Tampilkan postingan dengan label Debat Dan Muzakarah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Debat Dan Muzakarah. Tampilkan semua postingan

Rabu, 04 September 2013

Debat dan Muzakarah : Bualbicara Akhir Zaman (Episod 1)

ARTIKEL INI PERNAH BEBERAPA KALI DI 'HACK', DI 'BOMB' DAN DIMUSNAHKAN MENGGUNAKAN VIRUS DAN TORJAN HORSE SEHINGGA BLOG INI JUGA TERJEJAS SUATU KETIKA DAHULU, DENGAN PENUH CERMAT, KAMI POST KAN KEMBALI ARTIKEL INI DARI MULA SIRI NYA SUPAYA KAMI DAPAT BERKONGSI MAKLUMAT BERGUNA BERSAMA ANDA... HARAP MEMBERI MANFAAT!!!   (admin arkibbss)


------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel ini ditujukan kepada anda,
Lebih-lebih lagi sekiranya anda beragama Christian (Khatolic atau Protestan),
Dan sebagai peringatan untuk Umat Islam seluruhnya
Sama ada anda kini sudah berusia atau sedang meningkat remaja,
yang pernah melintas di fikirannya,
Apakah yang sebenarnya telah berlaku di sekeliling kita…
Perlu meluangkan masa untuk membaca artikel berbahaya ini,
yang amat berkaitan kenapa Khalifah Uthmaniah jatuh,
kenapa sistem Dinar Emas yang hebat itu digantikan dengan sistem duit kertas,
dan paling penting,
kalau di zaman Nabi Muhammad pun dah ada manusia kantoi jumpa dengan Al-Masih Dajjal,
maka saksikanlah,
semua tanda-tanda sistem Dajjal di sekeliling kita adalah dari arahan siapa ya ???,
bacalah sampai habis kerana anda akan kenal dan hendak tahu kenapa sampai sekarang ini,
Dajjal tak lagi muncul-muncul sedangkan semua sistemnya sudah hampir sempurna,
Kepada pengguna FACEBOOK,
berhati-hati dengan gambar anda kerana anda diawasi oleh THE HIDDEN HAND.

Semoga dengan kehadiran artikel dan kebangkitan DINAR EMAS dari bumi agung BANGSA MELAYU ini,
Dapat meningkatkan keimanan anda kembali kepada tuhan yang 1,
Dan mengingatkan diri manusia itu,
Tentang kehadiran tanda-tanda alam yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Kepada anda yang berbangsa MELAYU lagi mewarisi agama ISLAM,
anda merupakan umat terpilih untuk membangkit percikan PERANG DUNIA KE-3.
Kerana apa, kerana di bumi anda inilah bangkit sistem matawang Islam.
Iaitu sistem Dinar Emas yang bakal menjatuhkan empayar ekonomi YAHUDI.


  

Artikel di bawah adalah pengalaman peribadi saudara Zaim dari tanah Melayu.
Selamat disusun rapi & kemas oleh seseorang 


Petikan cerita di bawah telah berlangsung di antara sahabat saya dengan jirannya.
Dan perbualan ini berlaku dalam 2 sesi yang telah dihimpunkan menjadi 1 cerita yang panjang,
Kerana kurniaan dari tuhan dengan anugerah ingatan yang kuat lah, maka kisah ini diceritakan semula dengan tersusun.
Kalau perlu bagi anda untuk mengedarnya ke khalayak ramai,
Maka cetaklah artikel ini dan bincangkan dengan mana-mana pemimpin yang bersedia berkongsi pendapat,
Itu pun kalau mereka mahu meluangkan masanya ataupun akhirnya anda akan menerima ejekan atau sindiran yang memalukan,
Namun hakikat cerita yang bakal anda baca ini,
benar-benar bakal menyebabkan anda tersentak dari lena yang panjang,
samada anda sendiri seorang yang beragama Islam,
atau tidak beragama,
atau anda sendiri tidak beragama,
kepada anda yang beragama Christian, perhatikan apa yang telah pemimpin anda lakukan…

Sahabat saya ini seorang yang beragama Islam & berbangsa Melayu dari Malaysia.
Dan jirannya itu seorang Paderi tahap tertinggi tinggal di New York,
yang amat rapat hubungannya dengan Paus & mempunyai talian yang rapat pula dengan ( Vatican ~ Iluminati ~ Freemason ~ Knight of Templar ).
Sahabat saya ini amat fasih berbahasa Inggeris seperti mana orang Nusantara fasih berbahasa Melayu,
Oleh itu tidak menjadi masalah untuk memahami seni bahasa Paderi ini dalam bahasa Inggeris,
Lalu disusun terjemahan ini kepada Bahasa Melayu yang mulia dan indah ini,
Bahasa kerabat diraja..

Sebelum memulakan bacaan di bawah,
Pada perenggan-perenggan yang tertentu,
silalah skrol balik ke atas dan baca semula ISTILAH ini bagi tujuan pemahaman:



Istilah Yang Wajib Anda Fahami


Istilah Yang Wajib Anda Fahami
Vatican
-         pusat pemerintahan agama Christian (mazhab Roman Katolik).
-         terletak di Rom.
Paus
-         ketua agama Christian Sedunia,
-         jawatan ini sekarang dipegang oleh manusia bernama Pope Benedict
-         Benedict = bermaksud terakhir
Lucifer
-         adalah nama lain bagi Iblis (seperti dalam catatan Al-Quran)
-         beliau adalah makhluk dari kalangan makhluk berakal Jin
-         dahulunya beliau bernama Azazil
-         Azazil menjadi pegawai peringkat tertinggi di alam langit sehingga dapat memimpin malaikat
-         keengganan Azazil sujud “tanda hormat” pada jasad manusia bernama Adam menyebabkan dia disumpah
-         lalu Azazil ditarik nikmat pegawai terhebat dan menjadi sehina-hina mahluk berakal
-         maka, Azazil = Iblis (adalah makhluk yang sama, sedangkan anak-anaknya bernama Syaitan)
-         Iblis jumlahnya 1 makhluk sahaja, sedangkan syaitan berjumlah berbillion…
Anti Christ
-         nama lain bagi Al-Masih Dajjal (gelaran oleh orang Islam)
-         matanya telah buta sebelah (hari ini terkenal dengan symbol mata 1)
-         bayang-bayang kehadirannya ialah (segitiga, mata 1, pyramid, singa)
Jesus
-         nama lain bagi Al-Masih Isa (gelaran oleh orang Islam)
-         akan diturunkan tak lama lagi (melalui tanda-tanda keringnya air tawar di Tasik Galilee)
Allah
-         adalah tuhan kepada seluruh alam galaksi ini
-         jumlahnya hanya 1 dan dialah satu-satunya tuhan yang wajib disembah
-         tuhan itu tidak bersifat seperti makhluk (ada diajar dalam Islam)
Adam
-         manusia pertama ciptaan Allah
-         Hawa adalah nama perempuan pertama dan beliau adalah isteri Adam.
JESUIT PRIEST
-         Salah seorang paderi suruhan Paus.
The Last Pope
-         Pemimpin Vatican yang terakhir
Pope Roman Peter II
-         Dikatakan beliau akan perintah dunia ini dari Middle Earth, di Israel, bukan di Rom.
Cantus
-         adalah warisan Knight Templar
Benidictine Order
-         salah 1 sistem kehidupan Dajjal yang dicorak oleh Vatican dan ramai mengamalkan secara tak sedar
New WorldOrder
-         adalah 1 sistem global sedunia yang hampir semua Negara mempunyainya
Freemasonry
-         salah 1 ejen sulit Al-Masih Dajjal di zaman modern,
dahulunya mereka ini dikenali sebagai Knight of Templar (ketika Perang Salib)
Zionis
-         adalah 1 bangsa puak kiri Yahudi yang mengatur dunia mengikur oder mereka termasuklah pemakanan, pakaian, budaya, hiburan, kewangan, dll lagi.
Bishop

-         Salah seorang paderi peringkat tertinggi suruhan Paus.
Muhammad
-         Nabi~Rasul terakhir yang diturunkan untuk panduan manusia mengenal tuhan dan menjalankan hidup yang baik di alam dunia.
Salehuddin
-         Seorang Khalifah Islam yang hebat yang mengamankan seluruh dunia sehingga beratus-ratus tahun selepas mendapat kemenangan di Perang Salib.
Jacques de Molay
-         Orang suruhan Paus yang memiliki keupayaan luar biasa dari jangkauan manusia biasa
Kafir
-         Manusia berakal yang tidak beragama Islam, tetapi tahu Islam itu wujud dan benar……..
-         Kafir =murtad (sama erti)
-         Murtad = keluar dari Islam (selepas tahu Islam itu benar)
Yahudi
-         Manusia berbangsa Jews (dalam bahasa Inggeris)
-         Yahudi adalah keturunan Nabi Ishak dari ibunya Sarah, iaitu isteri ke-1 Nabi Ibrahim.
-         Yahudi yang percaya kepada tuhan yang 1 iaitu Allah dinamakan (ahli kitab)
-         Yahudi merupakan bangsa paling zalim di dunia kerana itu banyak Nabi diturunkan kepada mereka supaya berubah
-         Yahudi adalah bangsa yang tidak mempunyai tanah sendiri kerana itu bangsa ini merempat beribu-ribu tahun
-         Akhirnya pada hari ini, Yahudi berjaya merampas tanah Palestin, untuk menanti ketibaan Al-Masih Dajjal.
-         The Rulling State of The World will establish from Holy Land, Jerusalem, Golden Age of Nabi Sulaiman…!!!
Al-Masih Mahdi
-         Pemimpin akhir zaman, dia keturunan Nabi Muhammad.
-         Kebetulan, nama beliau ialah Muhammad Bin Abdullah. (mengikut banyak rekod hadis Sahih)
Agama
-         Adalah fahaman untuk penyembahan dan mengenal tuhan.
-         Hanya Islam sahaja diakui sebagai agama yang diredhoi di sisi Allah.




SESI PENGENALAN:

Iblis adalah keturunan makhluk Jin dan merupakan musuh kepada makhluk manusia semenjak beliau dilaknat oleh Allah,
akibat dari kesombongan beliau yang tidak mahu tunduk hormat kepada Nabi Adam.
Bermula daripada sangkaan buruk Iblis terhadap penciptaan Nabi Adam,
sehinggalah akhirnya beliau menaruh dendam terhadap keturunan Nabi Adam (iaitu manusia hari ini) ,
dan berjanji untuk menyesatkan seluruh keturunan manusia ini sehinggalah ke hari kiamat.
(hari itu akan tiba tak lama lagi melalui tanda-tanda di sekeliling kita)
Inilah musuh-musuh ALLAH yang tak pernah putus asa untuk menyesatkan keturunan manusia terutamanya Umat Islam (kerana penganut agama ini masih di jalan yang benar),
dan di antaranya adalah Iblis,Syaitan, Dajjal dan kuncu-kuncunya yakni Yahudi dan Nasrani.

'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu,
maka jadikanlah ia musuh(mu),
karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'.

Al-Quran
Surah Al-Fathir
Ayat 6

Di dalam surah lain pula Allah berfirman yang bermaksud:
"Iblis menjawab:
“Kerena Engkau telah menghukum aku tersesat,
aku benar-benar akan menghalang mereka daripada mengikut jalan Engkau yang lurus.”
Kemudian aku akan mendatangi mereka dari arah hadapan dan dari belakang,
dari kanan dan dari kiri mereka.
Dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka tidak bersyukur.”

Al-Quran
Surah Al-Araf
Ayat 16-17

'Hai anak Adam !
Janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan,
sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu-bapa kamu (Adam dan Hawa) dari syurga,
ia menanggalkan kedua-duanya pakaiannya untuk memperlihatkan kedua-dua auratnya.
Sesungguhnya dia ( Iblis ) dan pengikut-pengikutnya (Syaitan) melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.
Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.'
Al-Quran
Surah Al Araf
Ayat 27

Selasa, 26 Juni 2012

Debat & Muzakarah : Persoalan Nama Muhammad


Tanya : Dalam QS. Ash-Shaff ayat 6 disebutkan bahwa Rasul yang datang setelah Nabi 'Isa 'alaihis-salaam bernama Ahmad. Tapi mengapa yang kita kenal (dari Nabi/Rasul kita) bernama Muhammad ?


Jawab : Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallammemiliki banyak nama. Masing-masing nama diambil dari keistimewaan atau sifat-sifat terpuji yang beliau miliki. Ini sekaligus menunjukkan keluhuran dan kemuliaan beliau shallallaahu 'alaihi wasallam.


Nama Ahmad dan Muhammad merupakan satu sinonim yang semuanya terkumpul pada diri beliau shallallaahu 'alaihi wasallam. Beliau pernah bersabda :


لي خمسة أسماء أنا محمد وأحمد وأنا الماحي الذي يمحو الله بي الكفر وأنا الحاشر الذي 
يحشر الناس على قدمي وأنا العاقب

"Aku mempunyai lima nama, yaitu : Muhammad; Ahmad; Al-Maahi (penghapus) – Allah menghapus kekufuran dengan aku; Al-Haasyir, yang manusia dikumpulkan di bawah kakiku; dan aku adalah Al-'Aaqib“[HR. Al-Bukhari no. 3532 dan Muslim no. 2354].


Nama yang paling masyhur di antara lima ini adalah Muhammad dan Ahmad. Kedua nama itu disebutkan dalam Al-Qur’an. Allah ta'ala berfirman :


مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud.. ....“ [QS. Al-Fath : 29].


وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِنْ بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُبِينٌ

Dan (ingatlah) ketika Isa Putra Maryam berkata: "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)" Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata" [QS. Ash-Shaff : 6].


Wallaahu a'lam.




Kamis, 21 Juni 2012

Debat Dan Muzakarah : Huraian Ilmu Kebatinan dari sudut Hamba Allah


Memang betul..hari ini memang saya ingin menulis tentang Ilmu ghaib. Agak lama saya tidak menulis tentang satu subjek yang menjadi kegemaran saya selain daripada subjek sains minda dan subjek pembangunan diri manusia. Ilmu ghaib yang sangat saya minati iaitu bidang bio-energi atau terapi energi atau sewaktu dengannya iaitu ilmu metafizik.

Sebenarnya, artikel tentang terapi energi ini memang subjek kegemaran saya dan kerap saya sentuh di sini. Kalau anda pernah membaca artikel awal di blog ini , anda pasti tahu subjek ini kerap saya tulis walau dalam nada yang ringan sahaja. Maka, sempena satu sesi Retreat & Recharge yang akan saya hadiri di Langkawi hujung minggu ini di bawah kendalian IQBC yang diketuai oleh Master Hazil, saya tergerak untuk menulis secara santai tentang apakah yang menariknya memahami bidang bio-energi ini. Tambah semangat sekarang ini kerana saya dalam proses menulis satu buku ILMU GHAIB yang lengkap bersama dengan Master Hazil yang PASTI akan membuka seribu satu pintu maklumat tentang bidang bio energy ini.

Sebenarnya, ramai yang tidak sedar bahawa buku The Secret adalah buku yang membicarakan tentang ilmu energi. Membaca buku Michael Losier “The Law of Attraction” juga adalah tentang ilmu metafizik iaitu ilmu energi. Tambah mengujakan bila saya sebut, subjek feng shhui seperti buku aliran Lillian Too juga sebenarnya sains energi. Berapa ramai yang tahu, ratusan perguruan tenaga dalam yang “tumbuh bak cendawan selepas hujan” pada awal tahun 90an juga adalah penuh dengan elemen ilmu energi? Kerana itu pukulan jarak jauh hanya berkesan jika musuh juga beremosi. (ini kena ikut kelas KAMK baru boleh dijelaskan secara mendalam).

Ramai juga yang tidak tahu yang terapi “mandi bunga” juga adalah dari aliran terapi energi. Kerana itu jika kita faham tentang ilmu energi itu baru ada penjelasan kenapa ritual@terapi tersebut memerlukan tujuh jenis bunga. Tidaklah nanti kita hanya menerima tanpa mengetahui sains di sebalik ritual atau terapi tersebut.
Bagi peminat batu-batu cincin Kristal atau peminat batu-batu hikmat yang banyak dijual sehingga berharga beribu-ribu ringgit mungkin kerana telah “diisi” oleh “paranormal” atau tokoh-tokoh energi untuk tujuan yang pelbagai seperti tarik rezeki, pengasih, dan sebagainya juga perlu mengetahui bahawa memakai cincin tersebut adalah satu kaedah terapi energi atau bio energi.

Bagi peminat-peminat cincin teras kayu juga sebenarnya terdapat unsur-unsur penerangan ilmu energi disebalik “ke-magis-an” yang dikatakan dimiliki oleh sesuatu teras kayu atau azimat tersebut. Malahan ramai orang tidak tahu kenapa ada sesetengah tempat yang agak “keramat”; yang dikatakan agak sesuai untuk tujuan-tujuan meditasi dan kenapa tenpat-tempat yang tertentu seperti laut, air terjun , gua dan lain-lain sangat mujarab untuk tujuan mendapat ilmu ghaib.

Sebenarnya terlalu banyak tradisi dan budaya mahupun ritual yang kita amalkan atau kita terima pakai semenjak dahulu hingga kini tidak difahami secara saintifik (walaupun ia kelihatan sangat metafizik) tetapi sebenarnya boleh dikupas dan diterangkan secara ilmiah apabila kita memahami ilmu energi.

Kadang kala saya kecewa apabila masyarakat mudah membuat penilaian pada ilmu energi atau terapi energi yang MEREKA tidak FAHAMI atau KENALI. Di sebaliknya mereka sendiri mengamalkan pelbagai budaya dan amalan yang dibawa oleh datuk nenek kita yang masih bersifat tahyul dan khurafat malahan boleh merosakkan akidah jika tidak difahami dan hanya menerima dan mempercayainya bulat-bulat.
Cuba kita singkap akhbar-akhbar tabloid tertentu yang banyak mempromosikan ritual yang mistikal dan mereka sendiri tidak faham apakah penjelasan yang mereka boleh terangkan pada setiap ritual yang mereka lakukan.

Di dalam bidang ilmu bio-energi atau terapi energi, terdapat pelbagai kaedah dan aliran yang kita boleh pelajari dan gunakan dalam kehidupan setiap hari. Yang penting kita kena tahu dan mendalami secara asas pekara yang kita ingin pelajari. Terdapat pelbagai perguruan dan sekolah yang menawarkan ilmu ini. Ada yang ditawarkan secara instant dan ada yang berbentuk kelas yang lengkap.

Sebagai seorang pengamal terapi energy; baik dari aliran chakra mahupun meridianseperti Reiki, Perguruan Tenaga Dalam, RES56, EFT sehingga kepada moden terapi energy seperti radionics dan terapi frekuansi- saya suka menasihatkan mereka yang berminat untuk mendalami ilmu energi ini untuk mendapatkan guru yang ikhlas dan benar-benar ingin memakmurkan ilmu itu sendiri. Pada saya ilmu energi ini bukan mahu menjadikan kita sebagai seorang tukang ubat, paranormal, orang biasa menjadi luar biasa cepat dan sebagainya sahaja. Ia lebih luas dari itu. Tetapi hanya mereka yang benar-benar yang terlibat sahaja yang akan memahaminya.

Ia juga bukan sekadar attunement, pengijazahan, transfer, penbangkitan, abhiseka, shaktipat , channeling dan pelbagai lagi bahasa metafiziknya yang tidak difahami oleh peminat yang ingin belajar. Di barat memang mereka menjual semua pekara yang saya sebutkan itu. Kerana mereka sangat bebas dari segi pegangan dan kepercayaan. Kita di sini ada tanggungjawap pada akidah dan iman yang dianut oleh pengamal yang ingin belajar. Jika kita tidak menerangkan ilmu energi ini secara ilmu, maklumat dan ilmiah, dikuatiri ia mendatangkan kerosakan pada pegangan diri pengamal yang baru itu.Malahan mereka yang kurang faham ini akan sukar untuk menjawap soalan dari masyarakat luar yang suka “melabel” tanpa memahami sesuatu ilmu.
Saya tahu ramai orang mahu jadi “luar biasa” hebat akan tertarik apabila membaca ilmu yang ditawarkan. Maka, jika anda berminat sudah tentu anda perlu mendalami dahulu dan bertanya pada mereka yang faham sebelum membuat keputusan. Pada saya, Ilmu bio energy ini sedang berkembang dengan lebih positif. Jika dahulu ia banyak di gunakan untuk masalah penyembuhan fizikal dan masalah kerohanian yang tertentu, hari ini terapi energi telah mula bercambah dalam bidang psikologi. Masalah kehidupan seperti kerap gagal, masalah kemiskinan, masalah dalam hubungan dan sebagainya sudah boleh diatasi dengan mengunakan terapi energi. Jika dahulu, bila dikatakan ilmu ghaib sahaja sudah terbayangkan mahu jadi kebal, ilmu kebatinan, pukulan jarak jauh, makan kaca dan sebagainya.

Hari ini saya gembira memberitahu, ilmu ghaib juga boleh kita gunakan ntuk mencapai impian kita, mencapai kejayaan dalam bisnes kita, menarik kekayaan datang dalam kehidupan kita, menjadikan kita gembira dan makmur selalu. Workshop KAMK satu contoh bagaimana bidang psikologi , motivasi dan terapi energy di gabungkan dan menghasilkan satu FENOMENA baru dalam industri pembangunan diri manusia. Ilmu ghaib bukan sekadar para mistik dan diajar di tempat-tempat yang tertutup tetapi ilmu ghaib kini melangkaui skop yang lebih luas dan lebih kedepan..inshaAllah.

Sekurang-kurangnya kita telah mula membuat satu anjakan pradigma atau menukar mindset kita di dalam bidang ilmu energy ini.

Hamba Allah

Kamis, 04 Agustus 2011

Dari Blog Keilmuwan Budi Suci Sejati- Apa itu Budi Suci Sejati dari pandangan Legendary_BSS

BUDI SUCI SEJATI (BSS) sebenarnya bukanlah suatu ilmu tetapi suatu perkara yang dialami oleh setiap manusia dalam kehidupan seharian sejak berzaman bermula ketika penciptaan kejadian nabi allah adam berlaku. Dimana pada waktu itu para malaikat telah bertanya pada ALLAH S.W.T akan perihal keturunan manusia yang suatu masa nanti akan saling zalim-menzalimi sesama mereka oleh kerana mereka melebihi martabat satu dari makhluk yang lain iaitu, AKAL. maka allah menjawab pertanyaan malaikat tadi, "AKU yang menjadikannya, AKU yang menghidupkannya dan AKU yang mematikannya disamping AKU sertakan suatu RAHSIA milikKU kedalam dirinya untuk ia mengetahuinya"(petikan dari al-quran). perihal ini diterangkan lagi dalam hadis qudsi:

"al-insanul sirri wa anna hu sirruhu"
- kejadian manusia itu rahsiaku dan akulah rahsianya

sebetulnya nabi allah adam itu tiada rahsia kerana ia dijadikan oleh allah secara langsung. yang ada rahsia seperti yang dikatakan oleh malaikat tadi, keturunan manusia yang saling zalim-menzalimi, maka keturunan manusia yang ditempatkan rahsia tadi. kerana keturunan manusia itu lahir dari hubungan adam dan hawa. cukup 9 bulan 10 hari maka akan lahirlah bayi itu. apabila lahir sahaja genggaman tangan akan tebuka maka menangislah bayi tersebut. menangis seseorang bayi tadi adalah kerana rahsia tadi telah hilang. jika tidak hilang tidaklah dipanggil sebagai rahsia. maka inilah yang digunapakai oleh amalan budi suci sejati.

maka apakah rahsia itu?rahsia itu ialah suatu RAHSIA YANG CINTAKAN KEDAMAIAN DAN MENGHINDARKAN KEZALIMAN.

BSS ialah suatu AMALAN HAQ UNTUK MENGHINDARKAN DARI SEGALA KEZALIMAN. inilah penerangan soal apakah itu BSS.

Sabtu, 07 Mei 2011

Debat & Muzakarah : Mengenai Kalimah Syahadah


Soalan:

 
Apakah yg dinafikan dgn kalimah la ilaha dan apakah diisbatkan dgn kalimah illallah? Ini kerana kita sudah yakin bahwa Allah Taala itu Esa, melalui dalil dan bukti bahwa sekalian alam ini tidak ada. Firman Allah Taala:


Ertinya:"Katakanlah wahai Muhammad,Allah itu esa."(Surah Al-Ikhlas:ayat 1)

Firman Allah Taala lagi:
Ertinya:"Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa."(Surah Al;Baqarah:ayat 163)

 
Jadi sekarang apa yang dinafikan dgn kalimah itu?

Jawapan:


Nafi itu ada tiga martabat, iaitu:


a) Martabat nafi orang mubtadi (orang syariat).
b) Martabat nafi orang mutawasid (orang tarikat).
c) Martabat nafi orang muntaha (orang hakikat).








Soalan:
 

Apakah perbezaan antara ketiga-tiga martabat itu?

Jawapan:


a) Nafi bagi org yg bermartabat mubtadi ialah menafikan ada sifat Tuhan yg lain selain Allah Taala. Maka nafi ini ternyata batal kerana menafikan sesuatu yg tiada ada, yg mustahil wujudnya. Sesuatu yg tiada memerlukan nafi kerana sudah sedia nafi. Jadi kesimpulannya, tidak ada faedah nafi.


Sesetengah ada mengatakan bahwa yg dinafikan itu ialah Tuhan yg difardukan yakni ditakdirkan, Nafi begini terbatal sama sekali, walaupun ia menggunakan akalnya seberat zarah sekalipun lantaran memahami bahwa takdir itu ada berdiri di tempat yg maujud. Padahal bagi maujud itu tidak memerlukan nafi. Sekiranya ada pada Tuhan itu takdir, nescaya tidak memerlukan nafi kerana nafi itu sudah sedia ada.

Jadi, kesimpulannya, tiada faedahnya nafi dan tiada faedahnya mengatakan (melafazkan) kalimah musyrifah itu kerana apa yg dimaksudkan ialah isinya, bukan kulitnya. Malahan apa yg difahamkan ialah nafi bercerai dgn isbat.

Dalam perjanjian, kalimah tersebut memang mengandung nafi dan isbat. Maka ketika itu, tidak dapat tidak nafi itu memerlukan (mengandungi) isbat, dan isbat itu memerlukan nafi yg tidak bercerai dan bersekutu. Sabda Nabi (saw):


Ertinya:"Tidak bercerai antara nafi dan isbat dan sesiapa yg menceraikan antara kedua-duanya, maka orang itu kafir."

b) Nafi bagi org yg bermartabat mutawasid ialah menafikan perasaan syak dan waham (ragu-ragu) terhadap sifat keTuhanan yg ada berdiri kepada makhluk sebagaimana sangkaan org awam yg bahawa ada pada makhluk kuasa memerintah umpama raja-raja dan mereka menyangka bahwa makhluk itu boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan. Malahan ada yg memuji org membuat kebaikan kepadanya dan berasa benci terhadap yg melakukan kejahatan kpd dirinya.

Prasangka buruk inilah yg dinafikan kerana perbuatan dan kelakuan makhluk itu, tidak boleh sama sekali mendatangkan kebaikan dan kejahatan.Yang boleh melakukannya hanya perbuatan dan kelakuan Allah Taala yg ada pada hamba. Sifat keTuhanan itulah yg wajib diisbatkan kpd Allah Taala agar hilang perasaan syak wasangka.

Inilah pengertian nafi yg mengandungi isbat, dan isbat pula memerlukan nafi yg tidak bercerai dan bersekutu pd kalimah La ilaha illallah.Itulah nafi yg dipegang oleh org mutawasid.

C) Nafi bagi org yg bermartabat muntaha ialah menafikan kewujudan dirinya seperti ia mengatakan:

Ertinya:"Pada hakikatnya tidak ada yg maujud, tidak ada yg hidup, tidak ada yg tahu, tidak ada yg berkuasa, tidak ada yg berkehendak, tidak ada yg mendengar, tidak ada yg melihat, tidak ada yg berkata-kata di dalam alam ini melainkan Allah Taala".

Hanya sifat sahaja yg zahir (nampak) pd makhluk (hamba) sebagai tempat kezahiran sifat Tuhan yg ada pada hamba. Kewujudan kita ini umpama bayang-bayang yg menunjukan wujud Allah Taala.Tidak masuk akal jika ada bayang-bayang dengan sendirinya (boleh berdiri dgn sendiri) tanpa wujud empunya bayang-bayang. Tidak masuk akal kalau bayang-bayang boleh bergerak sendiri tanpa bergerak empunya bayang-bayang. Contoh-contoh tersebut sebenarnya untuk mendapatkan fahaman yg lebih jelas, Maha Suci Allah Taala daripada segala misal dan tasybih (penyerupaan) sebgaimana yg diibaratkan kpd bayang-bayang yg zahir dari tempatnya yg betul.

Sepertimana firman Allah Taala yg bermaksud: "Aku menjadikan (menzahirkan) sesuatu kerana hendak mengenalkan anda kepada-Ku yg ada pada tiap-tiap sesuatu yg Aku jadikan,"

Oleh itu fana'kan wujudmu wahai insan dalam kewujudan Allah. Fana'kan (binasakan) semua sifatmu dlm sifat Allah Taala, yg hidup dalam dirimu, yg tahu apa anda tahu, yg berkuasa dlm tulangmu, yg berkehendak menurut nafsumu, yg mendengar ditelingamu, yg melihat dimatamu dan yg berkata-kata dgn lidahmu. Ketika itu juga anda terlepas daripada syirik.

Kita terhijab (terhalang) memandang Allah Taala kerana sangkaan dan keraguan kita yg menyangka bahawa ikhtiar dan perbuatan yg kita lakukan itu, kita yg punya. Syak wasangka sebeginilah yg perlu kita nafikan iaitu kalimah laailaha. Hal ini demikian kerana kita langsung tidak mempunyai apa-apa perbuatan dan tidak memiliki apa-apa ikhtiar, hanya Allah Taalalah yg melakukannya ke atas hamba. Oleh sebab itulah Nabi (saw) bersabda:

Ertinya:"Matilah kamu sebelum kamu mati iaitu matikan ikhtiar".



 


Soalan:
 
Apakah perbezaan antara org mutawasid dgn org muntaha?


Jawapan:

 
a) Bagi org mutawasid, syirik tetap ada tetapi syirik halus iaitu lebih halus daripada syirik org mubtadi kerana ada wujud dirinya.

b) Bagi org muntaha pula, terlepas daripada syirik halus kerana ia hanya memandang daripada Allah Taala kpd Allah Taala tanpa memandang dirinya yg beramal. Apabila ia beramal ia hanya nampak dalam hatinya bahawa amalannya itu-Daripada Allah, dengan Allah dan bagi Allah."


Rabu, 09 Desember 2009

TEMURAMAH KHAS bersama LEGENDARY_BSS mengenai BSS dan ilmu ketuhanan!!

PENJELASAN SOAL BUDI SUCI SEJATI DARI SUDUT ILMU KETUHANAN



  1. APA ITU BUDI SUCI SEJATI?

-          BUDI SUCI SEJATI (BSS) IALAH SUATU AMALAN HAK UNTUK MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA SEGALA BENTUK KEZALIMAN. DIMANA IA MERUPAKAN BERKENAAN HAKIKAT BAHAWA SESUNGGUHNYA TUHAN TELAH MENYEDIAKAN SUATU RAHSIA YANG MENJADI HAK KHUSUS KEPADA MAKHLUKNYA YANG BERNAMA INSAN IAITU PERIHAL TENTANG KESELAMATAN DIRI DALAM MENGHADAPI UJIAN & CABARAN YANG DIALAMI KETIKA MENJALANI KEHIDUPAN. NAMUN PERIHAL KESELAMATAN DIRI YANG MERUPAKAN HAK INSAN INI TELAH DIRAHSIAKAN TATKALA INSAN ITU DILAHIRKAN SAHAJA DIMUKA BUMI INI KERANA KESESUAIAN SIFAT PERTAMA YANG DIBERIKAN OLEH KETURUNAN BANI ADAM A.S ITU IALAH SIFAT LUPA AKIBAT BISIKKAN IBLIS & DIKUASAI NAFSU. OLEH SEBAB ITU IA DIPANGGIL RAHSIA BAGI INSAN YANG TIDAK MENGETAHUINYA. MAKA HAK INSAN INILAH YANG DIGUNAPAKAI KINI DALAM BSS SEBAGAI AMALAN KESELAMATAN YANG SEBENAR-BENARNYA DIBERIKAN OLEH TUHAN YANG MAHA ESA.

  1. ADAKAH BUDI SUCI SEJATI SUATU AJARAN AGAMA ISLAM?

-          PENGASAS YANG JUGA MAHAGURU BSS DI MALAYSIA, SINGAPURA, BRUNEI & SELATAN THAILAND IAITU ALLAHYARHAM BAPAK HJ HASHIM BIN HJ SHARIFF YANG MULA MENGEMBANGKANNYA SEKITAR 60-AN PERNAH MENERANGKAN DENGAN JELAS BAHAWA BSS BUKANLAH SUATU AJARAN AGAMA ISLAM YANG BERMULA DARI NABI MUHAMMAD S.A.W KERANA BSS TELAH BERMULA SEJAK DARI INSAN PERTAMA, NABI ADAM A.S LAGI TATKALA BELIAU MULA DIHIDUPKAN. DARI ITU JELAS MENYATAKAN BAHAWA SESUNGGUHNYA BSS MERUPAKAN HAK INSAN YANG SEJATI TANPA MENGIRA AGAMA, BANGSA, BAHASA, BUDAYA, WARNA KULIT, NEGARA & SEBAGAINYA. WALAUBAGAIMANAPUN BSS TETAP BERPEGANG KUAT PADA YANG MAHA HAQ & BERTUNJANGKAN KALIMAH SYAHADAH KERANA NABI ADAM A.S DAN NABI MUHAMMAD ITU TETAP BERTUHANKAN PADA YANG ESA JUA IAITU ALLAH S.W.T. ATAS DASAR ITU BSS BEBAS DIPELAJARI OLEH AGAMA LAIN JUGA ASALKAN IA MENGETAHUI INTIPATI BSS SEBENARNYA.

  1. BENARKAH BSS IALAH SUATU ILMU TARIKAT?

-          TIDAK BENAR. BSS BUKAN AJARAN AGAMA ISLAM YANG DIMULAKAN OLEH RASULULLAH S.A.W MAKA DENGAN ITU SECARA LANGSUNGNYA BUKANLAH SUATU AJARAN TARIKAT KERANA SETIAP TARIKAT WAJIB MEMILKI SUSUR-GALUR YANG BERMULA DARI NABI MUHAMMAD S.A.W. TARIKAT YANG BUKAN BERMULA DARIPADA BAGINDA DIPANGGIL OLEH CENDIKIAWAN ISLAM SEBAGAI TARIKAT IBLIS/TARIKAT FIRAUN KERANA TIDAK SAH & MEMBAWA KEPADA KESESATAN JIKA DARI SUDUT ILMU TARIKAT MELALUI AGAMA ISLAM. NAMUN BEGITU DALAM BSS SENDIRI MAMPU MENGHURAIKAN BERKENAAN KEILMUAN ISLAM DALAM SETIAP TINGKATANNYA IAITU SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT, MAKRIFAT. NAMUN JIKA BSS HENDAK DIRUNGKAI DARI SUDUT KEILMUAN ISLAM PULA TERLALU SULIT & HANYA MAMPU BERJAYA JIKA SELESAI MEMPELAJARI ILMU MAKRIFAT ATAU MENDAPAT RAHMAT DARI ILAHI.

  1. DIMANAKAH LETAKNYA MARTABAT KEILMUAN BUDI SUCI SEJATI?

-          GURU YANG MENYAMBUNG MENURUNKAN BSS SELEPAS KEMATIAN PENGASAS YANG JUGA MERUPAKAN ISTERINYA SENDIRI IAITU ALLAHYARHAMAH HJH SITI RAWIYYAH BINTI HJ SAMEN DALAM SEKITAR AWAL 80-AN PERNAH MENGATAKAN BAHAWA BSS BUKANLAH SUATU AJARAN AGAMA, AMALAN KEBATINAN MAHUPUN ILMU KEDUNIAAN KERANA BSS IALAH HAK SETIAP INSAN YANG DIALAMI SETIAP KETIKA DALAM MENJALANI KEHIDUPAN. OLEH SEBAB ITU BSS DITURUNKAN OLEH SETIAP PARA GURU/WAKIL GURU YANG MURSYID SELAMA INI TERUS DALAM BENTUK AMALAN & BUKANNYA DENGAN PERMULAAN KEILMUAN KERANA KEILMUAN BSS HANYA MAMPU DIFAHAMI SECARA TEPAT APABILA SESEORANG ITU MENGAMALKANNYA SEPERTI KATA-KATA ULAMA TASAWUF YANG MENGATAKAN “SELAGI KAMU TIDAK MERASAINYA MAKA KAMU TIDAK AKAN MENGETAHUINYA”. JIKA BSS CUBA DIKELASKAN DARI SUDUT TINGKAT KEILMUAN ISLAM (SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT, MAKRIFAT) MAKA BSS TIADALAH LAYAK TERGOLONG DIDALAM MANA-MANA KELAS TERSEBUT KERANA IA BERADA DIATAS TINGKAT MAKRIFAT IAITU APABILA AHLI MAKRIFAT ITU TELAH MENCAPAI MAKRIFATULLAH. LALU SEPERTI JANJI TUHAN ATAS RAHMATNYA MAKA AKAN TERPANCARLAH KECAHAYAAN PADA DIRI AHLI MAKRIFAT TADI SEBAGAI GANJARAN IA TELAH MENGETAHUI KEBENARAN RAHSIA TUHAN SEPENUHNYA. KECAHAYAAN YANG TERPANCAR ITULAH HAK INSAN YANG DIPAKAI OLEH BSS.
-          BSS JIKA DINILAI DARI SUDUT JENIS KEILMUAN ISLAM PULA (ILMU QALAM, ILMU GHAIB, MAKA ILMU SYAHADAH) MAKA IA ADALAH TERLETAK PADA JENIS ILMU SYAHADAH SESUAI DENGAN PERIHAL KEILMUANNYA YANG TIDAK MUNGKIN MAMPU DICERITAKAN SECARA TEPAT OLEH MANA-MANA INDIVIDU WALAUPUN PARA GURU BSS SENDIRI MELAINKAN DENGAN MENGAJARKAN BENTUK AMALANNYA SAHAJA.INI KERANA KEILMUAN BSS AKAN DIAJARKAN TERUS OLEH ALLAH (SESUAI DENGAN MARTABAT KEJADIANNYA) MELALUI DIRI PENGAMAL ITU SENDIRI YANG AKAN DAPAT MENGALAMI & MERASAI UNTUK MENGETAHUINYA.
-          DAPATLAH DIFAHAMI BAHAWA BSS MERUPAKAN ILMU TERTINGGI/RAJA ILMU JIKA DILETAKKAN DALAM SOAL KEILMUAN SESUAI DENGAN KEJADIANNYA DARI DZAT DIRI TUHAN YANG DISERTAKAN KE DALAM NABI ADAM A.S SEBAGAI HAK SEBELUM MENJADI SUATU RAHSIA KEPADA INSAN SELEPASNYA DIMULAI OLEH HABIL & QABIL LALU TERUS MEREBAK SEBANYAK BILANGAN INSAN JUA DIMUKA BUMI INI SEHINGGALAH HARI KIAMAT. DIMANA HAK TERSEBUT BERUPA DARIPADA KECAHAYAANNYA(NUR) YANG DIPANGGIL SEBAGAI ‘NUR BUDI’ OLEH PEMBAWAK AMALAN BSS ITU ADALAH MELIPUTI SELUAS 7 PETALA LANGIT & BUMI SERTA SEKALIAN ISI DIANTARANYA. IA JUGA DILETAKKAN PADA MARTABAT TERTINGGI SEBAGAI RAJA ILMU ADALAH KERANA KEBENARANNYA YANG MAMPU MENGHURAI SERTA MENYELESAIKAN SEGALA PERMASALAHAN ATAU PERSOALAN SEGALA ILMU MENURUT SUDUTNYA SENDIRI.
-          NYATA WUJUD KEILMUAN BSS ITU ADALAH DENGAN SENDIRINYA TANPA PERLU BERSANDARKAN PADA MANA-MANA ILMU YANG LAIN SERTA MAMPU MERUNGKAI KEILMUAN LAIN DENGAN MENGGUNAKAN SUDUT PERSPEKTIFNYA SENDIRI.



  1. APAKAH TUJUAN HAK ITU DISERTAKAN DALAM SETIAP INSAN?

-          DIINGATKAN LAGI BAHAWA HAK ITU ADALAH DARI RAHSIA DIRINYA TUHAN YANG DISERTAKAN KE DALAM KEJADIAN ADAM SEKALIGUS DINAMAKAN SEBAGAI HAK INSAN. DIYAKINI HAK ITU TERDAPAT DIDALAM RUH KITA SESUAI DENGAN SAHIH AL-KALAM YANG ADA MENYATAKAN BAHAWA KEJADIAN CIPTAAN RUH ADALAH DARI KERAHSIAAN TUHAN & URUSAN TUHAN, LALU TIADALAH SEKALIAN MAKHLUK DAPAT MENGETAHUI BERKENAANNYA KECUALI MANUSIA MELAINKAN AMAT SEDIKIT. ATAS KENYATAAN INI JUGALAH IA DINAMAKAN SEBAGAI CAHAYA BUDI DALAM AMALAN KEILMUAN BSS. TUJUAN UTAMA HAK BERUPA KECAHAYAAN DISERTAKAN ADALAH SEBAGAI KESELAMATAN BUAT INSAN TATKALA LAHIR DIMUKA BUMI SEHINGGALAH IA DIKEMBALIKAN/MATI. HAK INI MENJADI PELINDUNG & JAWAPAN BUAT MANUSIA KETIKA MENGHADAPI, MENGALAMI & MENJALANI KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN MASALAH PANCAROBA SERTA KEZALIMAN DARI IBLIS, JIN, NAFSU, MANUSIA. JIKA KESELAMATAN DIRI DICAPAI MAKA TIADALAH SEBARANG SEKATAN/HALANGAN LAGI BUAT INSAN ITU UNTUK MENUNAIKAN TANGGUNGJAWABNYA BERIBADAH SEBAGAI HAMBA & SEBAGAI KHALIFAH YANG MENJAGA ALAM INI DENGAN SEBAIKNYA.

  1. APAKAH BEZA ANTARA BUDI SUCI SEJATI DENGAN ISLAM?

-          BSS TELAH BERMULA SEJAK RASUL YANG JUGA MANUSIA PERTAMA IAITU NABI ADAM A.S. MANAKALA AGAMA YANG BERNAMA ISLAM ITU TELAH DIMULAI OLEH RASUL TERAKHIR IAITU KEKASIH ALLAH, NABI MUHAMMAD S.A.W. AGAMA ITU MEMBAWA MAKSUD KEPERCAYAAN MANAKALA ISLAM ITU BERMAKSUD DAMAI/SEJAHTERA. JUGA SAHIH DIDALAM AL-QURAN ADA MENJELASKAN BAHAWA DALAM DIRI SETIAP MANUSIA ITU DISEDIAKAN 3 HAK SEMASA HIDUPNYA IAITU RUH, AGAMA, KESELAMATAN. MAKA JELAS KETIGA-TIGANYA BERBEZA NAMUN SALING BERKAITAN KERANA ASAL DARI SATU MAHA PENCIPTA JUA.BSS MENGAJAR INSAN BAGI MENGETAHUI SEGALA BERKENAAN DIRI YANG SEBENARNYA MELALUI ASAL KEJADIAN INSAN & MENGAKUI HAKIKAT YANG HAKIKI UNTUK SELAMAT DARI SEGALA KEZALIMAN DIDUNIA. MANAKALA ISLAM ADALAH AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR ATAS SYARIAT TUHAN & RASUL BAGI MENCAPAI KESEJAHTERAAN DUNIA JUA KEBAHAGIAAN AKHIRAT.
-          RINGKASNYA ISLAM ITU ADALAH BAGI MENGABDIKAN DIRI PADA TUHAN YANG KEKAL ABADI DIMANA MARTABAT HAMBA MENJADI KHALIFAH MANAKALA BSS PULA UNTUK INSAN MENGETAHUI & MENGAKUI KEHAMBAAN DIRI PADA TUHAN YANG MAHA BENAR DIMANA DARI MARTABAT KHALIFAH KEPADA HAMBA. SESUNGGUHNYA BSS TANPA ISLAM ITU HANYALAH KERUGIAN. ISLAM TANPA BSS ITU ADALAH KESULITAN.

  1. APAKAH GANJARAN MENGAMALKAN BUDI SUCI SEJATI?

- MENGAMALKAN JURUSAN BSS TIDAKLAH AKAN MENAMBAHKAN PAHALA SOLAT BEGITU JUGA SEBALIKNYA KERANA GANJARAN YANG MENGAMALKANNYA ADALAH SEMEMANGNYA BERBEZA DENGAN GANJARAN ORANG MENGERJAKAN IBADAT SEPERTI SOLAT YANG MANA DIJANJIKAN TIMBANGAN PAHALA & BALASAN SYURGA DI AKHIRAT KELAK. GANJARAN YANG DIMILIKI OLEH PENGAMAL BSS IALAH MENDAPAT MARTABAT TEMPAT DISISI ALLAH SESUAI DENGAN AMALANNYA SEPERTI MARTABAT YANG DIBERIKAN KEPADA INSAN YANG MENCARINYA. PEMBAWAK BSS JUGA MAMPU MEMILIKI KEISTIMEWAAN MENCARIK ADAT.SEPERTI PARA ARIFFIN, AHLI MAKRIFAH ATAU KAROMAH SEPERTI PARA WALI BESAR MENGIKUT TAHAP MASING-MASING. INI SEMUA GANJARAN KERANA MENGAMALKAN CAHAYA BUDI YANG TELAH TERPANCAR DIMANA KECAHAYAAN INILAH YANG MENGISAHKAN SERTA MENYINGKAP SEGALA HAKIKAT-HAKIKAT HIDUP DI ALAM INI YANG MEMBUKTIKAN KEAGUNGAN TUHAN MAHA AGUNG. CAHAYA BUDI IALAH YANG DIINGINKAN OLEH PARA SUFI KERANA IA ADALAH KEMUNCAK NIKMAT YANG DIPEROLEHI APABILA MENGENALI DIRI & TUHANNYA SEBELUM CAHAYA ITU MELEBURKAN JASAD MEREKA LALU LENYAP FANABILLAH. NAMUN AHLI BSS HANYA TIDAK MUNGKIN MAMPU MENCAPAI PROSES FANA ITU WALAUPUN TELAHPUN MEMILIKI KECAHAYAAN BUDI ITU KECUALI MENGIKUTI SEGALA TUNTUTAN SYARIAT ISLAM DENGAN SEMPURNA.