| Ilmu rohaniah atau ilmu rohani   adalah ilmu mengenai roh. Yakni ia mengkaji, memerhati, mengesan dan menilai   tentang perjalanan roh. Perkataan rohaniah itu berasal dari perkataan ‘ruhun’.   Apakah yang dikatakan roh itu? Untuk mencari jawapannya marilah bersama-sama   saya mengembara ke alam rohani ini, dengan izin Allah SWT. Moga-moga   saudara-saudari juga turut juga dapat memahaminya melalui pengembaraan   kerohanian ini. Untuk itu mari kita kenali apa itu roh. Roh terbahagia kepada   dua iaitu: 1.     Ruhul   hayah 2.     Ruhul   tamyiz RUHUL   HAYAH Ruhul hayah terdapat pada semua   makhluk termasuk manusia, jin, malaikat, binatang dan setiap benda yang   bernyawa. Mengikut kajian ahli biologi atau para saintis, batang kayu juga   ada roh. Begitu juga pada semua jamadat (benda mati) seperti batu, kayu dan   sebagainya. RUHUL   TAMYIZ Ruhul   tamyiz (ruhul amri) lebih dikenali sebagai akal.   Ia tidak ada pada binatang tetapi hanya ada pada manusia, malaikat dan jin.   Dengan adanya roh tamyiz inilah maka malaikat, jin dan manusia menjadi   makhluk yang mukalaf. Yakni mereka dipertanggungjawabkan untuk   mendirikan syariat. Mereka memikul beban untuk mendirikan apa yang   diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebaliknya roh tamyiz   atau ruhul amri itu tidak ada pada binatang. Binatang hanya ada   ruhul hayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki roh yang   memungkinkan seseorang atau binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh   tamyiz ini tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat. Oleh kerana   itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan mendirikan   syariat. Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah   larang dari Allah SWT. Bagi para malaikat, manusia dan   jin, mereka wajib melaksanakan perintah suruh dan menjauhi larangan dari   Allah. Dengan lain perkataan, mereka dianggap makhluk yang mukalaf yang mesti   bertanggungjawab kepada Allah kerana adanya ruhul tamyiz ini. Roh   tamyiz terkenal dengan sebutan akal. Hadis ada   meriwayatkan: Maksudnya:   “Ketika Allah menciptakan akal, Dia memanggil akal itu dan akal itu pun   datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia. Kemudian Allah   berfirman kepada akal: ‘Demi kebesaran dan kemuliaan-Ku, Aku tidak   menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku sayangi daripada kamu. Dan tidak   Aku sempurnakan kamu melainkan pada orang yang Aku cintai. Kepadamulah Aku   akan menyuruh, melarang dan menyeksa serta memberi pahala’.” (Riwayat   Abdullah bin Imam Ahmad) Inilah yang membedakan antara   manusia, jin dan malaikat dengan lain-lain makhluk yang hanya semata-mata ada   ruhul hayah. Umpamanya binatang, ia tidak mukalaf. Sebab itu   pada binatang walaupun ia berbuat baik, tidak diberi pahala. Ia berbuat jahat   pun tidak berdosa. Maka bila mati mereka jadi tanah. Ke Syurga tidak, ke   Neraka pun tidak. Tetapi ketiga-tiga makhluk ini   yakni manusia, jin dan malaikat, oleh kerana memiliki akal atau ruhul amri   maka mereka akan dibalas baik ke Syurga dengan rahmat-Nya atau ke Neraka   dengan keadilan-Nya. Kalau mereka berbuat baik akan diberi pahala. Sebaliknya   bila berbuat jahat, mereka berdosa dan akan dicampakkan ke Neraka. Selama ini   kita mungkin jarang mendengar tentang istilah roh tamyiz ini.   Mungkin kita hanya biasa mendengar tentang istilah roh atau ruhul   hayah saja. Ruhul   hayah yang ada pada binatang, manusia, malaikat dan   jin, kiranya ia keluar dari badan, mereka akan mati. Kalau ia keluar dari   malaikat, malaikat akan mati. Begitu juga kalau ia keluar dari jin, jin akan   mati. Kalau ia keluar dari hewan, hewan itu juga akan mati. Kerana ruhul   hayah ini menjadi penyebab pada manusia dan lain-lain makhluk itu   hidup. Manakala roh tamyiz   pula, kalau ia keluar dari badan manusia, manusia tidak akan mati. Sebaliknya   ia akan pergi ke alam-alam lain. Mungkin dapat melihat alam malakut,   dapat melihat alam roh, dapat melihat alam ghaib, dapat melihat alam kubur,   dapat melihat alam Akhirat, dapat melihat alam jin, dapat melihat alam   malaikat, alam yang halus-halus (alam mawaraa-ul maddah ) iaitu dapat   melihat alam di luar material (kebendaan) ini dengan izin Allah. Ini yang berlaku apabila roh tamyiz   keluar dari jasad sama ada keluar di waktu kita tidur atau secara jaga.   Kiranya roh tamyiz itu keluar di waktu seseorang itu sedang   tidur, dia akan dapat mimpi. Bila ia jumpa roh yang suci, seseorang itu akan   dapat mimpi yang baik-baik. Tetapi apabila roh tamyiz itu   bertemu dengan ruhul khabitah (roh yang jahat) ia akan berjumpa   dengan jin yang jahat, syaitan, iblis atau benda-benda yang menakutkan. Jika ruhul tamyiz   ini keluar di waktu jaga, secara yakazah, dia akan dikasyafkan   iaitu tabir yang bersifat maddiah dibuka atau diangkat. Ia akan dapat   melihat alam malaikat, alam jin, alam kubur, dapat membaca hati orang dan   Allah memperlihatkan hakikat manusia itu sendiri atau melihat benda-benda   yang jauh darinya seperti manusia lain yang tidak semajelis dengannya.   Mungkin manusia yang dilihatnya itu berada di jarak ratusan atau ribuan mil   darinya. Apa yang ada pada manusia itu, bagaimana perangai manusia itu,   begitulah yang akan dilihat oleh roh. Itulah kelebihan ruhul tamyiz   dengan kuasa Allah. Tetapi ruhul hayah itu bila keluar dari   badan mana-mana makhluk, maka makhluk itu akan mati. Perlu dijelaskan lagi: 1. Malaikat ada roh, ada akal   tetapi tidak ada nafsu. Dia mukalaf yang taat atau tabiat makhluknya taat,   patuh dan tidak pernah ingkar. Seperti yang disebutkan di dalam Al Quran: Maksudnya:   (Malaikat itu) tidak pernah menderhakaiAllah terhadap apa yang   diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang   diperintahkan.” (At Tahrim: 6 ) 2. Binatang ada roh, ada nafsu   tetapi tidak ada akal dan tidak mukalaf. Tidak dipertanggungjawabkan syariat   kepada mereka. Bila mati jadi tanah. Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka. 3. Manusia ada roh, ada nafsu   dan ada akal. Artinya, ada ketiga-tiga sekali. Kalau diasuh, dididik dan   dibersihkan hatinya, ia akan berwatak malaikat yang berupa manusia. Bila   tidak dididik dan diasuh atau tidak dibersihkan hatinya, dia akan jadi watak   binatang atau watak syaitan yang berupa manusia. | 
Minggu, 06 Desember 2009
ILMU ROHANI~
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar