Tampilkan postingan dengan label Source From Tahrul Adha / Edbest. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Source From Tahrul Adha / Edbest. Tampilkan semua postingan

Jumat, 10 Agustus 2012

Mutu Solat


Source From E-mail


AsSalaam,

Peringatan buat kita semua.


Bismillahirrahmanirrahim.

Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.

Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang... takut juga kita dibuatnya

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.

Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur... confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka... waliauzubillah.

2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.

Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.

Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main... kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam sembahyang

Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.

5.Golongan yang sembahyang tarik tali.

Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.


Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca... dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.

Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.
Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin

Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.

9. Golongan siddiqin

Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya... dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat. Amin ya Rabbal 'aalamin


Thanks To Tahrul adha Taib (Edbest)

Selasa, 27 Maret 2012

Tafakur

 Source From E-mail
 
AsSalaam,
 
Jika bertafakkur itu ke manakah rujukannya?
Jika fikiran tanpa suatu dasar yang nyata... itu hanya lah khayalan dan tanggapan.

Apabila dikatakan bertafakkur... maka akal itu merujuk kepada hatinya.
Irji'i raadhiatan mardhiyyah.
Cross check alignment lah samada selari atau tidak dengan kata hati.
Sebab itu dikatakan dalam nas bahawa jika ditanya orang musyrik, nescaya mereka membenarkan Allah jua.
Kerana yang jauh di dalam hati mereka, terdetik disitu bahawa Allah itu benar...
Apa yang benar dan apa yang salah... itu naluri yang tersedia.

Segala makhluq pun mengerti akan hal ini... dan mereka mematuhi instinct lalu berzikir kepada Allah tanpa dipaksa-paksa.
Lantaran makhluk haiwan serta tumbuhan tiada tuntutan akal untuk membezakan salah atau benar.

Cuma manusia berlaku kezaliman dengan nafsu mereka.
Akal yang lemah akan kecundang dengan keinginan.
Ukuran akal di sini bukanlah pada IQ atau kapasiti ilmu...
Cuma daya kekuatan akal main tarik tali dengan nafsu yang ingin bertindak.
Jika akal mampu mampu sepakat dengan hatinya, nafsu hanya menuruti...
Sesuai dengan qadar masing2... "Orang bodoh pun kekadang lebih baik dari orang berilmu...," ujaran Ali Gerbang Ilmu.
But, of course advantage orang bijaksana dapat menikmati lebih kehidupan untuk disyukuri.

Akal itu suatu anugerah ulung yang perlu dijaga...
Namun dengan apa hendak memelihara akan akal itu agar tidak ditimpa celaka?
Hati mahu sihat lah... jika baik hati, maka baik lah seseorang itu.
Kelak yang ditanya bukan sejauh mana akal dapat menghuraikan segala amalan dosa pahala.
Bukan sedalam-setinggi mana hujah akal mampu berdalil...
Nawaitu juga yg ditilik... serupa atau tidak akal dgn hati???
Kemudian nafsu dapat punishment atau reward...

Hati hidup dengan baik, akal tak bingung... nafsu pun tak liar.
Flipping the coin... neither head nor tail. Kepada Allah berserah jiwa raga... Fair.
 
Tahrul Adha Taib @ Edbest

Senin, 27 Februari 2012

Ilmu Kebatinan itu Sesat???

Source : From E-mail


AsSalaam,
Satu pendapat yg adil utk kita renungkan bersama.
Ianya berkenaan mereka² yg melabelkan pembelajaran ilmu kebatinan sebagai sesat.


Tak de hal nak belajor ilmu kebatinan ni..

Hukum ni kekadang dibubuh pasal namanya kemelayuan..kalau dah disaintifikkan jadi harus le pulak.

Cam mandi bunga..ada yg letak hukum haram serta leh rosakkan aqidah..tapi bila disebut2 sebagai aromatheraphy, ada pulak yg dulu bagi hukum tersebut leh tukor jadi harus ler pulak.

Syirik ni pada perbuatan, perkataan, dan ingatan/sandaran..bukan pada benda, ilmu, atau apa2.

Cam citer guna azimat utk kalis peluru, hukumnya syirik. Tapi bila guna baju kebal kalis peluru tidak pula syirik..

Bila orang2 melayu belajor ilmu persilatan..selalu dikaitkan ngan syirik. Jadi melayu2 ni riuh ler belajor seni2 pertahanan diri dari kaum dan budaya lain.
Semua jenis martial art..menuju kearah kekuatan mental dan rohani..kerana kekuatan fizikal ada batasnya. Yakni semua akan menjurus dalam bidang kebatinan..sebut je ler apa,, karate, shaolin kung fu, ninja, aikido, boxing siam dll.
tahap martial art tertinggi..apabila badannya mampu ikut kekuatan mental dan rohani yg mana kekuatan, kejituan, dan kepantasan adalah satu tahap diluar kebolehan manusia biasa.

Semua latihan menjurus, bersilat, main bunga silat dsb..semua latihan nak menyelaraskan akal, hati dan tubuh badan..tu je. dalam rentak tari persilatan..ada latihan penumpuan.
Cam latihan memanah. menunggang kuda, bermain pedang dizaman nabi saw dan para sahabat ra.
Utk benar2 mahir memanah..akal, kekuatan diri, kekuatan minda, dan sekelian aset pada tubuh badan zahir dan batin, rohani dan jasmani hendaklah jadi satu..barulah mantap. sambil menunggang kuda masih mampu memanah ngan tepat!! Gitu juga bermain pedang, jika betul2 ikut hukum akal, mata tak mampu melihat libasan2 pedang lebih2 pada mereka yg mahir..mata batin diperlukan, mata batin tidak melihat ngan mata biasa..dan mata batin pula batasnya pada diri.

Menjaga senjata..semua senjata perlu dijaga. Senapang, pistol dsb. Senapang dan pistol contohnya penjagaannya tak pula jatuh hukum syirik, tapi penjagaan keris dijatuhkan hukum syirik.

Manusia ni luar biasa..ciptaanNya yg terbaik..malah mengatasi apa2 yg ada Jibrail as, para malaikat, jin dan syaitan dan sekelian makhluk. Bayangkanlah malaikat2 tersebut adalah khadam yg ditugaskan utk uruskan rezki2 manusia dll keperluan manusia ..semada manusia tu kapir atau beriman. Bayangkan betapa istimewanya manusia. Malah syurga2 yg gitu luas dan hebat hanyalah kampung halaman je, betapa yg pemiliknya yg syurga itu dicipta untuknya?

Terlalu banyak hal manusia yg kita tak tahu!! Tak tahu dan tak faham, mengaku je ler..usahlah kerana tak tahu dan faham kita jatuhkan hukum syirik. Masa zaman aku sekolah dulu, ramai gak ulamak jatuhkan hukum belajor sains adalah syirik!!

Bagi aku yg syirik ialah..bila ada saja yg pelik dilakukan oleh manusia kita kaitkan ngan kekuatan makhluk lain...dan yakin pulak bahwa keistimewaan dan kepelikan tu wujud dari benda atau makhluk tertentu ngan sendirinya tanpa apa2 kaitan ngan kuasa Allah swt, ...kemudian menyembah benda atau makhluk tersebut dan menafikan Allah swt..atau ada sesuatu yg berkuasa ngan sendirinya sama spt Allah swt...Allah swt tiba2 je ghaib!!

Mungkin, ilmu kebatinan ni kena tukar kepada perkataan sains..spt metafizik, potential energy, telephaty, elctromagnetic energy, magnetic resonance, wave and frequency energy.

Ulamak2 dulu..spt Imam Shafie, Ghazali, Razi, Abd Kadir Jilani..mereka bukannya sahaja fasih dalam hukum hakam dan soal2 agama..AQ comfirm hafal. Tapi mereka juga mahir dalam ilmu kimia. fizik, Math, dll. Ulamak2 hari ni..kabor suruh kita cintai ilmu, tapi mereka terhenti dimana mereka mahir saja (umumnya ler). Kita ingin juga seorang alim tahap mufti ada sarjana Phd dalam ilmu2 math, dan sains..

Banyak kebolehan2 yg ada dalam diri kita..pasal kita tak berapa kisah hal diri kita sendiri, maka banyak kebolehan2 ni yg pernah menonjol jadi tenggelam..dan tak der usaha nak mengenal dan mengasahnya.

Nabi dan Rasul adalah manusia..para sahabat adalah manusia..para auliya pun adalah manusia.
Kemuliaan mereka pada pangkat dan kedudukan..tu adalah kurniaan. Macam jawatan nabi. minta maap ler ianya telah dibekukan.

Tapi potential diri..umumnya ada pada semua manusia!! Ianya terpendam ..
Mahfum ayat AQ surah atTin ..ianya terpendam dan kena timbulkan melalui iman dan amal soleh..
Tahap tertinggi yg leh dicapai ialah tahap Nabi saw..mampu nak redah atau tidak je dari segi mental, jiwa, dan fizikal.
Ada antara sahabat nabi saw..yg mana nabi saw kabor jika ada nabi selepasnya maka sipolan tu ler sebagai nabi..

Jgn mudah jatuhkan syirik pada sesuatu yg kita bukan ahlinya. Jangan tengok dipermukaan kemudian buat keputusan utk orang tersebut. Syirik khafi pula adalah syirik yg tersembunyi dalam hati. Takkan kita nak beritahu orang bahwa kita ni leh baca apa yg trkandung dalam hati seseorang sedangkan tuan punya badan pun tiada pengetahuan tentangnya..hebat tu.
Kalau mampu melihat apa isi kandung hati sanubari seseorang..syukurlah!!

Syirik khafi ni tak yah tunggu belajor ilmu kebatinan..pasal makan nasi je dah cukup!! malah tahap alim ulamak pun ramai kantoi lagi.
_________
Unsur pemujaaan..ni kata kita. Yg kita nampak..

Aku leh kabor orang yg sedang basuh ketanya ada unsur pemujaan..pasal dia guna bahan-bahan tertentu dan ada susunannya. Kalau basuh keta tak baca ayat2 AQ atau brzikir, rugi ler...

Kita ni orang Islam..nabi saw ajor kita pakai baju sekali pun ada tertib2nya..ada bacaan/doanya, ada bilangan2nya, ada had/batas dan potongannya, ada warna2nya dsb. Ishh unsur2 pemujaan ini..
______
Kita selalu kabornya kata "ana ni jahil, ana ni belajor lagi"..tapi kelakuan kita tidak ler pulak...dah jahil, dan masih belajor tapi leh dah putuskan sesuatu secara pukalnya ianya adalah syirik!!


Thanks to Tahrul Adha Taib

Rabu, 01 Februari 2012

Di manakah DIA di hatiku

Source from E-Mail

Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka… Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”

Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.

“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”

“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?

Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang. Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin.

Thanks to Tahrul Adha taib