMPEROLEHI KASYAF YANG MAMPU MENELAAH ILMU TAHAP ILMU INI.
- PERLU DIKETAHUI DIRI MANUSIA INI 50% JASAD ZAHIR & 50% RUH BATHIN. MAKA PENGGUNAAN TENAGA RUH ADALAH INTIPATI MEMPEROLEH ILMU INI UNTUK MENGETAHUI PERIHAL GHAIB SELUAS 7PETALA LANGIT & 7PETALA BUMI.
- MAMPU MENEROKA ALAM GHAIB, DAPAT MENGETAHUI PERKARA YANG BATHIN. TEKNOLOGI CANGGIH ILMU TAHAP INI HANYA MAMPU DIGUNAKAN OLEH MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM IAITU DENGAN MENGAKUI & MENYAKINI SYAHADAH. KERANA HANYA MANUSIA BERAGAMA ISLAM YANG BERIMAN PADA ALLAH, TUHAN YANG MAHA GHAIB & SEKALIAN ALAM.
- ORANG YANG MEMILIKI & MENGUASAI ILMU INI AKAN DIANGGAP KARAMAH SERTA TINGGI MARTABAT DISISI TUHAN BAGI PANDANGAN ORANG BIASA KERANA KEISTIMEWAANNYA YANG AMAT LUAR BIASA ATAU IA AKAN DIANGGAP SEBAGAI SESEORANG YANG SESAT AKIBAT KENYATAAN SERTA PERBUATAN MENCARIK ADAT. HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
3. ILMU RAHSIA & ILMU SYAHADAH
- DIPANGGIL ILMU RAHSIA ATAU BAHASA ARABNYA SIRR ADALAH KERANA TERAMAT SULIT UNTUK MENCERITAKANNYA BAGI ORANG YANG MEMILIKI ILMU INI SEPERTI HENDAK MENCERITAKAN RASA MASIN. HANYA DIRI ORANG YANG MEMILIKI SERTA MENGALAMINYA MENGETAHUI RAHSIA ITU.
- IA MERUPAKAN ILMU YANG BIASANYA HANYA DIMILIKI OLEH PARA RASUL, NABI, PARA AULIA KERANA KETINGGIAN MARTABAT ILMUNYA.
- TIDAK SEPERTI TAHAP 1, DIAJAR OLEH GURU ZAHIR. TAHAP 2, DIAJAR OLEH GURU HAKIKAT & MAKRIFAT YANG MURSYID ATAU GURU GHAIB. PADA TAHAP INI SESEORANG AKAN MEMPELAJARI ILMU INI SECARA TERUS DARIPADA ALLAH MELALUI KEFAHAMAN SEJATI. TIADA MAKHLUK YANG LAYAK MENJADI GURU DITAHAP INI. BIASANYA ORANG YANG MEMILIKI ILMU RAHSIA INI AKAN MELALUI PELAJARAN ILMU GHAIB TERLEBIH DAHULU. GURUNYA DITAHAP 2 TADI HANYA MAMPU MENASIHATI, MENJAGA SERTA MEMBIMBING MURIDNYA YANG MELALUI PROSES ILMU TAHAP 3 INI DENGAN TUJUAN BAGI MENGELAKKAN KEKELIRUAN, TERKELUAR DARI LANDASAN SEBENAR ILMU RAHSIA AKIBAT KETAGIHAN EKSTREM, TAKSUB MELAMPAU YANG DIALAMI MURID APABILA MEMPELAJARINYA.
- ILMU TAHAP INI ADALAH TAHAP TERAKHIR YANG DIIZINKAN ALLAH UNTUK MANUSIA MENDAPAT ILMUNYA. DARI ITU PROSES PELAJARAN ILMU DITAHAP INI TIADA PENAMAT SERTA TIDAK MUNGKIN AKAN MEMPEROLEH SEMUANYA. IA HANYA BERAKHIR APABILA HAYAT MANUSIA ITU TAMAT.
- ORANG YANG BERADA DITAHAP INI AKAN DIPERLIHATKAN SEGALA PERKARA RAHSIA DALAM RAHSIA SEKELIAN KEJADIAN ALAM & MAKHLUK TANPA SEBARANG BATASAN KECUALI DZAT AL-JALIL. ORANG INI TELAH MEMANCARKAN CAHAYA BUDI YANG KENIKMATAN CAHAYA TAJJALI DIMANA IA SECARA TERUS TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG DILINDUNGI & DIBERIKAN PEMELIHARAAN ALLAH SEPENUHNYA. INILAH GANJARAN ATAS JANJI ALLAH PADA MANUSIA YANG SENTIASA DZIKRULLAH & MAKRIFATULLAH.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar