|  Professor Adam Sedgwick | 
Sahabat karib Darwin,            Profesor Adam Sedgwick adalah di antara mereka yang mengedari bahaya            yang dibawakan oleh teori evolusi ini di masa hadapan.
            Beliau mencatatkan, selepas membaca dan meringkaskan buku 
The Origin            of Species, bahawa 
 "sekiranya buku ini diterima            oleh masyarakat umum, ia akan membawa bersamanya satu bentuk keganasan            manusia yang belum pernah disaksikan sebelum ini."7            Dan sememangnya masa telah membuktikan kebimbangan Sedgwick itu berasas.            Kurun ke 20 telah ditinggalkan sebagai satu zaman kegelapan di mana            manusia dibunuh beramai-ramai hanya disebabkan oleh bangsa dan asal            usul etnik mereka.
 Walau pun, telah berlaku diskriminasi dan penghapusan            yang berasaskan kepadanya di dalam sejarah kemanusiaan sebelum kemunculan            Darwin. Tetapi Darwinisme telah memberikan diskriminasi            ini kehormatan saintifik yang salah dan kebenaran yang silap.
"Pemeliharaan Ke Atas Bangsa-bangsa            Pilihan…"
Kebanyakan Darwinis hari ini mendakwa bahawa Dawin            bukan seorang rasialis, tetapi sebaliknya golongan rasialis yang telah            memberikan ulasan mereka terhadap idea Darwin secara berat sebelah untuk            tujuan menyokong pandangan mereka sendiri. Mereka mendakwa ekspresi            "By Preservation of Favoured Races" pada satu tajuk di dalam            buku The Origin of Species hanya untuk binatang. Bagaimana            pun, apa yang telah diabaikan oleh mereka yang membuat dakwaan ini ialah            apa yang telah disebutkan oleh Darwin tentang bangsa-bangsa manusia            di dalam bukunya.
Berdasarkan kepada pandangan yang telah dikemukakan            oleh Darwin di dalam buku ini, bangsa-bangsa manusia mewakili peringkat-peringkat            evolusi yang berbeza, dan sebahagian bangsa-bangsa ini telah berkembang            dan bergerak maju lebih baik daripada sebahagian yang lain. Sebahagian            yang lain pula, berada pada paras yang hampir sama dengan monyet.
Darwin mendakwa bahawa "perjuangan untuk hidup" juga            berlaku di kalangan bangsa-bangsa manusia. "Bangsa-bangsa terpilih"            telah berjaya di dalam perjuangan ini. Menurut Darwin bangsa pilihan            tersebut ialah bangsa kulit putih Eropah. Sementara bagi bangsa-bangsa            Afrika dan Asia, mereka telah ketinggalan di dalam perjuangan untuk            hidup. Lebih daripada itu Darwin juga menyatakan: bangsa-bangsa ini            lama kelamaan akan tewas sepenuhnya di dalam perjuangan untuk hidup            ini dan akhirnya akan hilang, dia mendakwa:
           Suatu masa nanti, tidak berapa            lama lagi, bangsa-bangsa manusia yang bertamadunakan menghapuskan dan            menggantikan bangsa-bangsa buas di seluruh dunia. Pada masa yang sama,            makhluk-makhluk iras beruk… pasti akan terhapus. Perbezaan di antara            manusia dan sekutunya yang paling hampir akan menjadi lebih jauh, jika            tidak ia akan mengganggu manusia di negara yang lebih bertamadun, 
seperti            yang kita harapkan, seperti perbezaan bangsa kulit putih dan beberapa            jenis beruk serendah babun, tidak seperti perbezaan sekarang di antara            Negro atau bangsa Australia dan gorila.
8 
          Di samping itu, di bahagian lain di dalam The Origin            of Species, Darwin juga telah mendakwa bahawa adalah perlu untuk            bangsa-bangsa yang lebih rendah dihapuskan dan tidak perlu bagi manusia            yang maju untuk cuba melindungi mereka dan membiarkan mereka hidup.            Beliau membandingkan keadaan ini dengan situasi orang yang menternak            haiwan ternakan:
            Dengan            keganasan, yang lemah dari segi fizikal dan minda akan dihapuskan;            dan mereka yang selamat selalunya menunjukkan tahap kesihatan yang hebat.            Kami telah memajukan manusia, di samping itu kami berusaha untuk memeriksa            proses penghapusan ini; kami telah membina kem-kem tahanan untuk mereka            yang gila, cacat dan sakit; kami telah memulakan undang-undang kemiskinan;            dan pakar-pakar perubatan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan            nyawa setiap orang sehingga ke saat-saat akhir. Dipercayai bahawa pemberian            vaksin telah menyelamatkan beratus-ratus manusia, di mana mereka yang            lemah selalu tewas kepada cacar. Oleh itu, mereka yang lemah daripada            masyarakat- masyarakat yang maju meningkatkan diri mereka. Siapa pun            yang menjalankan penternakan haiwan domestik tidak akan merasa ragu            bahawa ia akan memudaratkan bangsa manusia.
9  
          Seperti yang dapat kita saksikan, di dalam buku beliau            The Origin of Species Darwin melihat penduduk asli Australia            dan Negro sebagai makhluk-makhluk yang sama taraf dengan gorila dan            mendakwa bahawa bangsa-bangsa ini akan lenyap. Sementara bagi bangsa-bangsa            lain yang dilihatnya sebagai "bermartabat rendah", dia menegaskan bahawa            adalah perlu untuk menyekat mereka supaya bangsa-bangsa ini pupus. Oleh            itu, laluan rasisme dan diskriminasi yang masih wujud sehingga ke hari            ini, telah disahkan dan diterima oleh Darwin dengan cara ini.
Sementara itu, perkara yang berlaku kepada "mereka            yang bertamadun", menurut idea rasialis Darwin, adalah untuk mempercepatkan            sedikit jangka masa evolusi ini, seperti yang akan kita saksikan secara            terperinci selepas ini. Di dalam keadaan ini tidak terdapat sebarang            bantahan, daripada pandangan "saintifik", untuk bangsa-bangsa ini, yang            akan lenyap, daripada dimansuhkan sekarang.
Wajah sebenar rasialis Darwin            dapat diperhatikan di dalam tulisan-tulisan dan pemerhatiannya. Sebagai            contoh, beliau secara terbuka telah memperlihatkan prejudis rasialisnya            apabila menggambarkan orang asli Tierra del Fuego yang dilihatnya ketika            di dalam sebuah pengembaraan panjang yang dilakukannya pada tahun 1871.            Dia menggambarkan mereka sebagai makhluk-makhluk hidup yang "bertelanjang            sepenuhnya, berlumur dengan warna-warna, makan apa sahaja yang mereka            temui tidak ubah seperti binatang liar, tidak terkawal, ganas terhadap            siapa sahaja di luar kabilah mereka, merasa megah menyeksa musuh mereka,            menawarkan pengorbanan berdarah, membunuh anak-anak mereka, menyeksa            isteri-isteri mereka, padat dengan kepercayaan khurafat yang tidak masuk            akal". Bagaimana pun, seorang penyelidik W.P. Snow, yang telah menjelajah            ke kawasan yang sama sepuluh tahun sebelumnya, telah memberikan gambaran            yang berbeza. Menurut Snow, Tierra del Fuegians adalah "sahabat-sahabat            yang perkasa dan baik; mereka amat menyayangi anak-anak mereka; sebahagian            daripada bahan artifak mereka mempunyai nilai seni yang tinggi; mereka            mengiktiraf beberapa hak harta benda; dan mereka menerima kuasa autoriti            beberapa wanita yang lebih berumur."
10Seperti yang dapat dilihat pada            contoh ini, Darwin sememangnya seorang rasialis. Tambahan pula, seperti            yang telah dikatakan oleh pengarang buku 
What Darwin Really Said,            Benjamin Farrington, Darwin telah mengeluarkan banyak ulasan berkaitan            dengan "
perbezaan ketara di antara manusia-manusia            yang berbeza bangsa" di dalam bukunya
 The Descent of Man.
11Lebih daripada itu, teori Darwin yang mengingkari kewujudan            Tuhan, telah menyebabkan manusia tidak menyedari bahawa mereka adalah            ciptaan Tuhan dan semua manusia telah dijadikan sama rata. Dan ini merupakan            salah satu faktor di sebalik peningkatan rasisme dan penerimaannya di            dunia. Seorang pakar sains Amerika James Ferguson telah mengumumkan            kaitan di antara penafian ciptaan dan peningkatan fahaman rasisme seperti            berikut:
            Ilmu antropologi baru akan            menjadi satu medan teori di antara dua aliran pemikiran yang berbeza            tentang asal usul hidupan. Aliran yang tertua dan lebih kukuh ialah            "monogenisme", kepercayaan bahawa semua manusia, tanpa mengira warna            kulit dan sifat-sifat lain, berasal terus daripada Adam dan terhasil            daripada ciptaan Allah. Monogenisme telah disebarkan oleh gereja dan            telah diterima luas sehingga abad ke-19, 
apabila            penentang kepada teori ini mula menyemarakkan teori "poligenisme" (teori            evolusi) yang percaya bahawa komuniti-komuniti yang berbeza mempunyai            asal usul yang berbeza.
12 
          Seorang antropologis India Lalita Vidyarthi menerangkan            bagaimana teori evolusi Darwin telah menyebabkan rasisme diterima oleh            sains-sains kesosialan:
            Teori            beliau (Darwin) tentang 'yang kuatlah, yang terus hidup' telah            dialu- alukan oleh para pakar sains kesosialan hari ini, dan mereka            percaya manusia telah mencapai peringkat-peringkat evolusi tertentu            yang mencapai kemuncaknya pada tamadun bangsa kulit putih.
            Pada separuh kedua abad ke-19, rasisme talah diterima sebagai satu fakta            oleh majoriti para pakar sains Barat.13           
          Sementara itu, bagi penyokong-penyokong Darwin yang            datang selepasnya, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan            pandangan rasialisnya. Untuk melakukannya, mereka tidak langsung merasa            bersalah untuk mereka banyak ketidakjajaran saintifik dan pembohongan.            Mereka menjangkakan bahawa apabila mereka telah berjaya membuktikannya,            mereka akan memperolehi bukti secara saintifik kedudukan dan "hak" mereka            untuk menindas, menjajah, dan malah memusnahkan bangsa lain, sekiranya            ianya diperlukan.
Di dalam buku ketiganya 
The            Mismeasure of Man, Stephen Jay Gould telah menggariskan bahawa            sebahagian antropologis telah memalsukan data-data mereka untuk membuktikan            "kedudukan" bangsa kulit putih. Menurut Gould, cara yang sering mereka            gunakan ialah dengan memalsukan saiz otak tengkorak-tengkorak yang telah            difosilkan dan ditemui mereka. Gould menyebutkan di dalam bukunya bahawa,            anggaran saiz otak mempunyai kaitan dengan kebijaksanaan, ramai antropologis            menambah saiz tengkorak orang kulit putih dan mengurangkan saiz tengkorak            orang-orang kulit hitam dan India.
14              |  Stephen Jay Gould dan bukunya yang mendedahkan                  sifat rasis Darwin. | 
Di dalam buku beliau Ever Since Darwin, Gould            menerangkan dakwaan pelik penyokong-penyokong Darwin yang dikemukakan            untuk menunjukkan bahawa sebahagian bangsa adalah berkasta rendah:
           Haeckel dan rakan-rakannya            juga mencapai kesimpulan yang mengesahkan ketinggian darjat bangsa kulit            putih Eropah Utara. Mereka telah meneliti bukti- bukti anatomi dan kelakuan            manusia, dengan menggunakan apa sahaja yang dapat mereka temui daripada            otak ke pusat. Herbert Spencer menulis bahawa "kebijaksanaan mereka            yang tidak bertamadun… adalah sama dengan kanak- kanak yang bertamadun".            Carl Vogt menyatakannya dengan lebih keras pada 1864; "Kelakuan orang            dewasa Negro, jika dilihat kepada kebijaksanaannya, adalah sama dengan            kanak-kanak… Beberapa bangsa telah mengasaskan bandar-bandar, memiliki            sebuah organisasi yang hebat, tetapi, bagi sebahagian yang lain, kita            dapat perhatikan bahawa seluruh bangsa ini, samada dahulu dan juga sekarang,            tidak mempamerkan apa-apa yang menjurus ke arah pembangunan manusia            atau sesuatu yang layak dipelihara".
15
          Dan seorang pakar anatomi perubatan Perancis, Etienne            Serres bermatian mendakwa bahawa lelaki bangsa kulit hitam adalah primitif            hanya kerana pusatnya berada pada paras yang lebih rendah.
Seorang evolusionis sezaman dengan Darwin, Havelock            Ellis, menyokong perbezaan di antara bangsa-bangsa maju dan bangsa-bangsa            mundur dengan sebuah penjelasan "saintifik", dengan mengatakan bahawa:
            Kanak-kanak bagi kebanyakan            bangsa Afrika berada pada tahap kebijaksanaan yang lebih rendah daripada            kanak-kanak Eropah, ketika kanak-kanak Afrika tersebut membesar menjadi            bodoh dan lembab, dan seluruh kehidupan sosialnya berada di dalam keadaan            rutin yang sempit, kanak-kanak Eropah pula mengecapi zaman kanak-kanak            yang riang.
16 
          Seorang pakar antropologi penyokong            Darwin Perancis, Vacher de Lapouge menyarankan di dalam hasil kerja            beliau bertajuk 
Race et Milin Social Essais d'Anthroposociologie            (Paris 1909) bahawa kelas bukan kulit putih adalah keturunan manusia            liar yang tidak belajar untuk bertamadun, atau contoh kelas darah campuran            yang mundur. Beliau mendapatkan keputusan tersebut dengan mengukur tengkorak            golongan atasan Paris dan golongan bawahan di kubur. Berdasarkan keputusan            beliau, berdasarkan kepada tengkorak-tengkorak mereka sebahagian manusia            lebih cenderung untuk menjadi kaya, berkeyakinan diri dan merdeka, dan            sebahagian yang lain bersifat konservatif, berpuas hati dengan yang            sedikit, dan memiliki semua kualiti yang sesuai sebagai seorang hamba            yang baik, kelas-kelas adalah hasil daripada pemilihan kesosialan, masyarakat            kelas atasan berada bersama dengan bangsa-bangsa maju, darjah kesihatan            ditentukan oleh indeks tengkorak. Lapouge kemudiannya telah membuat            satu ramalan, "Saya berpandangan bahawa pada tahun-tahun mendatang ini            manusia akan saling berbunuhan di antara satu sama lain kerana kepala            mereka telah pusing atau pening"
17, dan ramalan            ini telah menjadi kenyataan, seperti yang akan kita lihat dengan lebih            terperinci di dalam bab-bab berikutnya di dalam buku ini, dan abad ke-20            telah menyaksikan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan kerana rasisme…!
Dan bukan hanya pakar antropologi:            pakar entromologi (mereka yang mengkaji serangga) juga telah memberikan            sokongan kepada rasialis yang telah dirangka oleh Darwinisme dengan            dakwaan yang tidak dapat diterima akal. Sebagai contoh, pada tahun 1861,            seorang pakar entromologi Inggeris telah mencapai satu konklusi, selepas            mengumpulkan kutu yang hidup di tubuh manusia di bahagian-bahagian yang            berbeza di seluruh dunia, bahawa kutu satu bangsa tidak dapat hidup            di atas badan orang lain, yang apabila dilihat pada peringkat sains            hari ini, ia sememangnya mengarut.
18 Apabila mereka            yang berstatus pakar sains sanggup membuat pengumuman seperti ini, maka            tidak hairanlah sebahagian rasialis dogmatik boleh menggunakan slogan-slogan            yang tidak logik, tidak masuk akal, dan sama sekali tidak bererti seperti            "kutu Negro pun adalah Negro juga."
Kesimpulannya, rasialis yang menyebelahi teori Darwin            telah mendapat tanah subur pada pertengahan kedua abad ke-19. Kerana            pada masa itu bangsa kulit putih Eropah sedang ternanti-nanti satu teori            yang menyokong jenayah-jenayah mereka sendiri.
Penjajahan dan Darwinisme British
Negara yang mendapat untung daripada pandangan rasialis            Darwin ini ialah negara Darwin sendiri, Britain. Pada tahun-tahun ketika            Darwin mengemukakan teorinya, Great Britain berada pada kedudukan untuk            membentuk empayar jajahan nombor satu di dunia. Semua sumber-sumber            semula jadi di kawasan menganjur daripada India ke Amerika Latin telah            dieksploitasi oleh Empayar British. "Orang-orang kulit putih" telah            merompak seluruh dunia untuk kepentingan mereka sendiri.
Tetapi, sudah tentu, dengan dimulakan dengan Great            Britain, tidak satu pun negara penjajah yang mahu dikenali sebagai "perompak"            dan untuk terus dikenali di dalam lipatan sejarah seperti itu. Kerana            itu, mereka mencari-cari penjelasan untuk membuktikan bahawa apa yang            mereka lakukan adalah betul. Seperti penjelasan yang menggambarkan orang-orang            yang telah dijajah ini sebagai "manusia primitif" atau "makhluk seperti            haiwan". Dengan cara ini, mereka yang dibunuh beramai-ramai dan mendapat            layanan yang tidak berperikemanusiaan tidak akan dilihat sebagai manusia,            tetapi sebaliknya sebagai makhluk separuh-manusia separuh-haiwan, dan            layanan buruk yang mereka terima tidak akan dianggap sebagai satu jenayah.
Sebenarnya pencarian ini bukannya baru: penyebaran            awal penjajahan di dunia ini bermula pada abad ke-15 dan 16. Dakwaan            yang menyatakan bahawa sebahagian bangsa manusia mempunyai sifat-sifat            separuh-haiwan telah dikemukakan untuk pertama kalinya oleh Christopher            Columbus di dalam pengembaraannya ke Amerika. Menurut dakwaan ini, Orang            Asli Amerika bukan manusia, tetapi satu spesies haiwan yang telah berkembang.            Kerana itu, mereka layak berkhidmat untuk penjajah-penjajah Sepanyol.
              |  PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI KE ATAS PENDUDUK                  PERIBUMI AMERIKA: Setelah penemuan Amerika oleh Columbus,                  telah bermula pembunuhan beramai-ramai penduduk peribumi Amerika.
 | 
Walau berapa hebat Columbus            digambarkan di dalam filem tentang penemuan Amerika sebagai seorang            yang telah menonjolkan watak yang baik dan berperikemanusiaan kepada            orang-orang asli, tetapi sebenarnya Columbus tidak pernah menganggap            orang-orang asli ini sebagai manusia.
19Christopher Columbus adalah orang pertama yang melakukan            pembunuhan beramai-ramai. Columbus telah menubuhkan koloni Sepanyol            di tempat-tempat yang dijelajahinya, menjadikan orang-orang asli sebagai            hamba dan dia juga bertanggungjawab untuk memulakan perniagaan hamba-hamba.            "Penaklukan" Sepanyol menyaksikan polisi penindasan dan eksploitasi            yang telah diamalkan oleh Columbus, dan telah meneruskannya: pembunuhan            beramai-ramai yang telah dilakukan telah mencapai satu dimensi yang            tidak dapat dipercayai. Sebagai contoh, populasi sebuah pulau, adalah            200,000 apabila Columbus mula sampai ke situ, dan menjadi 50,000 sahaja            20 tahun kemudian, dan pada 1540 hanya seribu yang masih tinggal. Apabila            penakluk Sepanyol yang terkenal, Cortes, pertama kali menjejakkan kakinya            ke Mexico pada Februari 1519, jumlah populasi orang asli ialah 25 juta,            tetapi pada 1605 ia telah menurun kepada I juta sahaja. Di pulau Hispaniola,            populasi yang asalnya adalah 7-8 juta pada 1492, telah jatuh kepada            4 juta pada 1496, dan hanya tinggal 125 orang pada 1570. menurut pandangan            ahli sejarah, kurang seabad Columbus menjejakkan kakinya ke benua tersebut            95 juta telah dibunuh beramai-ramai oleh penjajah. Ketika Columbus menemui            Amerika, terdapat 30 juta orang asli tinggal di benua tersebut. Hasil            daripada pembunuhan beramai-ramai sejak dahulu sehingga sekarang, mereka            telah berada pada kedudukan menjadi satu bangsa yang berpopulasi kurang            daripada 2 juta.
              |  | 
Sebab pembunuhan beramai-ramai ini mencapai kepada            kadar yang menyayat hati ini adalah kerana orang-orang asli ini tidak            dilihat sebagai manusia, tetapi sebaliknya sebagai binatang.
Tetapi dakwaan penjajah ini            tidak mendapat banyak sokongan. Di Eropah pada masa yang sama, kenyataan            bahawa manusia telah dijadikan sama rata oleh Tuhan dan mereka semua            adalah keturunan daripada seorang moyang - Adam - telah diterima dengan            meluas, di mana Gereja Katolik telah mengambil kedudukan yang jelas            menentang pencerobohan perompak. Salah satu contoh terbaik ialah jawapan            paderi Chiapas, Bartolome de las Casas, yang turut sama menjejakkan            kaki ke Dunia Baru bersama dengan Columbus, yang menyatakan bahawa orang-orang            asli itu "setiap mereka adalah manusia," sebagai jawapan kepada dakwaan            para penjajah bahawa orang-orang asli tersebut adalah "satu spesies            haiwan". Paus Paul III telah mengecam layanan ganas terhadap orang-orang            asli di dalam satu perintah rasminya pada 1537, dan mengisytiharkan            bahawa orang-orang asli adalah manusia sebenar yang mempunyai kemampuan            untuk kepercayaan agama.
20Tetapi pada abad ke-19 keadaan ini telah berubah. Bersama            dengan tersebarnya fahaman falsafah materialis dan kerenggangan masyarakat            daripada agama, kenyataan bahawa manusia telah dijadikan oleh Tuhan            mula dinafikan. Ini, seperti yang telah disebutkan di halaman terdahulu,            berlaku pada masa yang sama dengan peningkatan rasialisme.
Dengan perkembangan falsafah Darwinisme-materialis            pada abad ke-19, rasialisme telah menjadi bertambah kuat, dan ini telah            membentuk sokongan yang hebat kepada sistem imperialis Eropah.
James Joll, yang telah meluangkan banyak masa sebagai            profesor sejarah di beberapa buah universiti seperti Oxford, Stanford            dan Harvard, di dalam buku beliau Europe Since 1870, yang masih digunakan            sebagai buku teks di universiti-universiti, telah menerangkan hubungan            ideologi antara Darwinisme, imperialisme, dan rasialisme:
           Kumpulan-kumpulan idea terkenal            yang mengaspirasikan konsep imperialis ialah mereka yang diklasifikasikan            sebagai "Darwinisme kesosialan", yang melihat hubungan di antara negara-negara            sebagai perjuangan untuk hidup yang berterusan, di mana sebahagian bangsa            dianggap sebagai "lebih maju" daripada yang lain di dalam satu proses            evolusi, di mana yang terkuat perlu memperkukuhkan diri mereka.
Charles Darwin, seorang pakar sains berbangsa Inggeris            di mana buku beliau The Origin of Species, telah diterbitkan pada tahun            1859, dan The Descent of Man, seterusnya pada tahun 1871, telah mencetuskan            kontroversi yang memberikan kesan kepada berbagai cabang pemikiran Eropah…            Idea-idea Darwin, dan rakan- rakan sezamannya seperti ahli falsafah            Inggeris Herbert Spencer,… telah menimbulkan persoalan-persoalan yang            jauh daripada sains… Elemen Darwinisme yang muncul di dalam pembangunan            masyarakat adalah kepercayaan yang menyatakan bahawa peningkatan populasi            melebihi keperluan sokongan memerlukan satu pertembungan untuk hidup            yang konsisten di mana yang terkuat dan gagah akan menang.
Daripada itu, mudahlah bagi pemikir-pemikir sosial            memberikan sokongan moral kepada kepercayaan 'yang kuatlah, yang terus            hidup', supaya dengan itu, spesies dan bangsa yang selamat adalah mereka            yang secara moralnya layak sahaja.
Doktrin pilihan semula jadi dapat seiringan dengan            pemikiran-pemikiran lain yang telah dimajukan oleh seorang penulis Perancis,            Count Joseph-Arthur Gobineau, yang telah menerbitkan 'An Essay on the            Inequality of Human Races' pada tahun 1853. Gobineau menegaskan bahawa            faktor paling utama di dalam pembangunan ialah bangsa; dan bangsa-bangsa            yang maju ialah mereka yang menjaga kesempurnaan jati diri bangsa mereka.            Kerana itu, menurut Gobineau, bangsa Aryan adalah bangsa yang paling            berjaya… Houston Stewart Chamberlain ialah orang yang bertanggungjawab            mengetengahkan sebahagian daripada idea ini… Hitler sendiri mengagumi            penulis ini (Chamberlain) dengan menziarahi beliau di akhir hayatnya            pada 1927.
21 
Seperti yang telah dibuktikan, terdapat          rantai ideologi yang menghubungkan Darwin kepada pemikir-pemikir rasialis          dan imperialis, dan berlanjutan sehingga kepada Hitler. Darwinisme adalah          ideologi asas kepada imperialisme, yang telah menenggelamkan dunia di          dalam lautan darah pada abad ke-19, dan Nazisme yang telah melakukan perkara          yang sama pada abad yang ke-20.
          Ratu Victoria Great Britain            juga menerimanya sebagai "ideologi asas" di dalam Darwinisme. Great            Britain telah mendapat keuntungan besar melalui penjajahan, dan tidak            ada sebab untuk mereka tidak mengundang bencana ke atas mereka yang            tinggal di bawah penjajahan tersebut untuk keuntungan mereka sendiri.            Satu contoh permainan politik kotor imperialisme ialah "Perang Candu"            menentang China. Great Britain mula menyeludup masuk dadah candu yang            ditanam di India ke China sejak suku pertama abad ke-19. Penyeludupan            candu ini telah dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk mendapatkan            defisit yang baik di dalam dagangan luar. Lambakan dadah ini ke negara            ini telah memberi kesan yang melemahkan autoriti negara China terhadap            jajahannya sendiri. Keruntuhan masyarakat akhirnya mencapai ke satu            dimensi yang serius. Pengharaman candu yang terpaksa dilakukan oleh            kerajaan China setelah sekian lama merasa ragu, telah membawa kepada            Perang Candu yang pertama (1838-1842). Tidak dapat dinafikan lagi bahawa            peperangan ini telah menyebabkan China muflis. China terpaksa menundukkan            kepalanya kerana penyusutan angkatan tenteranya di dalam setiap konfrontasi            dengan kuasa luar dan menerima permintaan mereka yang sentiasa meningkat.            Barat pula telah mula menduduki kawasan jajahan China sedikit demi sedikit            daripada tahun 1842. Mereka telah mengambil pelabuhan konsesi daripada            tangan China, menyewa ladang-ladang mereka, dan memaksa negara tersebut            membuka kepada negara luar dengan cara yang memberikan keuntungan yang            berlipat kali ganda kepada mereka. Hasil daripada ini, kemiskinan di            dalam negara, kelemahan kerajaan, dan kehilangan kawasan jajahan China            secara pelahan-lahan, telah membawa banyak pemberontakan.
              | PENIPUAN PILTDOWN MAN Salah satu petanda inspirasi teori evolusi tawarkan                  kepada imperialisme British, ialah skandal Piltdown Man.  Pada 1912, sebiji tengkorak aneh telah ditemui                  di Piltdown, England. Charles Dawson, pakar sains yang telah menemui                  tengkorak tersebut bersama kumpulannya, mendakwa ia adalah kepunyaan                  satu makhluk separuh beruk-separuh manusia. Arthur Keith, seorang                  pakar anatomi dan penyokong evolusi terkenal telah menjalankan                  uji kaji ke atasnya dan mengesahkan hasilnya.  Bagaimanapun, Dawson dan Keith telah menekankan                  satu fakta penting. Fosil tengkorak ini adalah sama besarnya dengan                  manusia moden. Tetapi, rahangnya mempunyai sifat-sifat beruk.                 Secara tiba-tiba tengkorak Piltdown Man telah                  menjadi satu kebanggaan kepada British. Memandangkan tengkorak                  tersebut telah ditemui di England, sudah tentu ia adalah moyang                  bangsa British. Menurut rakyat British, keluasan otak yang besar                  menunjukkan bahawa bangsa British telah berkembang maju sebelum                  bangsa-bangsa lain, dan lebih tinggi daripada bangsa-bangsa lain.                 Kerana itulah, penemuan Piltdown Man telah menggegarkan                  England. Akhbar-akhbar menyiarkannya di muka depan dan orang ramai                  merayakan penemuan ini dengan gembira. Kerajaan British telah                  menganugerahkan darjah kehormatan kepada Arthur Keith di atas                  penemuan masyhurnya ini. Don Johanson, menggambarkan hubungan                  di antara fosil Piltdown Man dan imperialisme English:   Penemuan Piltdown Man adalah amat berpusat pada                  kebangaan Europa. Tidak hanya otak tersebut mempunyai kemuliaan,                  tetapi bangsa Inggeris juga mempunyai kemuliaan yang sama.*  Inspirasi yang English kecapi daripada Piltdown                  Man ini hanya berlangsung sehingga 1953, apabila Kenneth Oakley,                  seorang pakar sains yang telah mengkaji semula fosil tersebut                  secara terperinci, telah mendedahkan bahawa ia adalah penipuan                  terbesar abad ini. Fosil tersebut telah dihasilkan dengan menggabungkan                  rahang orang utan kepada sebiji tengkorak manusia. *Don Johanson, In Search of Human Origins, 1994                  WGBH Educational Foundation | 
 Pengalaman di China hanyalah satu contoh hasil polisi            British. Sepanjang abad ke-19, dimensi penindasan dan penderitaan imperialisme            British telah dialami oleh mereka yang berada di kawasan-kawasan seperti            Afrika Selatan, India dan Australia.
Tugas untuk menjustifikasikan sistem British yang menindas            ini dan berusaha untuk menonjolkan ia adalah wajar, telah jatuh ke bahu            para pakar sosiologi dan pakar sains British. Dan Darwinlah yang paling            utama dan berkesan di kalangan mereka. Darwinlah yang telah mendakwa            melalui evolusi terdapatnya "bangsa atasan", iaitu "bangsa kulit putih",            dan membuktikan bahawa penindasan orang-orang kulit putih ke atas orang            lain adalah "undang-undang semula jadi".
 Disebabkan oleh justifikasi            yang Darwin kemukakan kepada rasisme penjajahan, seorang saintis terkenal,            Kenneth J. Hsu, ketua jabatan geografi di Swiss Federal Institute of            Technology yang juga berketurunan China, menggambarkan Darwin sebagai            "seorang saintis daripada Era Victoria, dan seorang anggota pengasas            sebuah masyarakat yang telah menghantar kapal-kapal penggempur untuk            mengimport secara paksa candu ke China, semuanya disebabkan oleh persaingan            (di dalam pasaran bebas) dan 'yang kuatlah, yang terus hidup."
22             Kebencian Darwin Terhadap Bangsa Turki
Matlamat utama penjajahan British sepanjang akhir abad            ke-19 ialah Empayar Uthmaniyyah.
Pada waktu itu Empayar Uthmaniyyah memerintah kawasan            yang luas daripada Yaman ke Bosnia-Herzegovina. Tetapi kemudian ia menghadapi            masalah untuk mengawal kawasan ini yang telah ditadbir secara aman,            tenang dan stabil. Minoriti Kristian telah mula bangun di atas nama            kemerdekaan, dan kuasa-kuasa ketenteraan yang hebat seperti Rusia telah            mula mengancam kerajaan Uthmaniyyah.
Pada suku terakhir abad tersebut, British dan Perancis            telah menyertai kuasa-kuasa yang sedang mengancam Uthmaniyyah. British            telah mengawasi kawasan-kawasan selatan Uthmaniyyah. Perjanjian Berlin,            yang ditandatangani pada 1878, adalah satu ekspresi pilihan penjajah-penjajah            Eropah untuk membahagi kawasan-kawasan jajahan Uthmaniyyah. Lima tahun            kemudian, pada 1882, British telah menduduki Mesir, yang merupakan sebuah            tanah jajahan Uthmaniyyah. Penjajahan British telah mengatur rancangan            untuk mengambil alih tanah-tanah jajahan Uthmaniyyah di Timur Tengah.
Seperti selalu, Britain mengasaskan polisi jajahannya            berdasarkan rasisme. Kerajaan British cuba menggambarkan bangsa Turki,            yang menjadi elemen asas Uthmaniyyah, dan secara keseluruhannya kerajaan            Uthmaniyyah sebagai manusia yang "mundur".
Perdana Menteri British, William            Ewart Gladstone secara terbuka telah menyatakan bahawa bangsa Turki            adalah contoh manusia yang bukan manusia, dan demi tamadun mereka, mereka            mesti diusir kembali ke padang rumput Asia dan dihapuskan daripada Anatolia.
23              |  KEBENCIAN DARWIN TERHADAP TURKI DI DALAM                  SURAT-SURAT PERIBADINYA: Charles Darwin telah menggunakan teorinya untuk                    memasukkan di dalam politik Britain rancangan menentang kerajaan                    Uthmaniyyah, dan cuba membuktikan bahawa bangsa Turki adalah                    satu bangsa yang mundur. Sehingga ke hari ini, musuh-musuh Turki                    masih mendapatkan sokongan daripada teori Darwin yang tidak                    masuk akal ini. | 
Ini semua, dan kenyataan-kenyataan seperti ini telah            digunakan oleh kerajaan British selama beberapa dekad sebagai alat propaganda            untuk menentang Uthmaniyyah. British cuba menggambarkan bangsa Turki            sebagai satu bangsa yang mundur dan mereka harus menundukkan kepala            mereka kepada bangsa-bangsa Eropah yang lebih maju.
"Asas saintifik" terkenal untuk propaganda ini adalah            Charles Darwin!
Ulasan-ulasan Darwin berkaitan dengan bangsa Turki            terdapat di dalam buku The Life and Letters of Charles Darwin,            diterbitkan pada 1888. Darwin menganggarkan bahawa dengan menghapuskan            "bangsa-bangsa mundur" ini, pilihan semula jadi akan memainkan peranan            di dalam membangunkan tamadun, dan kemudian telah mengeluarkan kenyataan            berikut berkenaan dengan bangsa Turki:
           Saya dapat buktikan perjuangan            di dalam pilihan semula jadi telah berlaku dan masih terus berlaku untuk            perkembangan ketamadunan yang kamu cenderung untuk mengakuinya. Ingat            apakah yang menaikkan bangsa-bangsa Eropah, beberapa abad dahulu ketika            ditakluki oleh bangsa Turki, dan betapa mustahil idea seperti ini sekarang!            Bangsa-bangsa kulit putih yang lebih maju telah menewaskan bangsa Turki            di dalam perjuangan untuk hidup. Lihat kepada dunia hari ini, berapa            banyak bangsa-bangsa bawahan telah dihapuskan oleh bangsa-bangsa yang            lebih maju di seluruh dunia.
24
          Kegilaan Darwin ini adalah satu alat propaganda yang            ditulis untuk memberikan sokongan kepada polisi British untuk memusnahkan            Empayar Uthmaniyyah. Dan alat propaganda ini sangat efektif. Kata-kata            Darwin bahawa "Bangsa Turki akan hilang, ini adalah undang-undang evolusi",            telah memberikan sokongan saintifik kepada propaganda British untuk            mencetuskan dendam terhadap bangsa Turki.
              |  KEMPEN GALLIPOLI:                  Di dalam kempen Gallipoli tentera Turki telah berlawan menentang                  kekuatan musuh-musuhnya yang diketuai oleh British, dan mereka                  telah kehilangan 250,000 orang. | 
Keinginan British untuk merealisasikan ramalan Darwin            itu telah menjadi kenyataan pada Perang Dunia Kedua. Peperangan gergasi            ini, yang bermula pada 1914, telah mencetuskan konflik di antara Jerman            dan Austria-Hungary di sebelah pihak, dan perikatan British, Perancis,            dan Rusia di sebelah pihak yang lain. Tetapi salah satu matlamat penting            di dalam peperangan ini ialah untuk memusnahkan dan mengagih-agih Empayar            Uthmaniyyah.
British telah menyerang Empayar Uthmaniyyah daripada            dua arah yang berbeza. Yang pertama adalah barisan hadapan Canal, Palestin,            dan Iraq, yang berusaha untuk merampas jajahan Uthmaniyyah di kawasan            Timur Tengah. Yang kedua adalah barisan hadapan Gallipoli, salah satu            peristiwa pertempuran paling berdarah di dalam Perang Dunia Pertama.            Tentera Darat Turki telah bertempur bermati-matian dan telah kehilangan            250,000 orang untuk menghalang kekuatan musuh yang dikumpulkan oleh            British. Sementara bagi pihak British, mereka telah menghantar lebih            ramai askar India dan unit-unit Anzac yang telah diambil daripada jajahan-jajahan            mereka seperti daripada Australia dan New Zealand untuk menentang orang-orang            Turki, yang mereka lihat sebagai satu bangsa "yang ketinggalan", dan            kemudian baru mereka menghantar askar mereka sendiri.
Gema permusuhan Darwin terhadap bangsa Turki telah            berterusan selepas Perang Dunia Pertama. Kumpulan Neo-Nazi Eropah yang            menyerang orang-orang Turki di Eropah masih membina inspirasi mereka            daripada pendapat gila Darwin tentang bangsa Turki. Kata-kata Darwin            terhadap bangsa Turki masih boleh didapati di dalam halaman-halaman            internet musuh-musuh rasialis bangsa Turki. (lihat bab Perikatan Berdarah            Di Antara Darwin dan Hitler)
 Rasisme dan Masyarakat Darwinisme            di Amerika
Masyarakat Darwinisme telah            memberikan sokongan kepada rasialis dan imperialis di negara-negara            lain juga, tidak hanya Britain. Kerana itu ia berkembang dengan pesatnya            ke seluruh dunia. Kemuncak kepada penerimaan teori ini telah muncul            seorang Presiden Amerika Theodore Roosevelt. Roosevelt adalah penyokong            dan pelaksana program pembersihan etnik yang dijalankan menentang orang-orang            asli di atas nama "perpindahan secara paksa". Di dalam buku 
The            Winning of the West, beliau telah mengasaskan ideologi pembunuhan            beramai-ramai, yang menegaskan bahawa perang kaum untuk menghapuskan            orang-orang asli Amerika adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
25            Sokongan utama beliau adalah Darwinisme, yang telah memberikannya peluang            untuk mentakrifkan orang-orang asli tersebut sebagai satu spesies yang            ketinggalan. 
Roosevelt menyedari bahawa tidak ada satu pun persetujuan            dengan orang-orang asli ini yang dihormati, dan ini juga telah memberikan            satu justifikasi yang salah di sebalik teori "bangsa mundur" ini. Pada            1871, Kongres telah mengabaikan semua perjanjian yang telah dibuat bersama            dengan orang-orang asli Amerika dan bercadang untuk mengasingkan mereka            di pulau kematian di mana mereka dapat menanti kematian mereka. Sekiranya            mereka tidak pernah diterima sebagai manusia, maka bagaimana segala            perjanjian yang dilakukan bersama mereka dapat disahkan? 
              |  
 Di dalam bukunya "The Winning of the West",                    presiden Amerika Syarikat, Theodore T. Roosevelt telah mengasaskan                    ideologi pembunuhan beramai-ramai, dan kemudian telah melaksanakannya. | 
Roosevelt juga menganggarkan            bahawa perang kaum yang disebutkan di atas memberikan kejayaan gemilang            kepada penyebaran masyarakat yang bertutur Inggeris (Anglo-Saxons) ke            seluruh dunia.
26 Salah seorang penyokong rasisme Anglo-Saxon, seorang            penyokong evolusi Amerika dan juga seorang pegawai agama Protestan Josiah            Strong, beliau berpegang kepada logik yang sama. Beliau pernah menulis            kenyataan berikut:
                       Apabila dunia telah memasuki tahap baru dalam              sejarahnya - persaingan bangsa-bangsa terakhir di mana Anglo-Saxon              terlatih. Sekiranya saya tidak salah, bangsa yang kuat ini akan melepasi              Mexico, terus ke kawasan Tengah dan Selatan Amerika, merintasi pulau-pulau              di laut, hingga ke Afrika dan merentasinya. Dan tiada siapa dapat              meragui bahawa 
hasil daripada persaingan ini              adalah "yang kuatlah, yang terus hidup"?27 
                       |  Pada akhir abad ke-19 dan 20 di Amerika, orang-orang kulit                    putih telah melayan orang-orang kulit hitam dengan kejam. Undang-undang                    dan aplikasinya menunjukkan dengan jelas bahawa orang kulit                    hitam tidak dianggap sebagai manusia. Ketika orang kulit putih                    hidup di dalam kemewahan, orang kulit hitam pula telah mendapat                    layanan yang tidak berperikemanusiaan. | 
Rasialis paling utama yang menggunakan          Sosial Darwinisme untuk menjustifikasikan diri mereka sendiri adalah mereka          yang memusuhi orang kulit hitam. Teori rasis mereka yang telah mengklafikasikan          bangsa-bangsa kepada kasta-kasta dan menempatkan orang kulit putih sebagai          bangsa paling maju dan bangsa kulit hitam sebagai bangsa yang paling primitif,          telah dengan ghairahnya menganuti konsep evolusi ini.
28           Seorang ahli teori evolusi yang            rasialis paling terkenal, Henry Fairfield Osborn, telah menulis di dalam            sebuah artikel bertajuk 
The Evolution of Human Race bahawa            "darjah kebijaksanaan seorang Negro dewasa adalah sama dengan seorang            kanak-kanak berusia tujuh tahun daripada spesies Homo sapiens".
29Berdasarkan logik mereka, orang kulit hitam sama sekali            bukan manusia. Salah seorang penyokong fahaman rasialis evolusi, Carleton            Coon, telah mengemukakan di dalam buku beliau The Origin of Race,            yang telah diterbitkan pada 1962, bahawa bangsa kulit hitam dan bangsa            kulit putih adalah dua spesies berbeza yang telah berpecah di antara            satu sama lain ketika zaman Homo Erectus. Menurut Coon, ekoran daripada            perpecahan tersebut, orang kulit putih telah berkembang dengan lebih            pesat. Penyokong-penyokong diskriminasi menentang orang-orang kulit            hitam telah menerima penjelasan saintifik ini sejak berzaman.

Kewujudan            satu teori saintifik yang menyokongnya telah menyebabkan rasisme berkembang            dengan pesatnya di Amerika. W. E. Dubois, yang dikenali sebagai seorang            yang menentang diskriminasi kaum, menyatakan bahawa "masalah abad ke            dua puluh ialah masalah warna kulit". Menurut beliau, masalah rasisme            yang akan tersebar dengan sebegitu luasnya di dalam sebuah negara yang            ingin menjadi negara demokrasi paling hebat, dan yang dari satu segi            telah pun mencapainya, adalah paradoks yang tidak kurang pentingnya.            Pembasmian penghambaan tidak hanya memadai dengan pembentukan persaudaraan            di antara orang kulit hitam dan kulit putih. Beliau berpendapat bahawa            diskriminasi secara rasmi, yang telah dibentuk di dalam masa yang singkat,            yang pada masa kini telah berubah menjadi satu situasi yang nyata dan            bersifat sah, adalah satu jalan keluar yang masih dicari-cari.
30Pembentukan undang-undang diskriminasi perkauman pertama            "Jim Crow Laws" (Jim Crow adalah nama hina bagi orang kulit hitam yang            digunakan oleh orang kulit putih), juga telah berlaku pada masa ini.            Orang-orang kulit hitam tidak langsung dilayan sebagai manusia, dan            ditekan dan dilayan dengan penuh kebencian di mana-mana sahaja: tambahan            pula ianya bukan hanya satu sifat beberapa orang rasialis secara individu            tetapi sebaliknya ia telah ditetapkan oleh kerajaan Amerika Syarikat            dengan undang-undangnya sendiri. Sebaik sahaja selepas undang-undang            pertama yang memperkenalkan pengasingan di dalam pengangkutan keretapi            dan trem yang telah dijalankan di Tennessee in 1875, seluruh negeri-negeri            Selatan telah mengamalkan pengasingan di dalam pengangkutan-pengangkutan            keretapi mereka. Papan tanda "untuk orang kulit putih sahaja" dan "untuk            orang kulit hitam" telah digantung di mana-mana. Sebenarnya semua ini            hanya membuktikan penerimaan status rasmi kepada satu situasi yang telah            pun wujud. Perkahwinan di antara dua bangsa yang berbeza adalah haram.            Berdasarkan undang-undang ini, pengasingan hanya diwajibkan di hospital,            penjara, dan kubur. Tetapi ia juga telah dipraktikkan di hotel, teater,            perpustakaan, dan malah di lif dan gereja. Bidang di mana pengasingan            ini paling dirasai ialah di sekolah. Ini adalah praktis yang memberikan            kesan yang hebat kepada orang-orang kulit hitam dan merupakan halangan            terbesar terhadap pembangunan kebudayaan mereka. 
             |  PENINDASAN KE ATAS BANGSA KULIT HITAM: Ku Klux Klan adalah sebuah kumpulan                  yang telah melakukan serangan paling ganas ke atas bangsa kulit                  hitam. Rantai di dalam gambar ini telah digunakan untuk merantai                  hamba-hamba kulit hitam sesama sendiri.
 | 
 Pelaksanaan pengasingan kaum telah diiringi oleh satu            gelombang keganasan. Ia telah meningkatkan jumlah pembunuhan tanpa pengadilan.            Sekitar 1890 dan 1901 kira-kira 1,300 orang kulit hitam telah dibunuh            tanpa bicara. Hasil daripada pelaksanaan ini orang-orang kulit hitam            telah mula memerontak di beberapa negeri.
Pandangan dan teori rasialis            telah mengiringi zaman ini. Kemudian, rasisme biologi Amerika dapat            dilihat di dalam satu hasil kajian yang dicapai oleh metode ukuran tengkorak            R. B. Bean, dan di sebalik alasan untuk melindungi masyarakat benua            baru daripada migrasi yang tidak terkawal, sejenis rasisme Amerika telah            mula berkembang. Madison Grant, pengarang buku 
The Passing of the            Great Race, telah mencatatkan bahawa kacukan dua bangsa akan membuka            jalan kepada meningkatkan satu bangsa yang lebih primitif daripada spesies            yang maju, dan dia mahu supaya perkahwinan campur disekat.
31Dia juga mahu supaya perkahwinan campur disekat.
Rasisme telah pun wujud di Amerika sebelum Darwin,            seperti yang terjadi di seluruh dunia. Tetapi seperti yang telah kita            saksikan, Darwinisme telah memberikan pandangan dan polisi rasialis            sokongan padu pada pertengahan kedua abad ke-19. Sebagai contoh, seperti            yang dapat kita saksikan di dalam bab ini, apabila orang-orang rasialis            mengemukakan pandangan-pandangan mereka, mereka menggunakan dakwaan-dakwaan            Darwin sebagai slogan. Ideal-ideal yang dianggap sebagai bahaya sebelum            Darwin, kini telah mula diterima sebagai undang-undang semula jadi.
 Polisi Kejam Rasialis Secara Darwin:            Penghapusan Orang-orang Aborigin
Orang-orang asli Australia dikenali sebagai Aborigin.            Mereka yang tinggal di benua tersebut beratus-ratus tahun telah mengalami            penghapusan paling besar di dalam sejarah dengan peluasan pendudukan            orang-orang Eropah di negara tersebut. Asas ideologi penghapusan ini            ialah Darwinisme. Pandangan ideologi Darwinis tentang orang-orang Aborigin            telah membentuk teori liar yang telah menyeksa mereka. 
Pada tahun 1870 Max Muller, seorang pakar antropologi            penyokong evolusi daripada London Anthropological Review, telah            membahagikan bangsa-bangsa manusia kepada tujuh kategori. Aborigin telah            ditempatkan pada kedudukan yang paling bawah, dan bangsa Aryan, iaitu            bangsa kulit putih Eropah, berada pada kedudukan yang paling atas. H.            K. Rusden, seorang Sosial Darwinis terkenal, telah menerangkan seperti            berikut tentang Aborigin pada 1876:
Konsep 'yang kuatlah, yang            terus hidup' bererti yang gagah sentiasa betul. Dan kita perlu membangkitkan            dan memenuhi undang-undang pilihan semula jadi ini apabila menghapuskan            bangsa-bangsa Australia dan Maori yang inferior ini… dan kita membahagikan            harta warisan mereka dengan baik.
32              |                      
 
 PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI BANGSA ABORIGIN:Bangsa                    peribumi Australia, Aborigin, telah dilihat sebagai satu spesies                    manusia yang tidak membangun oleh para penyokong evolusi dan                    telah dibunuh beramai-ramai.
 | 
Dan pada tahun 1890 Timbalan            Presiden Royal Society di Tasmania, James Barnard, telah menulis: "proses            pemusnahan ini adalah satu prinsip evolusi dan 'yang kuatlah, yang terus            hidup' yang telah diterima umum". Oleh itu adalah tidak perlu untuk            beranggapan bahawa "telah berlaku kecuaian yang teruk" di dalam pembunuhan            dan pencabulan terhadap orang-orang Aborigin Australia.
33Hasil daripada pandangan rasialis,            ganas, dan liar yang telah dipupuk oleh Darwin ini, satu operasi pembunuhan            beramai-ramai telah dijalankan untuk menghapuskan orang-orang Aborigin            ini. Kepala Aborigin telah dipaku di pintu-pintu stesen. Roti beracun            telah diberikan kepada keluarga-keluarga Aborigin. Di kebanyakan kawasan-kawasan            Australia, kawasan penempatan Aborigin telah dihapuskan dengan cara            yang ganas dalam masa 50 tahun.
34Polisi-polisi yang ditujukan kepada orang-orang Aborigin            ini tidak hanya terhenti dengan pembunuhan beramai-ramai. Ramai di antara            mereka yang dilayan sebagai haiwan-haiwan eksperimen. Institut Smithsonia            di Washinton D.C. telah menyimpan 15,000 orang bangsa ini yang masih            berbaki. 10,000 orang Abogin Australia telah dihantar dengan kapal laut            ke Museum British dengan tujuan untuk memastikan samada mereka benar-benar            adalah "rantaian yang hilang" di dalam perubahan daripada haiwan kepada            manusia.
Muzium-muzium ini tidak hanya berminat dengan tulang-tulang            mereka, tetapi dalam masa yang sama juga mereka menyimpan otak kepunyaan            orang-orang Aborigin ini dan menjualnya dengan harga yang tinggi. Terdapat            juga bukti yang menunjukkan bahawa orang-orang Aborigin ini juga dibunuh            untuk digunakan sebagai spesimen. Fakta di bawah membuktikan keganasan            ini:
           Memoir sebelum mati daripada            Korah Wills, yang telah menjadi datuk bandar Bowen, Queensland pada            1866, telah menceritakan bagaimana dia telah membunuh dan memenggal            seorang orang asli tempatan pada tahun 1865 untuk mendapatkan spesimen            sains. Edward Ramsay, pegawai kurator Australian Museum di Sydney sejak            20 tahun daripada tahun 1874, juga telah terlibat sama. Beliau telah            menerbitkan sebuah risalah yang memasukkan Aborigin di bawah tajuk "haiwan-haiwan            Australia". Ia juga memberikan panduan tidak hanya bagaimana hendak            merompak kubur, tetapi juga bagaimana untuk mencabut peluru daripada            daging "spesimen" yang telah dibunuh.
            Seorang penyokong evolusi Jerman, Amalie Dietrich (digelar juga 'Angel              of Black Death') telah datang ke Australia bertanyakan pemilik-pemilik              stesen tentang Aborigin untuk dibunuh bagi mendapatkan spesimen, selalunya              kulit sebagai sarung pelapik dan rangka untuk majikan muziumnya. Walaupun,              pernah dihalau sekurang-kurangnya sekali, tetapi dalam masa yang singkat              beliau telah kembali bersama spesimennya. 
 Seorang mubaligh New South Wales adalah saksi kepada            penyembelihan oleh polis ke atas berdozen-dozen
Aborigin, lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Empat puluh lima kepala            telah dididihkan dan 10 tengkorak yang sempurna telah dibungkus untuk            luar negara.
35
          Eksperimen ke atas orang-orang Aborigin ini telah berlanjutan            sehingga abad ke-20. Di antara metode yang digunakan di dalam eksperimen            ini ialah pemisahan secara paksa anak-anak Aborigin daripada keluarga            mereka. Cerita baru oleh Alan Thornhill, yang telah muncul di dalam            edisi 28 April 1997 Philadelphia Daily News, telah menceritakan            dengan panjang lebar tentang metode ini yang digunakan untuk menentang            Aborigin, seperti berikut:
kelUARGA-KELUARGA ABORIGIN MENCERITAKAN            KEMBALI PENANGKAPAN MEREKA
            Associated Press - Bangsa            Aborigin yang tinggal di padang pasir barat laut Australia, pernah melumurkan            kulit anak-anak mereka yang cerah dengan arang, supaya kumpulan agen            kerajaan tidak akan merampas mereka. "Kumpulan ini akan menangkap kamu            apabila mereka menemui kamu", salah seorang kanak- kanak yang dicuri            melaporkan, beberapa tahun kemudian. "Orang-orang kami akan menyembunyikan            kami dan mewarnakan kami dengan arang".
             "Saya telah dibawa ke Moola Bulla", kata seorang penggembala lembu              yang telah diculik ketika masih kanak-kanak. "Kami berusia 5 atau              6 tahun". Kisah beliau adalah satu daripada beratus-ratus kisah yang              telah didengari oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Hak Sama Taraf              Australia, ketika siasatan ke atas "generasi yang dicuri". Daripada              1910 sehingga 1970-an, kira-kira 100,000 kanak-kanak Aborigin telah              diambil daripada ibu bapa mereka… Kanak-kanak Aborigin yang berkulit              cerah akan diberikan kepada keluarga-keluarga kulit putih sebagai              anak angkat. Kanak-kanak berkulit hitam pula menjadi yatim piatu.
36            
Sehingga kini, kepedihannya amat dahsyat sehinggakan          kebanyakan cerita-cerita telah dicetak secara diam-diam di dalam laporan          akhir suruhanjaya, "Bringing Them Home". Suruhanjaya tersebut menyatakan          bahawa tindakan autoriti ketika itu adalah bersamaan dengan pemusnahan          bangsa seperti yang digambarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.          Kerajaan telah menolak untuk mengikut penyiasatan yang dicadangkan di          mana sebuah tribunal telah dibentuk untuk menilai bayaran ganti rugi untuk          kanak-kanak yang diculik.
          Seperti yang kita lihat, layanan tidak berperikemanusiaan            ini, pembunuhan beramai-ramai, keganasan, kebuasan, dan pemusnahan yang            dilakukan telah dijusfikasikan oleh tesis Darwin tentang "pilihan semula            jadi", "perjuangan untuk terus hidup", dan "'yang kuatlah, yang terus            hidup'".
Segala penyeksaan yang dialami oleh orang-orang asli            Australia ini hanyalah sebahagian kecil daripada malapetaka yang dibawakan            oleh Darwinisme kepada dunia.
Ota Benga
Apabila Darwin mendakwa di dalam The Origin of            Species bahawa manusia telah membangun daripada satu moyang yang            mereka kongsi bersama dengan monyet, maka pencarian terhadap fosil-fosil            untuk menyokong senario ini bermula. Tetapi para pakar sains percaya            bahawa makhluk "separuh-monyet separuh-beruk" tidak hanya dapat ditemui            di dalam bentuk fosil-fosil sahaja, tetapi ia juga sebenarnya hidup            di beberapa bahagian tertentu di dunia. Pada permulaan abad ke-20 pencarian            "rantai yang hilang" telah menyebabkan banyak kejadian-kejadian ganas.            Salah satu daripadanya ialah kisah manusia pigmi, Ota Benga.
              |  OTA BENGA Ota                    Benga adalah seorang peribumi Afrika. Beliau telah diperangkap                    seperti haiwan oleh penyelidik-penyelidik evolusi, dimasukkan                    di dalam sangkar, dan telah dipamerkan bersama dengan monyet-monyet                    di dalam sebuah zoo. | 
Ota Benga telah ditangkap di Congo oleh seorang penyelidik            penyokong evolusi bernama Samuel Verner pada 1904. Orang asli ini, yang            namanya bermaksud "sahabat" di dalam bahasanya sendiri, telah berkahwin            dan ayah kepada dua orang anak. Tetapi dia telah dirantai seperti binatang,            dimasukkan ke dalam sangkar, dan kemudiannya dihantar ke USA. Di sini,            para pakar sains evolusi telah memasukkannya ke dalam sebuah sangkar            bersama dengan beberapa spesies monyet di St. Louis World Fair dan mempamerkannya            sebagai "rantai paling hampir kepada manusia". Dua tahun kemudian mereka            telah membawanya ke Zoo Bronx di New York dan mempamerkannya bersama            dengan beberapa ekor cimpanzi, seekor gorila bernama Dinah dan seekor            orang utan bernama Dohung, sebagai "moyang manusia paling tua". Pengarah            zoo berkenaan yang juga seorang penyokong evolusi, Dr. William T. Horniday,            telah memberikan ucapan dengan panjang lebar tentang perasaan bangganya            kerana berjaya memiliki "rangkaian yang hilang ini", dan para pelawat            melayan Ota Benga di dalam sangkarnya seperti binatang. Satu edisi New            York Times yang telah dicetak pada waktu itu menggambarkan gelagat pengunjung-pengunjung            seperti berikut:
                       Terdapat 40,000 pengunjung ke taman berkenaan              pada hari Ahad. Hampir setiap orang tertumpu ke rumah monyet untuk              melihat "bintang" tarikan di taman tersebut - Manusia Liar daripada              Afrika. Mereka mengganggunya sepanjang hari, menjerit, mencemuh, dan              menjerkahnya. Sebahagian mereka menjolok rusuknya, yang lain pula              menyandungnya, semua mengtertawakannya.
37 
Edisi New York Journal pada 17 September 1906,          menyatakan bahawa ia dilakukan untuk membuktikan evolusi, tetapi ia telah          menghentamnya sebagai satu ketidakadilan dan keganasan yang nyata, di          dalam petikan seperti berikut:
           Manusia-manusia yang tidak            berakal dan kebijaksanaan ini telah dipamerkan di dalam sangkar monyet,            seorang manusia kerdil daripada Afrika. 
Idea ini            mungkin untuk menyemai beberapa pelajaran tentang evolusi.  Sebenarnya, satu-satunya hasil yang diperolehi ialah            penghinaan terhadap bangsa Afrika, yang sepatutnya mendapat simpati            dan belas kasihan daripada orang- orang kulit putih di negara ini, setelah            menempuhi berbagai kekejaman di sini…
            Adalah sesuatu yang memalukan dan menjijikkan bahawa nasib malang,              kelemahan fizikal seorang manusia, yang telah dijadikan oleh Kuasa              yang sama telah menjadikan kita dan menganugerahkan dengan perasaan              yang sama dan jiwa yang serupa, perlu dikurung di dalam sangkar bersama              dengan monyet dan dijadikan ejekan umum.
38
New York Daily Tribune juga telah memberikan          ruang kepada kisah Ota Benga yang dipamerkan di zoo untuk membuktikan          evolusi. Tindakan membela diri pengarah zoo tersebut yang juga adalah          seorang penyokong Darwin, adalah sama sekali tidak berperi kemanusiaan:
                      Pameran seorang pigmi Afrika              di dalam sangkar yang sama dengan seekor orang utan di New York Zoological              Park minggu lepas telah mencetuskan banyak kritikan. 
Sebahagian              menganggapnya sebagai satu cubaan pengarah Hornaday untuk mempamerkan              hubungan rapat di antara Negro dan monyet. Dr. Hornaday telah              menafikannya, "Sekiranya sahabat kecil ini berada di dalam sangkar,"              menurut Dr. Hornaday, "itu adalah kerana ia merasa selesa di sana,              dan kerana kita tidak tahu apa yang hendak dilakukan kepadanya. Dia              bukannya seorang banduan, tetapi tidak ada orang yang merasakan bahawa              adalah tindakan yang bijak sekiranya ia dibiarkan merayau-rayau di              bandar tanpa ada orang mengawasinya."
39 
Ota Benga yang telah dipamerkan di dalam zoo bersama          dengan gorila seperti seekor binatang telah mencetuskan rasa tidak senang          hati berbagai golongan. Banyak yayasan telah memohon kepada pihak yang          berkuasa untuk menghentikan perbuatan tersebut, dengan menegaskan bahawa          Ota Benga adalah seorang manusia dan layanan yang diterimanya adalah sangat          kejam. Salah satu permohonan tersebut telah disiarkan di dalam New          York Globe pada 12 September 1906, seperti berikut:
           Tuan - Saya tinggal di Selatan selama beberapa tahun,            dan kerana itu saya tidak begitu senang dengan orang Negro, tetapi menerimanya            sebagai manusia. Saya rasa adalah sesuatu yang memalukan apabila pihak            berkuasa bandar ini membenarkan perkara seperti ini yang dapat disaksikan            di Bronx Park - seorang budak Negro, dipamerkan di dalam sangkar monyet...
 Seluruh urusan orang pigmi ini perlu disiasat...
 A.E.R.
Permohonan yang lain pula mendesak supaya Ota Benga            dilayan sebagai manusia, seperti berikut:
          Pertunjukan Manusia dan Monyet Yang            Tidak Dipersetujui oleh Paderi
Yang Mulia Dr. MacArthur Berpendapat Pameran ini Memalukan
"Orang yang bertanggung jawab ke atas pameran ini telah            memalukan dirinya sendiri seperti mana dia telah memalukan orang Afrika"            kata MacArthur. "Daripada menjadikannya binatang, dia sepatutnya dimasukkan            ke sekolah untuk membangunkan kekuatan yang telah Tuhan berikan kepadanya".
              | BANGSA ESKIMO DAN PELAKSANAAN RASISME  Seorang                  penyelidik Artik terkenal, Robert Peary telah membawa sekumpulan                  orang Eskimo Pole ke New York pada 1897. Anggota paling muda di                  dalam kumpulan ini ialah seorang budak bernama Minik. Kumpulan                  tersebut, termasuk Minik dan ayahnya, telah dipamerkan pada jangka                  yang panjang di American Museum of Natural History. Pada masa                  itu, ayah Minik telah menemui ajalnya kerana sakit. Minik tinggal                  sendirian dan tanpa pelindungan di New York. Suatu hari, Minik telah melihat tengkorak                  ayahnya sedang dipamerkan di American Museum of Natural History                  sebagai "satu contoh spesies". Walaupun, dia telah meminta kembali                  mayat ayahnya, lembaga muzium telah menolak permintaannya. Fakta lain berkaitan dengan kehidupan Minik ialah                  Robert Peary, penyelidik yang membawa Eskimo-eskimo ini ke Amerika,                  yang mempunyai pandangan rasialis. Walaupun beliau hidup di kalangan                  orang Eskimo, Peary secara terbuka beranggapan mereka tidak setaraf                  dengannya. Menurut Peary, Eskimo dan Negro adalah daripada bangsa-bangsa                  kelas bawahan. Walaupun, mereka kuat, bijak dan amanah, bekerja                  untuk keluarga mereka, mereka tidak sebaik bangsa kulit putih…                  Beliau pernah mengeluarkan kenyataan biadab seperti berikut: "Saya                  sering ditanya: Apakah nilai bangsa Eskimo kepada dunia? Mereka                  sama sekali tidak mempunyai sebarang nilai komersial: dan, lebih                  dari itu, mereka tidak mempunyai impian. Nilai hidup mereka adalah                  sama dengan seekor musang, atau seekor beruang, segalanya berdasarkan                  kepada naluri".1 Tujuan beliau membawa Eskimo-eskimo ini ke Amerika                  telah dijelaskan oleh seorang penyelidik di dalam subjek ini:                  "Apakah tujuan Peary membawa Eskimo-eskimo ini ke New York? …                  Mungkin Eskimo-eskimo ini hanyalah spesimen, seperti tengkorak                  dan rangka yang telah dikutipnya terdahulu, tetapi yang lebih                  menariknya ialah darah masih mengalir di dalam urat saraf mereka…                  Dia juga merasa tidak senang dengan mayat-mayat Eskimo lain yang                  diketahui nama mereka, yang telah digalinya beberapa tahun terdahulu                  daripada kubur-kubur mereka dan mengangkutnya untuk menghiasi                  ruang muzium".2 Minik, Ota Benga, dan banyak lagi manusia yang tidak                  diketahui nama mereka, telah menerima layanan tidak berperikemanusiaan,                  di dalam berbagai cara, di tangan mereka yang dikenali sebagai                  "pakar sains" yang melihat sebahagian bangsa lain sebagai "bawahan". | 
Dr. Gilbert menyatakan dia            telah membuat keputusan bahawa pameran ini adalah satu penghinaan dan            beliau dan paderi-paderi lain akan bersama dengan Dr. MacArthur di dalam            menguruskan supaya bangsa kaum Afrika ini dibebaskan daripada kandang            monyet dan diletakkan di tempat lain.
41Kemuncak kepada semua layanan buruk ini ialah tindakan            Ota Benga membunuh diri. Tetapi masalah yang berlaku di sini lebih hebat            daripada seorang manusia kehilangan nyawanya. Tetapi ia adalah satu            contoh yang jelas keganasan dan kebuasan yang rasisme secara Darwin            ingin laksanakan.
Kebijaksanaan Datang Daripada Perangai,            Bukan Darah
Gambaran Darwin terhadap manusia sebagai satu spesies            yang telah berkembang dan pandangan beliau bahawa sebahagian bangsa            masih belum menyempurnakan pembangunan mereka, dan sebagai spesies-spesies            yang paling hampir dengan haiwan, adalah sangat berbahaya dan amat membinasakan            di dalam sejarah manusia. Mereka yang menerima dakwaan Darwin ini sebagai            panduan mereka dengan kejam telah menindas bangsa-bangsa lain, memaksa            mereka tinggal di dalam keadaan yang teruk, dan malah menghapuskan mereka.
Bryan Appleyard, pengarang buku Brave New Worlds, menjelaskan            mentaliti ganas yang mendasari rasisme, dan kesan daripadanya, seperti            berikut:
                       Kenyataannya ialah apabila manusia menganggap              anda sebagai satu makhluk yang lebih rendah kerana apa pun sebabnya,              samada sebab khurafat atau saintifik, tidak akan ada batasan keganasan              yang akan mereka lakukan kepada kamu. Dan mereka akan merasakan bahawa              perasaan ganas mereka telah dijustifikasikan sepenuhnya, kerana ia              adalah satu langkah ke arah mempercayai bahawa manusia lain bermartabat              rendah, jahat, dan berbahaya, atau menggugat manusia "bermartabat              tinggi". Lebih daripada itu, mereka mungkin melihat fakta ini dengan              lebih teruk dan mendakwa semua manusia "bermartabat rendah" adalah              berbahaya kerana mereka mengancam kehidupan atau kesihatan seluruh              bangsa manusia. Mereka kemudian akan memulakan pembersihan, menyekat              perkahwinan, atau malah membunuh untuk menghalang serangan ke atas              integriti spesis.
42  
Bagaimanapun, semua manusia telah dijadikan sama rata.          Setiap orang telah dijadikan oleh Allah. Al-Quran telah menerangkan penciptaan          manusia seperti berikut:
           Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu            dengan sebaik-baiknya, dan dimulakan- Nya kejadian manusia berasal dari            tanah; Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati,            iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; Kemudian Ia menyempurnakan            kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan            kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya            kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (Surah As-Sajdah:7-9)          
          Seperti yang dijelaskan di dalam ayat di atas, manusia            memiliki roh yang dikurniakan Allah kepada mereka. Setiap manusia, tanpa            mengenal perbezaan kaum, berfikir, berperasaan, mencintai, menderita,            merasa ghairah, dan mengenali cinta, menyayangi, dan merasa belas kasihan.            Dan setiap manusia juga mengenali keganasan, kebencian, dan kesusahan.            Kerana itulah, sepanjang zaman, mereka yang mempercayai bahawa bangsa-bangsa            lain adalah haiwan yang separuh membangun dan menzalimi mereka, mereka            yang menekan, menindas, mengeksploitasi walau hanya seorang manusia,            dan mereka yang menyokong perlakuan-perlakuan ini dengan bukti-bukti            dan teori salah yang mereka hasilkan, telah melakukan dosa yang paling            besar di atas penolakan mereka.
Di zaman kita juga terdapat budaya masyarakat manusia            yang tidak berkembang. Mereka memiliki semua sifat-sifat manusia, tetapi            mereka kekurangan kriteria dari aspek teknikal dan kebudayaannya, secara            umumnya mereka inilah yang memerintah dunia. Disebabkan oleh klimaks            tempat mereka tinggal dan keadaan semula jadi, banyak komuniti yang            hidup terasing daripada masyarakat dunia umumnya dan telah mengembangkan            kebudayaan yang berbeza. Tetapi setiap satu daripadanya pasti wujud            sifat-sifat, adat, dan kelakuan yang biasa bagi manusia. Mereka yang            mempunyai agenda tersembunyi, dan mereka yang melihat keuntungan di            dalam rasisme, dengan penuh ghairahnya telah menerima teori Darwin dan            menerima manusia-manusia ini, yang sebenarnya tidak berbeza daripada            manusia-manusia lain, sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang mundur            dan malah seperti binatang. Hasil daripada pandangan ini, sehingga ke            hari ini telah muncul mereka yang menindas dan menekan manusia dan komuniti            yang mundur yang tidak berkembang.
Allah, bagaimanapun, telah mengharamkan rasisme. Allah            telah menjadikan manusia, di dalam warna yang berbeza dan bertutur di            dalam bahasa yang berbagai. Ini merupakan tanda-tanda kesenian dan keperbagaian            ciptaan Allah:
                       Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan              kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi,              dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang              demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang              berpengetahuan. (Surah Ar- Rum:22) 
Pada pandangan Allah, satu-satunya kemuliaan ialah          akhlak seseorang, penghindaran daripada semua jenis dosa dan kemungkaran,          dan ketinggian moral yang diperolehi daripada ketaatannya kepada agama.          Sebahagian ketaatannya kepada agama ialah menyakini tidak ada manusia          yang memiliki ketinggian melebihi orang lain yang diperolehinya daripada          sifat-sifat luarannya. Allah menjelaskannya di dalam sebuah ayat:
          Wahai umat manusia! Sesungguhnya            Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah            menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan            (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia            kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan            yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,            lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah            Al-Hujurat:13)